Kalau ke pasar malam, pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni. Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad, Roti Arbak, Roti Tabligh dan banyak lagi nama. Tapi bendanya sama je. Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Memang sedap kalau makan panas-panas. Nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosliza Wahab ni.
ROTI KHURASAN
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam – cincang
4 biji bawang merah – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji bawang besar – dadu
Sedikit lobak merah – dadu
1/2 biji lada benggala – dadu
2 batang timun – dadu
5 biji cili padi – hiris
Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut citarasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti burger atau roti hotdog
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.
Ads
3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak hingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.
Ads
5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.
Ads
6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pada kulit popia bagi melekatkannya. ( empunya resipi guna 2 keping kulit popia untuk bungkus 1 roti.)
7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dalam roti.
Ada roti lebih, jangan buang ye. Tukarnya menjadi menu lebih sedap dan senang sangat nak membuatnya. Daripada membazir ini tiga menu yang boleh dicuba dan dijadikan menu sarapan . Yang pasti korang tak membazir dan sarapan pagi menjadi lebih bervariasi.
1. BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi sate. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
2. LASAGNA ROTI DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Lenserkan loyang 6X6 inici dengan mentega kemudian alas dengan aluminium foil. Kemudian lenserkan aluminium foil dengan mentega. 2. Bagi menyediakan inti, Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi , 3. Masukkan pes cili, tumis seketika masukkan pula daging kisar. 4. Setelah daging kisar berubah warna masukkan pula hirisan cendawan. 5. Kacau seketika, masukkan sos balognese. 6. Perasakan dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Kacau rata hingga tumisan kering. 7. Tutup api dan sejukkannya. 8. Sementara menunggu untuk proses melapis, panaskan ketuhar pada suhu 180C atay bergantung kepada ketuhar masing-masing. 9. Untuk melapis roti, kacau campuran telur dengan susu cair dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. 10. Susun daasar loyang dengan empat keping roti, kemudian tuangkan bancuhan telur. 11. Biarkan seketika, kemudian taburkan sepatuh tumisan daging dan taburkan separuh dari parutan keju cheddar. 12. Kemudian lapisankan satu lagi lapisan roti, tuangkan separuh lagi campuran telur dan susu, kemudian biarkan seketika dan lapiskan dengan separuh lagi tumisan daging dan keju. 13. Untuk lebih berperisa, taburkan juga di atasnya hirisan cili benggala, tomato ceri dan bawang. 14. Setelah siap, bolehlah bakar selama lebih kurang 45 minit. 15 . Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
3. KARIPAP ROTI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK INTI KENTANG
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar. 5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang. 6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang. 7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan. 10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis. 11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti. 12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi. 13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap). 14. Setelah siap karipap sedia digoreng. 15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. 16. Karipap sedia dihidangkan.
INGINKAN AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :
Suka makan roti? Jika ya, resipi Roti Kastard sedap perkongsian saudari Nita -nvoo Daniels ni antara yang boleh dicuba. Memang enak kalau dapat makan panas-panas. Malah, inti kastard tu juga boleh digantikan dengan keju mozzarella atau apa-apa inti kegemaran. Anda pasti suka. Jom cuba! Boleh buat untuk sarapan atau minum petang.
1. Satukan tepung, gula dan yis. Gaul sebati. 2. Kemudian masukkan air, susu dan telur. Kacau rata dan akhir sekali masukkan mentega. Adun hingga sebati seperti membuat doh roti. 3. Perap doh selama 45 minit atau hingga doh naik 2 kali ganda. 4. Bila doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh dan uli selama 5 minit lagi. 5. Bahagiakan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan jadi bebola. 6. canai doh dan masukkan inti kastard atau keju mozzarella. 7. Sapukan air di bahagian tepi doh, lipat dan tekan tepinya supaya inti tidak keluar sewaktu dimasak nanti. 8. Biarkan doh selama 20 minit sehingga ia naik 1 kali ganda lagi. 9. masak roti dalam kuali non-stick tanpa minyak. Guna api perlahan sahaja. Tutup kuali menggunakan penutup periuk. 10. Bila roti dah kekuningan, balikkan dan masak hingga sempurna. 11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: 1. Jika tiada tepung roti, boleh guna tepung gandum. Tetapi perlu ayak 2 kali. 2. Selain seperti bentuk dalam gambar, boleh bentukkan roti ikut kreativiti masing-masing.
Ketahui cara memilih kerang segar yang manis, berisi dan berkualiti. Ikuti 7 tip penting untuk memastikan kerang yang dibeli masih hidup, selamat dimakan dan lebih sedap dimasak.