Sedapnya Kek Marble Jelita Ayu ni. Nampak sangat gebu. Kalau buat untuk minum petang, memang best. Bagi anda yang tercari-cari resipi kek yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang terbaik. Cubalah. Istimewa resipi ni boleh dimasak dengan tiga cara iaitu bakar ( bahagian atas nampak cantik, bakar biasa dan kukus.
CARA MASAK KEK MARBLE JELITA AYU
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur (gred B)
1 1/4 cawan gula kastor
1 cawan mentega
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu makan ovallete
1sudu teh esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
4 sudu makan susu pekat
5 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan menjadi putih.
2. Pastikan adunan jadi putih macam ni. Gebu je teksturnya.
3. Masukkan ovalette, telur dan esen vanilla sekaligus. Boleh juga masukkan telur satu persatu.
4. Pukul hingga sebati dan adunan jadi licin serta tidak berketul. Pastikan adunan tidak terlampau cair pula.
Ads
5. Kemudian ayak tepung naik sendiri, soda bikarbonat, baking powder dan cream of tartar. Campur sebati. Jika nak adun tepung sedikit demi sedikit masa mengadun adunan pun boleh.
6. Bila adunan sebati, masukkan susu pekat manis dan susu segar.
7. Pukul lagi hingga adunan sebati dan licin seperti tekstur dalam gambar.
8. Bahagikan adunan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti sama banyak dan 1 bekas lagi kuantitinya lebih sedikit.
9. Tambahkan pewarna ilihan pada ketiga-tiga bekas. Satu bekas ( kuantiti banyak) dibiarkan tanpa warna.
10. Ambil loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper dan oles sekeliling loyang dengan mentega atau marjerin. Kemudian tuang adunan berwarna secara berselang seli.
11. Lorek guna lidi mengikut kreativiti masing-masing.
12. Tuang pula adunan kosong diatas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Tinggalkan sedikit adunan untuk membuat corak di bahagian atas.
13. Warnakan lebihan adunan tadi dengan beberapa warna. Warna mestilah lebih terang berbanding warna di bahagian bawah.
14. Lorek ikut kreativiti masing-masing. Bakar kek pada suhu 130C selama 1 jam 20 minit. Letak di bahagian tray paling bawah. Selepas bakar kek selama 45 minit, letak aluminium foil di atas loyang supaya permukaan atas kek tidak hangit.
15. Bila kek dah masak, terbalikkan atas redai. Penting supaya kek tidak mendap.
Ads
16. Lepas 5 -10 minit, betulkan kembali kedudukan kek.
17. Hasil kek yang telah siap dimasak. Sangat sedap dan gebu.
Ada 3 Tips Cara Bakar atau Kukus
1. Bakar (Warna atas nampak cantik)
130°c selama 1 jam 20 minit. Selepas 45 minit tutup loyang bahagian atas dengan aluminium foil. Guna api atas bawah. Tray bawah sekali.
2. Bakar biasa ( Gelap sikit bahagian atas)
150°c selama 50 minit. Guna api atas bawah dan tray bahagian tengah.
3. Kukus (wrap loyang)
Selama 50 minit @ sehingga masak.
Bila tiba Ramadan, ramai dikalangan kita yang dah mula buat biskut raya. Salah satu yang menjadi kegemaran ramai adalah Biskut Coklat Cip ala Famous Amos. Memang sedap. Bukan setakat kanak-kanak, yang dewasa pun suka biskut begini. Istimewa buat anda, Raas kongsikan resipi biskut dari Opah Mas Cotek. Bolehlah cuba nanti.
RESIPI BISKUT ALA FAMOUS AMOS
BAHAN A:
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak
1 buku mentega (250gm)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan susu segar
2 sudu teh serbuk vanila/esen vanila
BAHAN B ( diayak):
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu makan serbuk koko (jika suka)
BAHAN C:
1 1/2 cawan coklat cip
3/4 cawan badam cincang
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan sebatikan menggunakan whisk. Boleh juga guna senduk.
2. Masukkan bahan B. Kaup balikkan hingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan C. Gaul rata.
4. Sudukan adunan dalam tray yang telah dialas baking paper dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
(Masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.)
Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Setiap tahun hampirnya bulan Ramadan pelbagai biskut dengan rupa dan bentuk menarik jadi ‘buruan’.
Jom kita semak resipi biskut moden yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini yang terlajak sedap, rangup dan cair di mulut.
