Suka makan Karipap kosong tanpa inti? Jangan berasa pelik kerana memang ada yang mempunyai kegemaran sebegitu. Memang sedap pun. Menerusi perkongsian saudari Dik Da Aida, beliau kongsikan resipi karipap kosong yang diminta oleh jiran. Pada awalnya agak ‘nervous’ kerana bimbang karipap tidak kembang dan menggelembung seperti biasa. Tapi hasilnya, memang elok. Jom cuba!
Ada yang mengidam kuih tradisional seperti bahulu atau kuih dangai? Sedapnya kalau dapat makan kuih ni lengkap dengan kopi panas. Pertamanya kalau nak membuat kuih dangai ni paling utama ialah perlu ada acuannya. Bagi yang nak mencuba kuih lejen ni dikongsikan cara membuatnya.
Enaknya dapat menikmati kuih peria. Apatah lagi, jika cara penyediaannya mengikut resipi secara tradisional. Pasti menggamit kenangan.
Begitu jua lah resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita ini. Resipi tradisi turun temurun daripada neneknya yang menggunakan daun pinang untuk memulas menjadikan corak.
Namun, bagi yang sukar menemui daun pinang, ada juga yang menggunakan daun palas untuk memutar atau lidi untuk melorek corak pada kuih.
BAHAN-BAHAN:
Daun pinang (pilih yang besar dan elok)
(BAHAN ADUNAN)
500g tepung gandum
Santan (untuk menguli)
½ sudu kecil gram (jangan melimpah)
Pewarna kuning, hijau, merah (untuk hijau, boleh gunakan air daun pandan sebenar yang dikisar)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk adunan di atas kecuali santan. Gaul-gaulkan dan asingkan ke dalam tiga bekas.
Titikkan pewarna berlainan ke dalam setiap satu bekas itu. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli satu persatu.
*Tujuan letakkan tepung gandum ini adalah untuk elakkan kuih terlalu liat. Kuih yang menggunakan tepung pulut, nisbahnya 500g tepung pulut : segenggam tepung gandum dah memadai.
(INTI)
Sebanyak 500 gram kacang hijau direbus sampai empuk. Masukkan kelapa parut sebelah dan gula setengah. Kacau hingga agak lembut dan gula telah hancur.
Kemudian, letakkan 1 sudu kecil garam. Gaulkan hingga kering. Masukkan pula tepung gandum anggaran secawan atau hingga likat adunan. Dah siap, sejukkan dan kemudian bentukkan bulat-bulat.
Ini daun pinang, Pilihlah daunnya yang besar dan elok. Ini segar dari tepi rumah bonda. Kalau takde daun pinang, macamana?
Daun lain tak rasa aromanya bila kukus. Paling penting, nanti tak nampak corak urat daun buah peria tu. Tapi, kalau dah takde langsung, loreklah dengan pisau atau lidi. Cuma, ajaran bonda suruh pakai daun pinang.
Daun yang bersaiz kecil pula boleh dipotong-potong dan disusun di dalam bekas. Ini untuk berikan aroma wangi ketika mengukus.
Susun daun jangan ikut depan daun yang berurat. Letak yang bahagian dalam. Kalau tidak, nanti akan bertambah pula coraknya pada kuih kalau kita letak kuih melintang.
Ini inti kacang hijau yang telah dibulatkan dan dileperkan sedikit agak-agak sebesar ibu jari.
Pilih daun pinang yang besar sedikit. Potong hujung kanan dan kirinya, ambil tengahnya saja. Layurkan pada api sekejap bagi layu dan berubah warna. Tujuannya, untuk elakkan daun mudah koyak ketika nak memutar nanti.
Kemudian, sapu sedikit sahaja minyak. Sapu manja-manja saja.
Doh tadi, kepal-kepalkan begini.
Leperkan adunan tepung. Letakkan inti kacang hijau di tengah dan tutup kesemuanya. Selimutkan dengan daun pinang.
Sekarang, tiba masa untuk putar. Gulung daun pinang menutupi adunan doh. Putarkan serentak atas dan bawah. Macam kita putar kertas pelapik gula-gula.
Macam ni la rupanya bila dah buka selepas putar.
Bila dah siap semuanya diputar, susunkan di dalam kukusan. Sebelum itu, panaskan air dalam pengukus hingga menggelegak. Kukus sekejap saja. Agak-agak kuih dah berubah warna macam dah masak, daun pun dah berubah warna anggaran dalam 5 minit.
Inilah perbezaan sebelum dan selepas kukus. Warnanya lebih menyerlah, kan.
Ketika suam-suam, terus angkat dan susun elok-elok di dalam bekas. Jangan biarkan sejuk sebab susah nak angkat dan dah melekat pada daun.
Bila tetamu nak datang ke rumah, apa menu ekspres nak dihidangkan? Pasti kebanyakan kita akan ada simpanan makanan frozen, andai kata ada tetamu nak datang, bolehlah jamu karipap, cucur badak frozen dan sebagainya.
Sebenarnya popia juga boleh anda sejuk beku. Letak di dalamnya inti daging memang menyelerakan. Buatlah banyak stok untuk disejuk beku bukan setakat bagi tetamu makan, malah untuk minum petang pun boleh hidangkan nanti.
Bahan-bahan:
500gm daging(dipotong kecil-kecil)
Boleh guna juga daging kisar
1 biji bawang Holland-potong dadu
Cili bengala (potong dadu kecil)
3 biji kentang (potong dadu kecil)
3 batang daun sup (potong kecil)
3 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu kicap karamel pekat
2 sudu sos tiram
½ kiub ayam
Lada hitam ikut selera masing-masing
Sedikit garam
Cheese mozarella
Kulit popia
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.
2.Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3.Masukkan daging biar masak sebati.
4.Masukkan kentang, gaulkan.
5.Kemudian masukkan caramel pekat,sos tiram,kiub ayam,lada hitam dan garam.
6.Gaul sehingga elok masaknya.
7.Akhir sekali baru dimasukkan cili bengala dan daun sup.Gaul sebati dan siap.
8.Sejukkan inti sebelum balut kulit popia.Letak chesse mozarella di atas dan bolehlah balut.
(jgn lupa gam hujung kulit popia tu dengan tepung yang dibancuh dengan air.Takut masa goreng nanti terbuka pula)
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.