Bagi penggemar hidangan Pais Ikan, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nur Suhadah Sanusini. Sangat ringkas namun membuka selera. Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Nak masaknya pun mudah. Boleh bakar guna Air Fryer, magic pan atau kukus. Tapi menurut empunya resipi, rasanya lebih enak jika dibakar. Apa pun, terpulang pada cita rasa masing-masing nak menikmatinya dengan cara bagaimana. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI PAIS IKAN KEMBUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
12 ekor ikan kembung saiz kecil – jika guna ikan saiz besar. Boleh ubah kuantiti bahannya
Daun kunyit – dimayang halus
Bunga kantan – dimayang halus
Daun pisang secukupnya
BAHAN KISAR HALUS (kisar dengan sedikit air sahaja):
CARA MEMASAK: 1. Ikan disiang dan dibersihkan. Pada masa yang sama, satukan bahan yang dikisar halus bersama daun kunyit dan bunga kantan. Sebatikan.
2. Sumbat ikan dengan campuran bahan kisar tadi. Balut ikan menggunakan daun pisang. Perap selama 1-2 jam.
3. Bakar ikan menggunakan air fryer pada suhu 180C selama 10 minit untuk setiap bahagian. Boleh juga masak ikan menggunakan pemanggang ajaib atau dikukus. Namun lebih sedap jika dibakar.
4. Angkat dan Pais Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.
Ayam bakar ini memang mudah untuk disediakan asalkan cukup bahan di dapur. Masak sendiri sebenarnya lebih puas hati, apatah lagi jika lihat anak-anak makan dengan penuh selera. Bagi anda yang mahu mencuba hidangan ini, boleh cuba resipi perkongsian oleh Fazilawati Binti Padzil ini. Nak makan dengan nasi boleh, pasta pun boleh.
RESIPI AYAM BAKAR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
12 ketul ayam
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili kimball
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar serbuk perasa hilal / yg sediaada
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
BAHAN DIKISAR KASAR
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
1. Gaulkan semua bahan dan serap semalaman.
2. Bakar pada suhu 180°c – 200°c selama 40 minit.
3. Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Siap!
Jika anda mencari AIR FRYER yang murah dan berkualiti, boleh cari DISINI.
Bulan puasa menu seperti murtabak mini ayam cheese bakal menjadi hidangan palis laris kalau di jual di pasar atau di bazar ramadan. Saiz besar kecil semua ada pilih sahaja tetapi jika inginkan kepuasan berganda apa kata buat sendiri resipi ni. Sangat mudah dan yang best boleh letak isi banyak dan buat stok banyak-banyak.
RESIPI MURTABAK MINI AYAM CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam @ daging | cincang
Kentang | potong dadu
Carrot | potong dadu
Rempah kari daging | 1 paket kecik
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji bawang besar | hiris
2 biji bawang besar | potong dadu
daun sup | hiris
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis
CARA MEMASAK INTI:
1. Panaskan kuali.. Tuang sedikit minyak masak.. Masukkan bawang yang dihiris..
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air.. Tumis rempah hingga pecah minyak..
3. Masukkan isi ayam & masukkan kentang.. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak..
4. Masak sehingga air hampir kering.. Masukkan sedikit garam & gula.. blh juga letak serbuk cukup rasa..
5. Masak hingga betul2 kering.. Sejukkan & sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
LANGKAH MEMBUAT MURTABAK MINI:
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul & masukkan sedikit garam.. Masukkan inti yg telah dimasak tadi..
2. Masukkan daun sup dan bawang.. Kacau hingga sebati..
3. Buka kulit popia, letak atas dulang.. letak sekeping cheese di tengah2..
Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu.. Letak di atas cheese tadi.. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan.. lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air)
Terbalikkan bila di lipat, letak atas bekas lain & ulang proses yg sama..
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak.. Letakkan murtabak mini tadi..
5. Bakar sehingga masak.. Balik2kan ia… bila dah siap bolehlah dihidangkan..
Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
200ml santan segera
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
200gm daging kisar
1 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili padi | hiris halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
Masukkan daging kisar, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...