Sebut sahaja Kuih Siput sama ada yang original rangup berperisa kari atau lemak manis, ramai yang menyukainya. Rangup dan enak. Sekali makan, memang ralit dibuatnya. Nak buatnya pun mudah je. Anda sendiri boleh hasilkan untuk kudapan suami dan anak-anak. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ni. Berbaloi sangat.
Sedapnya Roti Kering homemade ni! Roti sandwic jika dimakan begitu sahaja, memang lambat nak habis. Kadang kala, dah nak hampir tamat tempoh dah, tapi rotinya masih banyak berbaki. Sayang kalau roti tu dibiarkan berkulat macam tu je. Apa kata puan-puan cuba buat Roti Kering homemade guna resipi perkongsian saudari Suzie Maswar ni. Memang sedap! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..Rupanya mudah sangat buat roti ni. Jom cuba. Puan-puan pasti suka.
CARA BUAT ROTI KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Petang-petang begini memang sedap kalau dapat menikmati sepinggan Cucur Bilis panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang berselera. Menerusi perkongsian saudari Rosni Musa, beliau kongsikan petua yang diajar oleh ibu mertua untuk menghasilkan cucur atau jemput-jemput yang rangup diluar dan lembut di dalam. Ikut car ani, adunan pun jadi sempurna. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Barulah cucur bila digoreng, elok bentuknya. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
1. Masukkan tepung, bawang besar, cili besar dan ikan bilis ke dalam mangkuk.
2. Kacau sekata bahan-bahan tadi.
3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau laju supaya semua bahan sebati.
4. Sampai adunan jadi macam ni.
5. Tambah lagi air sejuk dan adun sekata. Tekstur adunan akan jadi sempurna. Tidak lembik sangat dan tidak terlalu keras.
6. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana perlahan. Jemputkan adunan ke dalam minyak.
7. Goreng seketika. Bila adunan cucur sudah sedikit keras, sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.
8. Bila cucur sudah nampak garing, angkat dan toskan minyaknya.
9. Hidangkan untuk keluarga. Enak dimakan bersama sos.
PETUA: Mak mentua ajar kalau nak membuat cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam, bancuhan pertama kena guna air panas menggelegak. Selebihnya barulah guna air sejuk biasa. Adunan pula tak lembik dan tak keras sangat baru menjadi cucur yang bulat dan tidak leper apabila digoreng. Selain itu, ikan bilis juga boleh diganti denga nisi udang.
Nak makan cempedak atau pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat makan. Tepung salut rangup pulak tu. Memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!