Buat orang bujang, kadang-kadang nak juga merasa masak sendiri di rumah kan. Selain boleh berjimat, boleh juga melatih diri untuk rajin memasak di dapur.

Resipi orang bujang yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini memang sangat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap!

 

KARI IKAN TANPA SANTAN

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

Ikan (apa-apa jenis pun boleh)
3 sudu besar rempah kari
3 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini
Halba campur
Air asam jawa
1 biji tomato | belah 4
4 biji bendi
2 biji lada hijau/merah – beli online di sini
Daun bawang
Garam
2 tangkai daun kari

BAHAN KISAR:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan halba campur dan daun kari sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.
4. Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.

 

KUEY TEOW GORENG UDANG

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN BAHAN:

1 peket kuey teow
Udang | dibuang kulit
Kucai
Tauge
2 biji telur

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN TUMBUK:

5 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sudu besar cili kisar

BAHAN SOS:

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan tumbuk dengan cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan sedikit air.
2. Masukkan udang dan kuey teow kacau sehingga rata. Ketepi sedikit kuey teow dan pecahkan telur.
3. Telur dikacau sehingga agak masak, baru digaul rata dengan kuey teow. Tabur tauge dan kucai. Kacau rata. Siap.

 

RENDANG SOTONG

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

500gm sotong
Santan
2 sudu besar kerisik
Daun limau purut
Garam & gula secukupnya
Minyak masak

BAHAN KISAR:

20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak.
3. Masukkan sotong. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.

IKLAN

 

KUPANG BERLADO

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

Kupang

BAHAN KISAR:

6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili merah
Daun sup | dipotong-potong
Garam

CARA MEMASAK:

1. Cuci kupang dan toskan. Tumis bahan kisar hingga harum. Masak hingga terbit minyak.
2. Masukkan kupang. Kacau sekali sekala hingga masak.
3. Tambah garam secukup rasa. Tabur hirisan daun sup. Siap.

 

AYAM MASAK BLACKPEPPER

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

Ayam
Sos Tiram
Sos Kicap
Lada hitam (jenis serbuk yang kasar bukan lada hitam yang serbuk halus tu atau boleh guna yang biji tapi kena tumbuk bagi hancur dulu)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu bancuhan tepung jagung dicampur sedikit air
Garam & gula secukupnya
1 biji bawang besar
Daun bawang

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam dgn sos tiram, sos kicap dan lada hitam. Kemudian goreng separuh masak.
2. Kalau malas, goreng je tak perlu perap dengan apa-apa. Kemudian angkat.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai naik bau.
4. Masukkan bancuhan air + sesudu kecil tepung jagung. Pastu masukkan ayam tadi dan gaul la biar jadi sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak cair boleh tambah air, nak pekat tak perlu tambah.
6. Dah nak masak, tabur bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang. Siap!

 

IKAN BAKAR SAMBAL

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN KISAR:

IKLAN

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
½ cm belacan
1 biji tomato

BAHAN-BAHAN:

Ikan (apa-apa ikan pun boleh)
Cili kisar
Daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
Garam

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
2. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi dan balut ikan tu dengan daun pisang elok-elok.
3. Bakar ikan hingga masak. Perahkan limau sebelum dihidangkan.

 

AYAM BUTTERMILK

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

2 ketul besar ayam, bahagian isi
½ tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
½ biji bawang besar holland atau bawang besar biasa | potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi

BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:

2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Potong dadu isi ayam, masukkan telur dan garam ke ayam dan gaulkan sebati.
2. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Gaul dan biar tepung menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

CARA BUAT BUTTERMILK:

1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair dan masukkan bawang putih, cili dan daun kari, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap.

 

BUBUR NASI AYAM GORENG

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

1 ½ cawan beras
1 ½ inci halia | diketuk
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
1 liter air
Ayam goreng
Lada merah
Daun bawang & daun sup
Sedikit minyak bijan (kalau ada)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras bersih. Masukkan beras dan air dalam periuk. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit.
2. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
3. Bubur bolehlah dihidang dengan potongan ayam goreng, bawang goreng, lada merah dan daun sup. Titiskan sikit dengan minyak bijan kalau ada. Siap.

 

AYAM PHAT PHET

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

Ayam
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Garam
Gula

BAHAN KISAR:

5 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air.
2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
3. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.

 

AYAM GORENG BERLADA

10 Resipi Orang Bujang Yang Senang Dimasak & Rasanya Sedap

BAHAN-BAHAN:

½ ekor ayam
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji tomato | dicincang dadu
2 sudu besar gula
1 – 2 sudu kecil garam
1 asam keping/air asam jawa

BAHAN KISAR/ TUMBUK KASAR:

10 batang cili merah
5 tangkai cili padi (optional)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

CARA MEMASAK:

1. Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak.
3. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa atau asam keping, gula dan garam.
4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sehingga ayam masak.
5. Taburkan hirisan bawang. Gaul seketika, Siap!

Kredit resipi: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI