Bagi anda nak berniaga, Kek Marble ni antara yang sesuai dan senang dihasilkan. Bahan yang digunakan pun tak terlalu banyak, sukat guna cawan dan hasilnya memang sedap. Resipi perkongsian saudari Aliah Rose ni salah satu yang boleh dicuba. Sebiji kek berat anggaran 800gm-1 kg dan boleh jual antara harga RM25-RM30. Menurut empunya resipi, kek beliau ni tak manis sangat. Jadi pelanggan tak perlu makan sambal sulam air. Menarik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

KEK MARBLE MOIST

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1/2 cawan tepung sponge cake
  • 1 ½ cawan tepung kek
  • 1 sudu teh serbuk penaik – tetap letak walau tepung dah ada bahan penaik
  • 1 sudu teh esen vanilla / esen pandan
  • 1 cawan susu pekat manis – boleh kurangkan jumlahnya
  • 1 cawan mentega – dicairkan. Boleh ganti dengan minyak.

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Pukul telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dengan menggunakan pengadun.

2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla atau pandan. Adun lagi hingga sebati.

3. Seterusnya masukkan tepung-tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pastikan pengadun diperlahan sekejap-sekejap dan kaup balikkan adunan supaya rata.

4. Kemudian masukkan mentega cair. Adun perlahan dalam 3 pusingan kemudian matikan mesin. Kaup balik dengan tangan sahaja. Jangan pukul lama sangat nanti adunan jadi cair.

IKLAN

5. Jika nak jadikan kek berwarna warni, bahagikan adunan kepada beberapa 3 bahagian dan warna satiap satu dengan pewarna pilihan.

6. Tuang ke dalam loyang berselang-seli dan lorekkan adunan bagi mendapat bentuk marble.

Resipi Kek Marble Moist Sedap Guna Sukatan Cawan

7. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-180C dan bakar kek selama 40 minit atau hingga masak. Masa memasak mungkin berbeza ikut jenis ketuhar yang digunakan.

IKLAN

8. Angkat, sejukkan kek dan boleh dinikmati.

Resipi Kek Marble Moist Sedap Guna Sukatan Cawan

INFO: Biasanya empunya resipi akan dapat kek bersaiz 800gm-1kg. Harga jualan bermula RM25-RM30.

 

Kredit resipi & foto: Aliah Rose

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI