Terasa nak makan pastahari ini. Selain spageti, fettucine pun best gak dimasak sajian Carbonara Mushroom.
Cerita Cikgu Afy @ Afy AL Habibi dalam FB nya, “Sebelum kenal fettucine rasa tak tertelan dalam tekak sebab saiznya lebar dari spageti, Fuhh bila rasa sekali rupanya ketagih pula nak makan.”
.
Resipi ringkas perkongsian dari Cikgu Afy ni tak muak dan ringkas cara memasaknya.
FETTUCINE CARBONARA MUSHROOM
.
BAHAN -BAHAN :
Ads
Udang secukupnya
Sosej secukupnya
1 sudu besar sos blackpepper – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1. Tuangkan minyak zaitun, dan tumiskan bawang putih yang diracik hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan sos prego keju & herba pilihan , gunakan tin yang sama untuk masukkan air kosong.
.
3. Selepas kuah mula memekat, masukkan fettuccine yang sudah direbus. Potong kecil cendawan dalam tin atau cendawan shitake. Masukkan sekali. 5. Kemudian masukkan lada hitam kisar beserta garam bukit. 6. Juga herba campur. Boleh beli dekat kedai bakeri. 7. Masak lagi sehingga kuah memekat dan bersalut pada fettuccine sebelum ditutup apinya.
8. Semasa menghidang, letakkan sekali udang dan sosej yang telah digrill tadi.
Jika anda mencari cabaran yang lebih sukar dan lagi sedap daripada menyediakan masakan rendang daging tradisional, anda perlukan resipi rendang lembu ini. Selamat mencuba!
Rendang Daging Minangkabau VIRAL..
Bahan-bahan ( 6 org mkn ):
daging lembu 1 kg
kicap manis cap kipas udang 1 botol kecil,( p/s kene pakai kicap jenama ni…kalu tak guna rasanye tk berapa nk sedap)
lada kering dalam 20 tangkai ( blend ) (p/s ikut selera, kalo nk pedas lebihkan lah lada kering tu)
cili padi = 10 tangkai ( blend dgn lada kering ) (p/s rendang nogori mesti tk tinggal cili padi ni kan)
bwang besar = 5 biji , bwng puith = 1 labu , halia = sebesar ibu jari , lengkuas = sebesar ibu jari , serai 5 btg ( smua di blend hingga lumat )
santan = 1 biji kelapa, p/s = ikut citarasa ..kalo nk lebih letak lebih..
kerisik sedikt
bahan2 utk yg last skali…kalo takde mmg tak jadi rendang ni…. bawang besar =2 biji ( potong bulat )serai = 5 btg ( di ketuk )…
daun kunyit = disiat-siat…..smua bahan diatas digoreng dgn minyak sampai layu dan wangi
garam secukup rasa …p/s = tk perlu byk sbb dah ada kicap….
minyak masak yg secukupnye
Cara-cara:
Perap daging dengan kicap manis, nak sedap perap semalaman…perap 30 min pun ok gak….
Panaskan minyak & tumiskan semua bahan yg di kisar tadi … bawang besar + bwg putih + halia + langkuas+serai
kemudian, dah pecah minyak bahan2 yg ditumis tadi..masukkan lada kering + cili api tadi ….tumis sampai pecah minyak jugak…
Masukkan daging yang diperap tadi…kecutkan daging tu sampai kuar air daging & sampai daging empuk
kemudian masukkan santan….
Agak2 santan mcm nk pekat , masukkan kerisik n masak sampai kering & meyerupai rendang…
akhir sekali masukkan 3 bahan ug digoreng dgn minyak td ..
Pulut kuning makanan tradisional yang sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari. Selalunya pulut kuning disediakan untuk majlis-majlis tertentu tetapi jika tekak ingin menikmati tak perlu tunggu samapai ke petang, buat terus ya. Selamat mencuba!
RESIPI PULUT KUNING DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
Santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
Daun pandan
Serbuk kunyit babas 1 sudu besar
Asam keping ( 3 keping )
Garam ( 1 sudu teh )
CARA MEMASAK:
Cuci beras pulut sebanyak 3 kali
Rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak normi guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.
Kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit
Kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu teh garam
Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )
kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.
Siap
RAHSIA KAK NORMI: Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam. Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama macam dalam gambar. Selamat mencuba
Sizzling Yee Mee selalunya dihidang menggunakan hot plate kerana sizzling sedap makan ketika masih panas. Kalau tidak ada hot plate anda masih boleh lagi membuat hidangan sizzling yee mee ini di rumah.
Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam yangg dipotong kecik gaul hingga kluar air ayam dlm 5 minit.
Masukan air dan semua sos perasa kecuali minyak bijan. Perasakan garam sedikit.
Tumbuk lada hitam dan masukkan Biar menggelegak dalam 10 minit.
Masukkan cendawan dan biar dalam 3 minit. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Tuang sedikit-sedikit sambil kacau sampai kuah akan memekat. Akhir sekali percikkan minyak bijan dan siap.
Akhir sekali didihkan mee sanggul hingga lembut dan tos air. Celur sayur sekejap dalam air panas dan goreng telur tapi biar separuh masak. Hidang dalam pinggan dan tuangkan kuah. Siap.