Jom cuba resipi Kuih Puteri Ayu yang lembut bak sutera perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni. Nampak sedap dan membuka selera. Sesuai sangatlah kalau dijadikan sajian minum petang. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Suka makan Karipap Telur? Nah…Resipi perkongsian Hajah Zainab Bt Mawan ni antara yang cukup mudah untuk anda cuba. Kulitnya sangat enak dan jika tidak suka inti telur, boleh sahaja letak inti ayam, daging, srdin atau kentang. Terpulang pada selera masing-masing. Jom cuba buat karipap guna resipi ni. Hasilnya pasti buat anda puas hati.
BAHAN INTI TELUR (cara ni buat inti sardin pun sedap)
3 biji telur (nisbahnya 2 kuning : 1 putih telur – jangan banyak putih telur, nanti cair) – jika buat karipap jumlah banyak, gandakan jumlah telur tapi harus ikut nisbah ini.
1.Untuk inti, satukan telur kuning dan putih telur. Jangan guna banyak putih telur kerana nanti akan jadi cair.
2. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, garam, lada sulah, daun sup dan juga daun bawang. Sebatikan. Ketepikan seketika.
3. Untuk ulitnya, panaskan minyak masak dan marjerin dalam kuali. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung.
4. Peroikan terlebih dahulu campuran tepung dan minyak tadi.
5. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam beg plastik dan perap selama 4 jam. Jika tidak punya banyak waktu, perap 2 jam sudah memadai.
7. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.
8. Canai doh kemudian masukkan inti yang telah dibuat tadi. Kelim dengan kemas supaya inti tidak terkeluar. Lakukan hingga habis adunan.
9. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
10. Jika untuk frozen, goreng seketika kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di tempat beku. Bila hendak makan, baru goreng semula. Lagi bertambah rangupnya.
INFO:
Untuk kulit karipap ini, selain inti telur ia juga sesuai untuk inti ayam, daging, sardin atau kentang.
Sukatan adunan tepung diatas boleh dapat sekitar 125 biji karipap.
Pasti ramai yang suka makan Sambal Sotong Kembang. Selalunya hidangan ini dimakan bersama nasi lemakatau nasi putih. Namun ramai beranggapan hidangan ini susah nak disediakan. Melalui perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ( Dapur Cheyah), beliau kongsikan resipi Sambal Sotong Kembang mudah dan sedap yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL SOTONG KEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang
8-9 biji cili kering besar
4 biji bawang merah – kisar
1/2 biji bawang holland – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1/2 inci halia – kisar
1/2 inci belacan bakar – kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Satukan bawang merah, bawang holland, bawang putih, halia dan belacan. Kisar halus. Ketepikan.
2. Gunting cili kering, basuh dan rebus hingga lembut. Toskan airnya. Buang biji dan kisar hingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga kering airnya. Kemudian barulah dimasukkan kisaran cili kering.
4. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
5. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
6. Bersihkan dan potong sotong kembang ikut saiz yang digemari.
7. Masukkan ke dalam kuali dan gaul sebati.
8. Tutup kuali seketika supaya sotong menjadi lembut dan menyerap sambal.
9. Buka penutup bila sotong kelihatan mesra. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Nampak macam ayam sambal tapi bukan. Ayam sira pedas ini berbeza rasa dan cara memasaknya. Menurut Fuza Abas yang berkongsi resipi ini rasanya pedas, manis dan akan jadi lagi sedap jika dimakan dengan daun kari yang ditabur di atasnya.
Resipi Ayam Sira Pedas
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil
Tepung jagung -secukupnya
1 labu bawang putih – diketuk
7 tangkai daun kari
2 senduk cili kisar.
Garam
Gula/ madu secukupnya
Cara memasak
1. Ayam yang dipotong kecil digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian salutkan dengan tepung jagung.
2. Goreng ayam hingga garing. Angkat dan tos.
3. Untuk membuat sos, tumis bawang putih dan daun kari guna lebihan minyak goreng ayam tadi.
4. Masukkkan cili kisar, dan tumis hingga masak.
5. Masukkan garam, gula secukupnya serta sedikit air. Apabila kuah agak pekat, terus masukkan ayam goreng. Gaul dengan cepat supaya sebati.
6. Goreng asing daun kari dan tabur di atas ayam sira pedas. Siap!