Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
1/2 cawan gula icing – diayak
2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
1 cawan minyak jagung
BAHAN HIASAN:
Kuning telur secukupnya
Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
Ads
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Tak perlu tunggu hari raya baru nak membuat biskut. Biskut paling mudah dibuat, tekap tekap dah siap. Biskut kacang peas ni antara yang disukai ramai. Bolehlah buat banyak untuk kudapan bila berkumpul dengan keluarga nanti.
BISKUT KACANG PEAS Bahan-bahan: 2 cawan kacang peas yang dah diproses 1 cawan gula halus 1 cawan minyak jagung-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu teh garam halus 1 kuning telur + pewarna kuning untuk sapuan
Cara membuat: 1.Campur semua bahan kering – sebatikan 2.Letak minyak,gaul hingga rata.
3.Ambil secubit dan bulatkan.Sapu dengan kuning telur. 4.Bakar pada suhu 170 selama 15 – 20 minit Kredit: Amin Salmah Haji Abdullah
Antara kek yang sedang ramai suka sekarang ni adalah burnt cheese cake. Kek ini bukan macam kek keju leleh tapi sejenis kek yang dibakar. Memang sedap sesangat. RASA kongsikan resipinya di sini ya.
BURNT CHEESECAKE
Bahan-bahan
250 gram cheese (guna philadelphia lagi sedap)
85 gram gula (boleh kurangkan ke 75gm)
2 biji telur ayam
9 gram tepung gandum
120 gram whipping cream
Sedikit esen vanilla (jika mahu)
Cara membuat
1. Putar sebati cheese dan gula. Masukkan telur. Putar sebati lagi. Ketepikan.
2. Campurkan tepung dengan whipping cream. Gaul sebati. Satukan dengan adunan cheese tadi.
3. Masukkan esen vanilla. Kaup balik sampai semua bersatu elok.
4. Lapikkan loyang dengan baking paper. Tak payah cantik-cantik tak apa. Sebab konsep kek ni memang kek yang tak ada rupa.
5. Jangan lupa panaskan oven suhu 200°C. Bakar kek ni selama 40 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan. Masuk peti sejuk semalaman. Esok pagi tu korang makan konfem berslice-slice masuk perut korang tanpa sedar. Nak makan terus pun boleh. Tapi lagi sedap kalau dah simpan dalam peti ais.
Panduan:
Adunan ni untuk bekas 5 inci tau. Kalau nak kek ni besar, sila gandakan adunan.
Cuba bila masa berubah, warna saja yang berubah, dulu warna coklat kuning, tapi sekarang pelbagai warna, dan gabungan warna hijau putih ini juga cantik. Kalau anda ingin menyediakan biskut ini menggunakan bahan yang mudah dan membuatnya juga senang.
BISKUT DAM PANDAN BAHAN-BAHAN: 100gm mentega 75gm gula halus 1 biji kuning telur 175gm tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung Sedikit pes pandan
CARA MEMBUAT:
Pukul mentega kuning telur dan gula halus sekadar bercampur rata.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, adun rata dengan senduk kayu hingga sebati dan boleh dibentuk dohnya.
Cara membentukan corak dam: bahagikan adunan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambahkan dengan pes pandan warna hijau.
4. Canai kedua-dua bahagian doh, kemudian potong memanjang. Susun doh secara berselang seli putih dan hijau.
5. Setiap selang lapisan disapu dengan putih telur supaya lapisan melekat.
6. Bungkus adunan yang telah dibentuk dengan plasik wrap dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
7. Keluarkan dan potong nipis adunan dengan ketebalan 1cm lebih kurang.
8. Setelah siap susun dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan mentega.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit atau hingga masak.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...