1. ALMOND COFFEE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
120 gm gula perang
400gm tepung kotak | jika ‘superfine’ tak perlu ayak
100 gm serbuk badam
50 gm serbuk coklat | diayak
20gm serbuk penaik
1 biji telur
1 sudu teh perisa kopi
100 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
Coklat putih secukupnya
Hirisan badam secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
Masukkan telur diikuti dengan serbuk coklat.
Kemudian masukkan tepung, perisa kopi dan serbuk badam
Masukkan pula hirisan badam, adun sehingga menjadi doh. Hiaskan hirisan badam di atasnya juga.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Sejukkan dan paipkan dengan coklat putih sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa kopi dan badam yang sedap
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan pes serbuk kopi menggantikan perisa kopi.
2. GERMAN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
100 gm gula aising
200 gm tepung kentang | diayak
100 tepung gandum | diayak
Bahan hiasan:
Manik atau coklat urai hijau secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang
Masukkan tepung gandum dan tepung kentang, adun menjadi doh.
Bulat-bulatkan dan tekan dengan belakang garfu. Celup garfu dalam air terlebih dahulu.
Taburkan dengan coklat urai warna hijau
Panaskan oven, bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 15 minit, atau hingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 80 – 100 keping
Waktu memasak : 15-20 minit
Keistimewaan : Biskut ini mudah berderai dan cair di mulut
INFO CHEF : Rasa yang enak dan lembut. Hanya dengan empat bahan asas ia menghasilkan biskut yang ringkas dan mudah dibuat.
3 .TART WITH CHOCOLATE FILLING
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
60 gm gula aising
300 gm tepung gandum | diayak
1/2 biji telur
120 kepingan coklat mini (mini bar)
Bahan hiasan :
Coklat urai hijau dan putih secukupnya.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang. Masukkan telur dan gaul rata.
Masukkan pula tepung dan adunkan menjadi doh.
Setelah doh menjadi lembut, masukkan kepingan coklat di dalamnya sebagai inti.
Bentukkan ikut suka, bulat-bulatkan.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit.
Saiz hidangan : 100 – 120 keping
Waktu memasak : 18- 20 minit
Keistimewaan : Inti coklat pasti memenuhi selera penggemar coklat.
INFO CHEF : Selain bar mini coklat susu biasa , anda boleh juga menggunakan bar coklat badam, gajus atau coklat lain kesukaan anda.
4. DAISY CHOCOLATE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
50 gm tepung ubi | diayak
20 gm serbuk coklat | diayak
300 gm tepung jagung | diayak
50 gm tepung kastad | diayak
1 sudu teh perisa coklat
1 biji telur
Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur, pukul rata.
Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
Susun manik sebiji di atasnya.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit
Saiz hidangan : 120 – 150 keping
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Rasa penuh bercoklat
INFO CHEF : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.
5. CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
120 gm gula perang
1biji telur
350 gm tepung gandum | diayak
30 gm serbuk coklat | diayak
10 gm serbuk penaik | diayak
50 gm corn flakes | diramas
30 gm cranberi | dipotong kecil
Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.
Saiz hidangan : 150 – 180 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah cranberi dan corn flakes, gabungan rasa lazat
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.
6. CHERRY SUN FLOWER SEEDS
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
100 gm gula aising
350 gm gm tepung gandum | diayak
50 gm tepung kentang | diayak
50 gm tepung jagung | diayak
30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang
Bahan hiasan :
Ceri hijau dan merah
Biji bunga matahari secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur, pukul rata.
Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
Adun hingga menjadi doh
Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
Saiz hidangan : 130 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup
INFO CHEF : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.
7. DYRA RAISIN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
200 gm mentega
100 gm gula perang
1biji telur
50 gm serbuk coklat | diayak
300 tepung gandum | diayak
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kismis hitam campur kismis kuning
Bahan hiasan :
Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis.
Adun menjadi doh lembut
Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit.
Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.
Saiz hidangan : 130 – 150 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Masam manis dengan rasa kismis dan penuh rasa koko
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.
8. BLACK SESAME AND ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
300 tepung gandum | diayak
20gm tepung kentang | diayak
30 gm bijan hitam
30 gm serbuk badam
1 sudu teh serbuk penaik
Beberapa titik pewarna kuning
Bahan hiasan :
Badam /kacang dan bijan hitam secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung kentang dan serbuk badam serta pukul rata.
Kemudian masukkan bijan hitam dan pewarna kuning.
Uli dengan tangan hingga menjadi doh.
Terap mengikut kesukaan acuan.
Hiaskan dengan biji hitam dan hirisan badam.
