
Bagi penggemar makanan laut seperti ketam, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati menu Ketam Buttermilk Salted Egg ini. Cukup rasa lemak masin dan pedasnya. Gerenti menjilat jari.
Cara membuatnya pun tidak lah sesukar mana. Bahan-bahannya pun mudah didapati. Jom cuba buat resipi Ketam Buttermilk Salted Egg hasil perkongsian oleh Darlila Razali ini. Memang mengundang selera.
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam
5 sudu butter – Boleh beli online di sini
3 tangkai daun kari
1 labu bawang putih
5 tangkai cili merah – Boleh beli online di sini
3 cawan susu segar – Boleh beli onlline di sini
1 paket salted egg
CARA MEMASAK:
Panaskan butter di dalam kuali.
Tumiskan daun kari, cili dan bawang putih.
Kemudian, tambahkan susu dan serbuk salted egg.
Setelah itu, masukkan ketam yang telah dicuci bersih.
Masak sehingga sedikit kering dan pekat.
NOTA: Jika nak pekat, tambahkan 2 sudu besar air bancuhan tepung jagung. (Tapi saya tak letak sebab anak-anak suka yang berkuah.)
Selamat mencuba. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Darlila Razali
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Paprik Ayam, Satu Lauk Dah Cukup Buat Makan Bertambah-Tambah
Ikan Cencaru Sumbat Kelapa, Cukup Satu Lauk Buat Tambat Selera
Jom Buat Sendiri Air Lai Chi Kang, Redakan Panas Penyejuk Tekak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.
Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .
Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.
1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL
BAHAN-BAHAN :
- 200gm bebola sotong
- 20ml kicap cair
- 20gm bawang holland
- 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
- 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 40gm nenas | dipotong dadu
- 60ml sos tomato
- 60ml sos cili
- 10gm serbuk lada hitam
- 100ml minyak jagung
- 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
- Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
- Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
- Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
- Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang/bakar
Jenis masakan : Bebola sotong
Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ
Anggaran kos : RM10
Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.
2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE
BAHAN-BAHAN :
- 320gm corned beef
- 10gm keju cheddar
- 40gm keju mozarella
- 60gm tomato pronto
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10gm bawang putih | dicincang halus
- 80ml susu segar
- 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
- 4gm parsli Inggeris
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
- Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
- Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
- Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
- Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
- Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
- Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
- Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15-20 minit
Cara memasak : gril/panggang
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.
Anggaran kos : RM28
Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.
3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL
BAHAN-BAHAN :
- 20gm baby bayam
- 20gm cili benggala merah | didadu besar
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 40ml minyak zaitun
- 60gm jejari ketam | dikisar kasar
- 10ml jus lemon
- 60gm mentega
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK :
- Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
- Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
- Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
- Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 16 minit
Cara memasak : tumis dan reneh
Jenis masakan : Sup
Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam
Anggaran kos : RM8
Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.
4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO
BAHAN-BAHAN :
- 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
- 200gm beras risotto
- 10gm saderi | dicincang halus
- 20gm kacang pis
- 20gm bawang holland | dicincang halus
- 10ml minyak zaitun
- 2gm parsli Inggeris
- 20gm asparagus | dipotong
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
- Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
- Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian utama barat
Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya
Anggaran kos : RM20
Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.
5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE
BAHAN-BAHAN:
- 180gm bebola daging
- 40gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 10gm paprika
- 4gm lada hitam
- 20gm pes tomato
- 20gm saderi
- 20ml minyak jagung
- 320gm pasta tagliatelle
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
- Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
- Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
- Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Stew
Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan
Anggaran kos : RM12
Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine
6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD
BAHAN-BAHAN:
- 240gm sosej daging lembu
- 20gm bawang holland | dihiris bulat
- 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
- 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
- 6 biji roti ciabatta
- 10ml minyak zaitun
- 6gm zaitun hitam
- 20gm tomato | dicincang halus
- 10gm campuran salad
- 2gm lada hitam
- 40gm mentega
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
- Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
- Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
- Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak :Gril
Jenis masakan : Kudapan petang
Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang
Anggaran kos : RM16
Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.
RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

Buat orang bujang, kadang-kadang nak juga merasa masak sendiri di rumah kan. Selain boleh berjimat, boleh juga melatih diri untuk rajin memasak di dapur.
Resipi orang bujang yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini memang sangat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap!
KARI IKAN TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa jenis pun boleh)
3 sudu besar rempah kari
3 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini
Halba campur
Air asam jawa
1 biji tomato | belah 4
4 biji bendi
2 biji lada hijau/merah – beli online di sini
Daun bawang
Garam
2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan halba campur dan daun kari sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.
4. Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.
KUEY TEOW GORENG UDANG
BAHAN BAHAN:
1 peket kuey teow
Udang | dibuang kulit
Kucai
Tauge
2 biji telur
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN TUMBUK:
5 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sudu besar cili kisar
BAHAN SOS:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk dengan cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan sedikit air.
2. Masukkan udang dan kuey teow kacau sehingga rata. Ketepi sedikit kuey teow dan pecahkan telur.
3. Telur dikacau sehingga agak masak, baru digaul rata dengan kuey teow. Tabur tauge dan kucai. Kacau rata. Siap.
RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
Santan
2 sudu besar kerisik
Daun limau purut
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak.
3. Masukkan sotong. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.
KUPANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
Kupang
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili merah
Daun sup | dipotong-potong
Garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci kupang dan toskan. Tumis bahan kisar hingga harum. Masak hingga terbit minyak.
2. Masukkan kupang. Kacau sekali sekala hingga masak.
3. Tambah garam secukup rasa. Tabur hirisan daun sup. Siap.
AYAM MASAK BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
Ayam
Sos Tiram
Sos Kicap
Lada hitam (jenis serbuk yang kasar bukan lada hitam yang serbuk halus tu atau boleh guna yang biji tapi kena tumbuk bagi hancur dulu)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu bancuhan tepung jagung dicampur sedikit air
Garam & gula secukupnya
1 biji bawang besar
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dgn sos tiram, sos kicap dan lada hitam. Kemudian goreng separuh masak.
2. Kalau malas, goreng je tak perlu perap dengan apa-apa. Kemudian angkat.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai naik bau.
4. Masukkan bancuhan air + sesudu kecil tepung jagung. Pastu masukkan ayam tadi dan gaul la biar jadi sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak cair boleh tambah air, nak pekat tak perlu tambah.
6. Dah nak masak, tabur bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang. Siap!
IKAN BAKAR SAMBAL
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
½ cm belacan
1 biji tomato
BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa ikan pun boleh)
Cili kisar
Daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
Garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
2. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi dan balut ikan tu dengan daun pisang elok-elok.
3. Bakar ikan hingga masak. Perahkan limau sebelum dihidangkan.
AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
2 ketul besar ayam, bahagian isi
½ tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
½ biji bawang besar holland atau bawang besar biasa | potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu isi ayam, masukkan telur dan garam ke ayam dan gaulkan sebati.
2. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Gaul dan biar tepung menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
CARA BUAT BUTTERMILK:
1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair dan masukkan bawang putih, cili dan daun kari, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap.
BUBUR NASI AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan beras
1 ½ inci halia | diketuk
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
1 liter air
Ayam goreng
Lada merah
Daun bawang & daun sup
Sedikit minyak bijan (kalau ada)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras bersih. Masukkan beras dan air dalam periuk. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit.
2. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
3. Bubur bolehlah dihidang dengan potongan ayam goreng, bawang goreng, lada merah dan daun sup. Titiskan sikit dengan minyak bijan kalau ada. Siap.
AYAM PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
Ayam
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Garam
Gula
BAHAN KISAR:
5 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air.
2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
3. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.
AYAM GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji tomato | dicincang dadu
2 sudu besar gula
1 – 2 sudu kecil garam
1 asam keping/air asam jawa
BAHAN KISAR/ TUMBUK KASAR:
10 batang cili merah
5 tangkai cili padi (optional)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak.
3. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa atau asam keping, gula dan garam.
4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sehingga ayam masak.
5. Taburkan hirisan bawang. Gaul seketika, Siap!
Kredit resipi: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Ini 4 Menu Makan Laut Paling Mudah Masak & Super Sedap.

Hujung minggu ni kalau teringin makan besar dengan menu seafood, meraikan kelaurga datang bertamu, apa kata korang cuba salah satu atau dua menu yang dikongsikan ini untuk santapan bersama. Menunya ringkas dan mudah disediakan. Elok sangat kalau dijadikan lauk tambahan, pembuka selera di meja utama. Cuba, jangan tak cuba ye..
SOTONG MASAK HITAM
- 1/2 kg cumi kecil | bersihkan, ambil dakwat hitamnya
- 2cm halia | hiris nipis
- 2cm lengkuas | hiris nipis
- 4 helau daun limau perut
- 2 helai dan salam
- Garam gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang putih
- 6 ulas bawag merah
- 10 tangkai cili kering | jika suka boleh tambah cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan hirisan halia, lengkuas , daun limau purut dan daun salam.
- Kacau rata, masukkan sotong. Kacau lagi hingga kuah dan sotong menjadi hitam
- Perasakan degan garam dan gula secukup rasa.
- Jika ingin berkuah, apabila cukup rasa boleh tutup api.
- JIka mahu kering terus masak hingga kuah kering sedikit.
- Sotong Masak Hitam sedia dihidangkan.
SOTONG SAMBAL PEDAS:
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg sotong | bersihkan dan hiris bulat
- 6 helai daun limau purut
- 2 helai daun salam
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 mangkuk kecil petai
- 1 sudu teh serbuk peraa ikan bilis
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
- 15 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Gaulkan sotong dengan sedikit garam dan jus limau nipis.
- Perapkan sekejap lebih kurang 15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng sotong seketika lebih kurang 3-4 minit.
- Angkat dan toskan.
- Menggunakan lebih minyak goreng sotong, tumis bahan kisar, hingga wangi.
- Kemudian masukkan hirisan daun limau purut dan daun salam.
- Seterusnya masukkan petai, kacau rata.
- Apabila petai layu, masukkan sotong. Kacau lagi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api, sambal sotong sedia dihidangkan.
KETAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor keram saiz besar | lebih kurang 1kg
- 7 ulas bawang merah | hiris halus
- 3 bawang putih | hiris halus
- 3cm halia | hiris halus
- 3 biji cili merah | hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 2 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh serbuk perasa seafood
- Garam dan gula secukup
- Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ketam, dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan hiris hingga wangi.
- Masukkan ketam, gaul rata hingga berubah warna.
- Tambahkan sedikit air , kemudian masukkan jus asam jawa, perasa seafood, kicap manis dan masin.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak, tutup api.
- Ketam kicap sedia dihidangkan.
UDANG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg udang | saiz XXL
- 150gm tepung goreng serbaguna
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Sedikit serbuk bawang putih
- Sedikit lada sulah
BAHAN CELUPAN:
- 1 biji putih telur
- Sedikit tepung serbaguna
CARA MEMASAK:
- Udang dibuang kulit dan tinggalkan bahagian ekor, kemudian bersihkan dan tos.
- Perapkannya seketika dengan sedikit perahan limau nipis dan bawang putih.
- Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang satu jam.
- Sementara itu sediakan bahan celupan dengan mencampurkan putih telur, tepung jagung dengan sedikit air (jangan terlalu cair atau pekat).
- Seterusnya campurkan tepung serbaguna, tepung jagung dan serbuk penaik, gaul rata.
- Celupkan udang yang diperap tadi dalam bahan celupan, kemudian gaulkan dalam campuran tepung. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak goreng udang menggunakan kaedah (deep fry) hingga kekuningan.
- Angkat, tos. Goreng udang hingga habis.
- Udang Goreng Tepung sedia dihidangkan dengan sos pencicah yang disukai.
resipi oleh : @vitakwee