
Sedapnya Kek Keju Meleleh Pandan ni. Resipi istimewa buat anda yang tak ada ketuhar. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Hayati ni. Pasti puas hati.
RESIPI KEK KEJU MELELEH PANDAN KUKUS
BAHAN-BAHAN ( 1 LOYANG BULAT):
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 sudu besar ovelatte
- 1/2 cawan minyak masak } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
- 1/2 cawan susu cair } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
- 1/2 penutup pewarna hijau
- 1 penutup besar perisa pandan }boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
- Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
- Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
- Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH
- 250gm cream cheese Tatura
- Suku cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat manis ( ikut manis sendiri)
CARA-CARA:
- Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.
CARA MENGHIAS:
- Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk.
- Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan.
- Potong @ belah separuh kek dan sapu krim keju.
- Letak kembali kek yang dipotong tadi dan sapu cream cheese. R
- Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.
TIP BUAT KEK KEJU YANG SEMPURNA:
- Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
- Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.
- Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.
- Ayak tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
- Penutup kukusan perlu dibalut dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.
Kredit resipi & foto: Umi Hayati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Isi Kandungan
ToggleBuah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.
Pemilik kedai Dill Cakes dari, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yang sungguh enak ini. Cubalah, ya

1. KEK BUAH PRUN
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm prun yang dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan
- 1 cawan air
- 1 cawan gula hangus @ karamel
- 8 biji telur
- 340 gm gula kastor
- 340 gm tepung naik sendiri | diayak
- 1 ½ buku mentega
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan hingga kembang.
3. Masukkan prun yang dihancurkan tadi dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata
5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan di dalam tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm)
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan: Rasa buah prun yang hebat
INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dalam peti sejuk. Jika suka hiaskan dengan butter cream dan hirisan buah prun.
2.KEK NANAS TERBALIK
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 425 gm gula perang
- 1 ½ buku mentega
- 1 kg tepung naik sendiri | diayak
- 1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dengan air yang dalam tin
Sedikit ceri merah hiasan :
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan mentega dan putar dengan kelajuan perlahan sampai rata.
4. Masukkan nanas yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur.
6. Masukkan dalam loyang bulat yang sudah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan: Kek nanas dengan bahan yang ringkas, rasa nanas masam manis
INFO : Kek yang tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.
3.KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg krim keju
- 2/3 tin susu pekat
- 1 cawan krim putar @ whipping cream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
- 250gm biskut marie | dihancurkan
- 125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
- 1 sudu teh serbuk gelatin
- 30 ml air30ml air
- 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10. Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 120 gm gula kastor*
- 10 gm ovalet*
- 4 biji telur gred A
- 130 gm tepung superfine / tepung kek*
- 1 sudu teh serbuk penaik*
- 40 ml air
- 60 gm minyak jagung / mentega cair
- 1 sudu makan strawberi emulco
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk sederhana besar.
3. Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu.
4. Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar .
7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min.
8. Selepas kek sejuk boleh sapu dengan frosting fresh cream yang telah diputar.
9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dengan hirisan buah strawberi.
Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim
INFO : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yang terdapat di dalamnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dalam.
5. KEK MARBLE DURIAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 425 gm gula kastor
- 3 cawan tepung naik sendiri | diayak
- 8 biji telur
- 1 1/2 buku mentega | cairkan dalam suhu bilik
- 1 cawan isi durian
Beberapa titik pewarna ikut suka
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental
Campurkan satu cawan durian
CARA MEMASAK :
1. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan pula gula dan putar hingga kembang dan pekat.
2. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan hingga naik kembang.
3. Masukkan mentega dan putar hingga rata.
4. Masukkan pula durian dan putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
6. Asingkan adunan ikut warna yang disukai.
7. Tuang selang seli dalam loyang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega untuk jadikan corak marble.
8. Panaskan oven dan dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak.
9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream yang telah dicampurkan durian.
10. Letakkan sedikit isi durian sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yang enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.
INFO : Pastikan durian segar digunakan untuk mengelak rasa masam pada kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dengan sedikit gula sehingga menjadi pes.
TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com
Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

Isi Kandungan
ToggleTerdapat pelbagai biskut moden yang telah di ubah suai. Pelbagai bahan telah ditambah ke dalam biskut untuk menyedapkan lagi biskut seperti oat, susu, Horlicks dan sebagainya. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih biskut yang anda sukai. Jom cuba 10 jenis biskut ini.
1. PUTU KACANG BERSUSU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung kacang hijau
- 150gm susu tepung
- 100gm gula ising
- 50gm gula ising untuk hiasan
- Sedikit air untuk lembapkan adunan
CARA MEMASAK:
- Gaul semua bahan di atas kecuali air. Kemudian barulah direnjis sedikit air ke dalam adunan. Jangan terlalu basah.
- Taburkan sedikit gula ising ke dalam acuan. Kemudian tekan kuat adunan ke dalam acuan. Keluarkan dari acuan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Bakar menggunakan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut selera masing-masing.
2. BATANG BURUK BERSUSU HORLICKS
BAHAN-BAHAN:
- 20 keping kulit popia
- Minyak masak secukupnya
UNTUK SALUTAN:
- 200gm serbuk kacang hijau
- 150gm Horlick
- 100gm susu tepung
- 100gm gula ising
CARA MEMASAK:
- Kulit popia dipotong mengikut cita rasa. Panaskan minyakdan goreng kulit popia. Angkat dan toskan.
- Campurkan kesemua bahan untuk salutan dan kemudian gaulkan dengan kulit popia yang telah digoreng.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa kacang hijau beri kelainan
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
3. JEJARI SUSU BEROAT
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm susu pekat
- 100gm oat
- 100gm gula halus
- 150gm marjerin
- 1 biji telur
- 10gm soda bikarbonat
- 10gm baking powder
HIASAN:
- Sedikit kuning telur
- Oat
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan susu, oat, baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh. Terap adunan tadi beralaskan plastik.
- Potong memanjang kemudian sapukan kuning telur dan sedikit oat sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Tekstur oat dapat dirasa ketika digigit
INFO CHEF: Agak menyihatkan kerana mengandungi oat.
4. BEBOLA SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm susu pekat
- 100gm gula halus
- 150gm marjerin
- 1 biji telur
- 10gm soda bikarbonat
- 10gm serbuk penaik
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan susu pekat, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.
- Bentukkan adunan seperti bebola.
- Bakar sehingga masak pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak susu
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
5. BISKUT BUNGA HORLICKS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm susu pekat
- 100gm gula halus
- 150gm marjerin
- 100gm Horlicks
- 1biji telur
- 10gm soda bikartbonat
- 10gm serbuk penaik
- Cip Coklat untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang.
- Masukkan pula susu, Horlick, soda bikarbonat, baking powder. Gaul sebati.
- Masukkan tepung kemudian uli hingga membentuk doh.
- Bentukkan adunan menjadi bunga. Letakkan cip coklat sebagaihiasan.
- Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak Horlicks
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
6. BISKUT SUSU BERTAKTHA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung jagung
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Ceri merah secukupnya |hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Sekiranya adunan agak lembik, boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit.
- Bentukkanm adunan tadi bulat-bulat dan leperkan sedikit. Letakkan ceri merah di atasnya. Letak di dalam dulang pembakar.
- Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa susu yang sedap
INFO CHEF: Boleh juga hiaskan dengan manik warna-warni untuk lebih menarik.
7. BISKUT RERAMA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung jagung
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Coklat masakan secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.Sekiranya adunan agak lembik,boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit. Bentukkan menjadi doh.
- Uli dan tekap menjadi bentuk rama-rama. Paipkan coklat masakan yang dicairkan untuk membentuk rama-rama.
- Masukkan di dalam loyang pembakar. Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Bentuk yang unik
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
8. BISKUT NESTUM
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm marjerin
- 100gm gula ising
- 100gm soda bikarbonat
- 100gm serbuk penaik
- 80gm Nestum
- 20gm Horlicks
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan tepung bersama soda bikarbonat, serbuk penaik, horlicks dan Nestum. Kacau sebati.
- Uli hingga menjadi doh dan bentukkan mengikut cita rasa masing-masing.
- Letakkan di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Sangat mudah dibuat dan sedap.
9. BISKUT JEJARI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Coklat masakan | hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
- Uli adunan dan bentukkan memanjang. Masukkan di dalam loyang pembakar.
- Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Dengan menggunakan ‘piping’, hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan sedikit ceri warna-warni di atasnya.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Coklat masakan dicairkan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
10. BISKUT BURGER COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung jagung
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Coklat masakan secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan, gaul sebati.
- Setelah itu, bentukkan adunan bulat leper. Letakkan coklat masakan yang telah dicairkan di atas sekeping biskut dan lapiskan dengan sekeping lagi. Bentukkan seperti burger.
- Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak susu
INFO CHEF: Boleh letakkan manik warna-warni atau lukiskan corak di permukaan atas biskut untuk lebih menarik.
Kek Coklat Super Moist Ini Sangat Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!

Isi Kandungan
ToggleKek coklat super moist ini memang sedap. Kek ini adalah di antara kek yang menjadi pujaan ramai lebih-lebih lagi anak-anak. Aduh, boleh terbayang akan rasanya yang sedap. Ada yang suka kek Coklat Moist?
Lebih menarik lagi, kek coklat moist tanpa gunakan oven dan mixer. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mai Siti ini ye. Mudah je nak membuatnya tapi sedapnya bukan kepalang ye.
Kek Coklat Super Moist Ini Sangat Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
Bahan-Bahan Kek Coklat Super Moist:
Bahan kek:
1 cawan / 12gram serbuk koko – boleh beli online di sini
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan / 225gram gula kastor – boleh beli online di sini
2 biji telur (saiz A/B)
1/3 cawan / 83ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar) – boleh beli online di sini
1/2 sudu teh garam halus
1/4 cawan / 59ml minyak masak – boleh beli online di sini
1 sudu teh Nescafe
1/3 cawan / 83ml air panas
1 sudu makan cuka makan/jus lemon
Bahan Coklat Ganache:
1 cawan / 250ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar)
2 sudu makan gula kastor – boleh beli online di sini
5 sudu makan susu pekat manis – boleh beli online di sini
1/3 cawan / 33gram serbuk koko – boleh beli online di sini
2 sudu makan tepung gandum – boleh beli online di sini
2 sudu makan butter/marjerin – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Untuk membuat kek; Ayak 1 cawan tepung gandum, 12/ sudu kecil baking powder, ½ sudu the soda bikar bonat dan 1/2 cawan serbuk koko ke dalam mangkuk,
Masukkan 1 cawan gula kastor dan ½ sudu the garam halus. Kacau rata.
Masukkan ¼ cawan minyak masak, 1/3 cawan susu full krim dan dua biji telur- gaul sebati.
Bancuhkan satu sudu the nescafe dengan 1/3 cawan ar panas. Masukkan dan gaul sebati.
Masukkan satu sudu makan cuka atau jus lemon. Kacau sebati.
Alas loyang bersaiz 8 inci dengan baking paper atau sapukan sedikit mentega di bahagian dalamnya, dan masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
Bila air kukusan mendidih, masukkan loyang dan ukus selama 40 – 50 minit atau sehingga kek masak.
Terbalikkan kek atas redai, buang baking paper dan biar kek sejuk di atas relai pada suhu bilik.
Bila kek sejuk, bolehlah potong menjadi dua bahagian. Langkah ini adalah atas pilihan. Boleh skip jika tak nak buat ye.
Untuk Buat Coklat Ganache:
Masukkan 1 cawan susu full cream, dua sudu makan gula kastor, lima sudu makan susu pekat manis, 1/2 cawan serbuk koko dan dua sudu makan tepung gandum ke dalam bekas. Kacau semua bahan biar sebati.
Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil, dan sentiasa kacau selama 3 minit.
Selepas 3 minit, tutup api dan masukkan dua sudu makan butter/marjerin, kacau sehingga mentega larut.
Biarkan coklat ganache sejuk pada suhu bilik sebelum disapu di atas kek. Tambahan 1 sudu teh Nescafe ke dalam kek coklat akan mengharumkan dan meningkatkan lagi rasa coklat dalam kek. Jangan risau kek tidak akan rasa kopi pun dengan tambahan sedikit Nescafe ke dalam adunan.
Penggunaan jus lemon atau cuka makan adalah untuk memastikan kek naik dengan sekata dan cantik.
Cuka atau jus lemon bersifat asid, bertindak balas dengan bahan-bahan bersifat alkali dalam kek untuk membebaskan gas karbon dioksida dan menjadikan kek naik cantik.
Tuangkan coklat ganache di atas kek, ratakan. siap!
Jika nak potong, tuang dan sapu sedikit coklat ganache ke bahagian tengah kek yang dipotong. Lapiskan dengan satu bahagian lain dan tuang coklat ganache selebihnya di atas kek.
Siap! Memang mantap!!
EKSTRA!
TIP UNTUK ELAKKAN KEK COKLAT MEREKAH PADA BAHAGIAN PERMUKAAN:
- Jangan gunakan loyang yang kecil, loyang yang kecil akan menyebabkan kek mudah merekah.
- Masukkan satu sudu makan cuka makan/jus lemon untuk memastikan kek naik dengan sekata.
- Gunakan api yang sederhana dan sedikit kecil semasa mengukus menggunakan saiz loyang 8 inci.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Rasa Mewah, Sedap Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official