Spageti Bolognese memang sajian sesuai tak kira waktu. Buat sajian malam, petang atau malam semuanya sesuai. Memang mengenyangkan.
Resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ni tengok rupa pun dah tau sedap . Mana taknya ada bahan daging kisar, cendawan dan meatball pun dimasukkan juga.Yang best mula tumis dulu pastu bakar dalam oven memang terliur dengan aroma semerbak di dapur.
Jom tengok resipi Zaky ini :
SPAGETI BOLOGNESE BAKAR
.
BAHAN-BAHAN :
400gm spageti – rebus dan toskan, masukkan dua sudu minyak untuk mengelakkannya melekat
1 botol sos spageti (dalam 680gm) – beli online DI SINI
450gm daging kisar
200gm meatball
1 tin cendawan butang| dihiris
2 biji tomato | dipotong dadu kecil | beli online DI SINI
3 biji bawang merah |dikisar | beli online DI SINI
3 ulas bawang putih | dikisar | beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali. 2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. 3. Masukkan cili padi, sos spageti dan masukkan air. 4. Masukkan meatball dan daging kisar 5. Masukkan cendawan butang dan tomato
6. Biar mendidih beberapa minit 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
.
Ads
8. Gaul bersama spageti 9. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur cheese
Anda penggemar sajian Kuetiau Celup Daging @ Kuetiau Sup Daging seperti di restoran Boat Noodle? Boleh cuba resipi perkonsian saudari Leeya Bridal Melaka ini. Supnya sangat mudah disediakan dan tentunya anda boleh hasilkan sendiri di rumah tanpa rasa susah. Jom cuba. Tentu nikmat terasa.
CARA MEMASAK KUETIAU CELUP DAGING ALA BOAT NOODLE
BAHAN-BAHAN: Daging secukupnya 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 inci halia 3 sudu makan gula 3 sudu makan kacang goreng tumbuk – beli online disini 1 sudu makan serbuk cukup rasa 4 sudu makan kicap manis – beli online disini 1 sudu garam @ secukupnya 2 sudu makan minyak bawang putih Kicap sotong thai secukupnya @ Sos ikan – beli online disini 2-3 akar daun ketumbar Bebola daging secukupnya Kuetiau kering – rebus Kuetiau halus segar ni Air secukupnya untuk kuah (empunya resipi guna periuk saiz 32 inci)
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN: Daun ketumbar Tauge Cili jeruk Limau nipis Kacang tabur (kacang tumbuk) Serbuk cili – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bawang putih dan halia.
2. Masukkan juga gula, kacang tumbuk, secukup rasa, kicap manis dan garam halus dengan secukupnya. Sebatikan.
3. Seterusnya masukkan minyak bawang putih dan kicap sotong thai. Boleh juga guna sos ikan.
4. Masukkan akar ketumbar dan bebola daging. Rebus sehingga sup mendidih dan semua bahan meresap dan cukup rasa. Ketepikan.
5. Didihkan air dan rebus kuetiau kering hingga lembut. Toskan.
6. Jika suka, boleh juga guna kuetiau halus segar.
7. Untuk menikmati Kuetiau Celup Daging ini, masukkan kuetiau ke dalam mangkuk dengan secukupnya. 8. Letak hirisan daging yang dihiris nipis, bebola daging yang dipotong kecil, daun ketumbar, serbuk cili, kacang tumbuk dan tauge.
9. Tuang sup dengan secukupnya dan jika nak kuah sup jadi lebih gelap, tambahkan lebih kicap. 10. Nikmati bersama cili jeruk dan perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kalau pergi pasar malam, min memang suka beli popia basah. Lagi-lagi kalau inti di dalam banyak dan dituang dengan sos yang pekat.
Wah, menyelerakan sungguh bila mendengarnya kan. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri menu ini di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga.
Resipi yang dikongsikan Roshida Shida ini, lengkap dari cara buat kulit popia, sos dan juga inti dalam popia. Jom kita buat!
POPIA BASAH
BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 biji telur putih ¾ cawan air 2 sudu makan cuka Secubit garam
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMBUAT KULIT POPIA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit. 2. Tutup dan perap 30 minit. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper atau non stick, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis. 4. Kulit popia ni boleh letak bertindan ya sebab dia tak melekat.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. 2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. 5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.
BAHAN INTI POPIAH:
Sengkuang (jika suka, hiris nipis @ memanjang) Tauge | bersihkan ½ biji kubis | racik halus 1 biji lobak merah | hiris memanjang Segenggam udang | buang kepala & ekor, potong kecil ½ labu bawang besar | cincang halus 2 ulas bawang putih | cincang halus Udang kering (optional – yang ni saya tambah sendiri, tumbuk halus) Garam secukupnya Minyak untuk menumis
CARA SEDIAKAN INTI:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. 2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. 3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya (masak sekejap je bahan inti).
BAHAN TABUR:
Kacang tanah | disangai, buang kulit & tumbuk Udang geragau kering | disangai & tumbuk halus Bawang goreng
CARA SEDIAKAN:
Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit, masukkan inti. Gulung kemas. Buat sampai habis. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.
Yang suka makan pedas, resepi ini memang sesuai untuk anda. Bihun goreng cili padi paling padu. Guna bahan yang ada kat rumah dan sesuaikan tahap kepedasan ikut selera anda sendiri. Makan dengan telur mata atau telur dadar, mantap!
CARA MASAK BIHUN GORENG CILI PADI SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus bihun – rendam – beli online disini Udang secukupnya 4 biji telur Lobak merah – hiris Daun sup secukupnya 1 sudu makan cukup rasa
BAHAN RENCAH: Cili padi hijau Bawang besar Bawang putih 1 genggam ikan bilis – beli online disini (jumlah ikut selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.
2. Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
3. Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
4. Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
5. Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
6. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
7. Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
8. Tabur perasa Maggi Cukup Rasa. Sebatikan hingga rata.
9. Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
10. Bihun Goreng Cili Padi sedia untuk dihidangkan.