Panaskan suhu dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 18 minit.
Saiz hidangan : 80 – 100 keping
Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Bijan hitam dan badam memberikan rasa berkacang
INFO CHEF : Bijan menghasilkan aroma harum biskut dan rangup
9. APRICOT SHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
50 gm gula aising
400 gm tepung gandum | diayak
100gm apricot kering | dipotong kecil
100 gm serbuk badam
Sedikit pewarna kuning
Bahan hiasan :
Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning.
Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering.
Adunkan supaya menjadi doh.
Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
Saiz hidangan : 120 -150 keping
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri
10. PEANUT BUTTER TART ALMOND
BAHAN – BAHAN:
250 gm mentega
60 gm gula aising
350gm tepung gandum | diayak
50 gm tepung jagung | diayak
100 gm mentega kacang
50 gm badam hiris
50 gm ceri merah dan hijau
Bahan Hiasan :
Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh.
Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar.
Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart.
Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.
Saiz hidangan : 50 keping
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak
INFO CHEF : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini
11. ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
100 gm gula aising
300 gm tepung gandum | diayak
50 gm tepung jagung | diayak
50 gm serbuk badam
Bahan hiasan :
50gm biji almond hiasan
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
Masukkan serbuk badam dan gaul rata, adunkan menjadi doh.
Kemudian terap mengikut acuan biskut yang digemari
Letakkan sebiji badam sebagai hiasan
Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 18 minit atau hingga perang keemasan .
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Rasa badam sebenar yang rangup
INFO CHEF : Resipi yang sama juga anda boleh gunakan untuk membuat biskut gajus.
12. SUGEE ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm minyak sapi
120 gm gula aising
400 gm tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna hijau
Bahan hiasan :
50 gm hirisan badam
100 biji labu hijau
CARA MEMASAK :
Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang.
Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :20 minit
Keistimewaan : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan
INFO CHEF : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim
13. BROWNIES COOKIES
BAHAN- BAHAN :
200 gm mentega
300 gm tepung gandum | diayak
50 gm serbuk koko | diayak
100 gm perang
10 gm serbuk penaik | diayak
20 gm coklat cip
1 biji telur
Bahan hiasan :
Cip coklat secukupnya
Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
Hiaskan dengan cip coklat.
Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Brownies lembut kaya dengan rasa coklat
INFO CHEF : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 mini
14. GREEN MINT COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm mentega
110 gm gula aising
1 biji telur
300 gm tepung gandum | diayak
10 ml perisa pudina
10 ml pewarna hijau
10 gm serbuk penaik | diayak
20 gm hirisan badam
Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
120 biji labu secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.
Saiz hidangan : 120 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam
INFO CHEF : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup.
15. BUBBLE RICE COOKIES
BAHAN-BAHAN :
150 gm mentega
80 gm gula perang
1 biji telur saiz C
30 gm serbuk koko | diayak
30 gm coklat masakan | dicairkan
150 gm tepung gandum | diayak
100 gm bubble rice @ bertih beras
Bahan hiasan :
Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut
CARA MEMASAK :
Pukul mentega bersama gula perang.
Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko.
Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.
Saiz hidangan : 100 keping
Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Berteh beras yang rangup
INFO CHEF : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.
RESIPI : ZAITON ISMAIL
TERIMA KASIH : Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail
Selain kek mentega , kek oren dan kek marble, kek yang menjadi kesukaan ramai ialah kek karot. Parutan karot pada kek memberi rasa yang enak dan tidak muak makan. Buatnya pun tak susah.
Kek Karot
Bahan-bahan- 1 1/2 cawan tepung gandum 2 biji telur 1 batang karot (diparut jadikan 1 cawan) 1 cawan gula perang 1 sudu teh esen vanila 1 sudu besar serbuk penaik 1 sudu kecil ovalete (kalau tak letak punn takpe)-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan minyak Sedikit kismis atau walnut
Toping- 250gm cream cheese 6 sudu besar susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh esen vanila -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak –
1.Pukul telur, gula perang, ovalete hingga kembang 2.Masukkan esen vanila dan karot 3.Masukkan minyak 4.Ayak tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. 5.Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut 6.Lapikkan loyang dengan baking paper bawahnya dan tuangkan adunan 7.Panaskan oven suhu 175 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing. 8.Dah siap sejukkan kek baru letak toping dan taburkan lebihan karot, walnut tadi ataupon gula-gula manik jika suka.
9.Untuk toping – mixed cream cheese dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila. Gaul sebati dan bolehlah sapu atas kek