Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap tahun. Setiap tahun hampirnya bulan Ramadan pelbagai biskut dengan rupa dan bentuk menarik jadi ‘buruan’.

Jom kita semak resipi biskut moden yang dikongsikan oleh Zaiton Ismail dari Dyra Bakery & Academy ini yang terlajak sedap, rangup dan cair di mulut.

1. ALMOND COFFEE COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula perang
  • 400gm tepung kotak | jika ‘superfine’ tak perlu ayak
  • 100 gm serbuk badam
  • 50 gm serbuk coklat | diayak
  • 20gm serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh perisa kopi
  • 100 gm hirisan badam

Bahan hiasan :

  • Coklat putih secukupnya
  • Hirisan badam secukupnya

CARA MEMASAK : 

  1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang. 
  2. Masukkan telur diikuti dengan serbuk coklat.
  3. Kemudian masukkan tepung, perisa kopi dan serbuk badam 
  4. Masukkan pula hirisan badam, adun sehingga menjadi doh. Hiaskan hirisan badam di atasnya juga.
  5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
  6. Sejukkan dan paipkan dengan coklat putih sebagai hiasan.

Saiz hidangan    : 120 – 150 keping

Waktu memasak  : 18 minit

Keistimewaan    : Gabungan rasa kopi dan badam yang sedap

 INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan pes serbuk kopi menggantikan perisa kopi.

2. GERMAN COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula aising 
  • 200 gm tepung kentang | diayak
  • 100 tepung gandum | diayak

Bahan hiasan:

  • Manik atau coklat urai hijau secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung kentang, adun menjadi doh.
  3. Bulat-bulatkan dan tekan dengan belakang garfu. Celup garfu dalam air terlebih dahulu.
  4. Taburkan dengan coklat urai warna hijau
  5. Panaskan oven, bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 15 minit, atau hingga perang keemasan.

Saiz hidangan    : 80 – 100 keping

Waktu memasak  : 15-20 minit

Keistimewaan    : Biskut ini mudah berderai dan cair di mulut

 INFO CHEF :  Rasa yang enak dan lembut. Hanya dengan empat bahan asas ia menghasilkan biskut yang ringkas dan mudah dibuat.

3 .TART WITH CHOCOLATE FILLING

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 1/2 biji telur
  • 120 kepingan coklat mini (mini bar)

Bahan hiasan :

Coklat urai hijau dan putih secukupnya.

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang. Masukkan telur dan gaul rata.
  2. Masukkan pula tepung dan adunkan menjadi doh.
  3. Setelah doh menjadi lembut, masukkan kepingan coklat di dalamnya sebagai inti.
  4. Bentukkan ikut suka, bulat-bulatkan.
  5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit.

Saiz hidangan    : 100 – 120 keping

Waktu memasak  : 18- 20 minit

Keistimewaan    : Inti coklat pasti memenuhi selera penggemar coklat.  

INFO CHEF : Selain bar mini coklat susu biasa , anda boleh juga menggunakan bar coklat badam, gajus atau coklat lain kesukaan anda.

4. DAISY CHOCOLATE COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 110 gm gula aising
  • 50 gm tepung ubi | diayak
  • 20 gm serbuk coklat | diayak
  • 300 gm tepung jagung | diayak
  • 50 gm tepung kastad | diayak
  • 1 sudu teh perisa coklat
  • 1 biji telur

Bahan hiasan :

  • Manik gula warna perak secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
  3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
  4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
  5. Susun manik sebiji di atasnya.
  6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit

Saiz hidangan    : 120 – 150 keping

Waktu memasak  : 15 minit

Keistimewaan    : Rasa penuh bercoklat  

INFO CHEF : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.

5. CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  •  250 gm mentega
  • 120 gm gula perang
  • 1biji telur
  • 350 gm tepung gandum | diayak
  • 30 gm serbuk coklat | diayak
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 50 gm corn flakes | diramas
  • 30 gm cranberi | dipotong kecil

Bahan hiasan :

IKLAN
  • Coklat cair secukupnya sebagai hiasan 

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
  3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
  4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
  5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
  6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.

Saiz hidangan    : 150 – 180 keping

Waktu memasak  : 18 minit

Keistimewaan    : Buah cranberi dan corn flakes, gabungan rasa lazat

INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.

6. CHERRY SUN FLOWER SEEDS

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula aising
  • 350 gm gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm tepung kentang | diayak
  • 50 gm tepung jagung | diayak
  • 30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
  • 30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang

Bahan hiasan :

  • Ceri hijau dan merah
  • Biji bunga matahari secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
  3. Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
  4. Adun hingga menjadi doh
  5. Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yang disukai
  6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit

Saiz hidangan    : 130 – 150 keping

Waktu memasak  : 18 minit

Keistimewaan    : Buah ceri yang manis dan biji bunga matahari yang rangup

INFO CHEF : Panggang dahulu biji bunga matahari untuk biskut yang lebih rangup dan berlemak. Susun dengan jarak yang jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.

7. DYRA RAISIN COOKIES 

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula perang
  • 1biji telur
  • 50 gm serbuk coklat | diayak
  • 300 tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gm kismis hitam campur kismis kuning

Bahan hiasan :

  • Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
  4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis.
  5. Adun menjadi doh lembut
  6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
  7. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit.
  8. Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.

Saiz hidangan    : 130 – 150 keping

Waktu memasak  : 18 minit

Keistimewaan    : Masam manis dengan rasa kismis dan penuh rasa koko

INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.

8. BLACK SESAME AND ALMOND COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 110 gm gula aising
  • 300 tepung gandum | diayak
  • 20gm tepung kentang | diayak
  • 30 gm bijan hitam
  • 30 gm serbuk badam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Beberapa titik pewarna kuning

Bahan hiasan :

  • Badam /kacang dan bijan hitam secukupnya

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kentang dan serbuk badam serta pukul rata.
  3. Kemudian masukkan bijan hitam dan pewarna kuning.
  4. Uli dengan tangan hingga menjadi doh.
  5. Terap mengikut kesukaan acuan.
  6. Hiaskan dengan biji hitam dan hirisan badam.
  7. Panaskan suhu dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 18 minit.

Saiz hidangan    : 80 – 100 keping

Waktu memasak  : 18 minit

Keistimewaan    : Bijan hitam dan badam memberikan rasa berkacang

INFO CHEF : Bijan menghasilkan aroma harum biskut dan rangup

9. APRICOT SHIP COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 50 gm gula aising
  • 400 gm tepung gandum | diayak
  • 100gm apricot kering | dipotong kecil
  • 100 gm serbuk badam
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan hiasan :

  • Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang, masukkan pewarna kuning.
  2. Masukkan tepung gandum, diikuti dengan badam dan aprikot kering.
  3. Adunkan supaya menjadi doh.
  4. Bentukkan dengan acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
  5. Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.

Saiz hidangan    : 120 -150 keping

Waktu memasak  : 15 minit

Keistimewaan    : Hiasan aprikot, ceri dan badam dalam biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya

INFO CHEF :  Anda boleh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri

10. PEANUT BUTTER TART ALMOND

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN – BAHAN:

  • 250 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 350gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm tepung jagung | diayak
  • 100 gm mentega kacang
  • 50 gm badam hiris
  • 50 gm ceri merah dan hijau

Bahan Hiasan :

  • Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli hingga menjadi doh.
  3. Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dalam gambar.
  4. Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dalam tart.
  5. Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
  6. Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.

Saiz hidangan    : 50 keping

Waktu memasak  :18-20 minit

Keistimewaan    : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak

INFO CHEF : Ceri merah dan hijau yang manis menyedapkan lagi biskut ini

11. ALMOND COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula aising
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm tepung jagung | diayak
  • 50 gm serbuk badam

Bahan hiasan :

  • 50gm biji almond hiasan

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
  3. Masukkan serbuk badam dan gaul rata, adunkan menjadi doh.
  4. Kemudian terap mengikut acuan biskut yang digemari
  5. Letakkan sebiji badam sebagai hiasan
  6. Panaskan oven dalam suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 18 minit atau hingga perang keemasan .

Saiz hidangan    : 100 keping

IKLAN

Waktu memasak  :18-20 minit

Keistimewaan    : Rasa badam sebenar yang rangup

INFO CHEF : Resipi yang sama juga anda boleh gunakan untuk membuat biskut gajus.

12. SUGEE ALMOND COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  •  250 gm minyak sapi
  • 120 gm gula aising
  • 400 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau

Bahan hiasan :

  • 50 gm hirisan badam
  • 100 biji labu hijau

CARA MEMASAK :

  1. Pukul minyak sapi dan gula aising hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
  3. Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
  4. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit

Saiz hidangan    : 100 keping

Waktu memasak  :20 minit

Keistimewaan    : Biskut suji yang lembut dan gebu dengan perisa pandan

 INFO CHEF : Biskut suji kaya dengan rasa minyak sapi yang lazat. Anda boleh juga menambahkan sedikit susu tepung untuk rasa lebih berkrim

 13. BROWNIES COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

BAHAN- BAHAN :

  • 200 gm mentega
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk koko | diayak
  • 100 gm perang
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 20 gm coklat cip
  • 1 biji telur

Bahan hiasan :

  • Cip coklat secukupnya
  • Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut

CARA MEMASAK :

  1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
  2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
  3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
  4. Hiaskan dengan cip coklat.
  5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
  6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .

Saiz hidangan    : 100 keping

Waktu memasak  :18 – 20 minit

Keistimewaan    : Brownies lembut kaya dengan rasa coklat

INFO CHEF : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 mini 

14. GREEN MINT COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 110 gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 10 ml perisa pudina
  • 10 ml pewarna hijau
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 20 gm hirisan badam

Bahan hiasan :

  • Coklat cair secukupnya untuk dipaipkan atas biskut.
  • 120 biji labu secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
  2. Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
  3. Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
  4. Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dengan biji labu.
  5. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yang dicairkan di atasnya.

Saiz hidangan    : 120 keping

Waktu memasak  :18 – 20 minit

Keistimewaan    : Kelazatan rasa pudina dan badam

INFO CHEF : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dalam adunan (10 gm) untuk rasa lebih rangup. 

15. BUBBLE RICE COOKIES

15 Aneka Biskut Moden, Nur Dyra Cookies Yang Terlajak Sedap

 BAHAN-BAHAN :

  •  150 gm mentega
  • 80 gm gula perang
  • 1 biji telur saiz C
  • 30 gm serbuk koko | diayak
  • 30 gm coklat masakan | dicairkan
  • 150 gm tepung gandum | diayak
  • 100 gm bubble rice @ bertih beras 

Bahan hiasan :

  • Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega bersama gula perang.
  2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
  3. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko.
  4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
  5. Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang
  6. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
  7. Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.

Saiz hidangan    : 100 keping

Waktu memasak  :18 – 20 minit

Keistimewaan    : Berteh beras yang rangup

INFO CHEF : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.

RESIPI : ZAITON ISMAIL

TERIMA KASIH : Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI