Ramadan dan Syawal bakal menjelang. Rasa tak lengkap tanpa adanya biskut Almond London ni. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat. Menurut empunya resipi, cara yang dikongsi sangat mudah kerana tidak memerlukan mesin pengadun. Malah sukatannya juga menggunakan cawan sahaja. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazilah Zakaria ni. Pasti puas hati. 

 

RESIPI ALMOND LONDON

Resipi Almond London Sedap Guna Sukatan Cawan

BAHAN A:

  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN B:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu makan serbuk badam

BAHAN C:

  • 2 cawan coklat masakan – cairkan guna kaedah double boiler
  • Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.

2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.

3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.

Resipi Almond London Sedap Guna Sukatan Cawan

IKLAN

Resipi Almond London Sedap Guna Sukatan Cawan

4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.

Resipi Almond London Sedap Guna Sukatan Cawan

Resipi Almond London Sedap Guna Sukatan Cawan

5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.

IKLAN

Resipi Almond London Sedap Guna Sukatan Cawan

Resipi Almond London Sedap Guna Sukatan Cawan

Kredit resipi & foto: Fazilah Zakaria

 

JOM CUBA RESIPI LAIN JUGA

Resipi Daging Masak Merah Thai Yang Sedap & Mudah Masak.

https://www.rasa.my/cara-mudah-buat-cendol-homemade-sedap-guna-tepung-beras/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI