Bila tiba musim perayaan, ketupat adalah antara hidangan paling popular dan digemari ramai. Rasa tak meriah jika tiada menu ini. Bagi anda yang terasa nak makan ketupat atau mahu menjamu sahabat dan saudara mara yang datang beraya, hidangan Ketupat Daun Pisang perkongsian saudara Hairul Hamid ni antara yang mudah dan sedap boleh dicuba. Lepas ni tak perlu dah beli ketupat segera. Buat sendiri lebih puas hati.
Pernah cuba makan Cucur Roti Sandwic? Sangat sedap dan mudah disediakan. Patutlah viral. Bagi anda yang ada lebihan roti sandwich yang hampir luput tarikh atau roti yang sudah keras, boleh olah menjadi sajian cucur ni. Sangat mudah dan tidak membazir. Anak-anak pun suka. Saudari Noriza Jaja ada kongsikan cara-caranya. Istimewanya resipi ni ia tidak menggunakan telur. Jadi bagi anda yang ada alahan dengan telur, menu ini memang terbaik untuk anda. Nak makan pada bila-bila masa pun tiada masalah. Sarapan, makan pagi, minum petang atau malam. Semuanya sesuai. Paling penting, enak dan digemari ramai. Selamat mencuba.
CARA MUDAH MEMBUAT CUCUR ROTI SANDWIC VIRAL
BAHAN-BAHAN: 5 keping roti sandwic 2 cawan tepung gandum – beli online disini 1 biji bawang besar – hiris Daun bawang secukupnya – hiris halus Cili merah secukupnya – hiris halus Kucai secukupnya – hiris halus Lobak merah secukupnya – hiris halus Tauge secukupnya Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya – hiris kecil Garam dan serbuk perasa secukupnya Sedikit serbuk kunyit – jika suka Anggaran 2 cawan air
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk termasuk roti yang dicarik halus. (kecuali air).
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga jadi adunan yang pekat.
3. Panaskan minyak dan sudukan bancuhan adunan tadi.
4. Goreng cucur roti hingga garing. Angkat, toskan dan sedia dinikmati pada bila-bila masa. Enak juga dicicah dengan aneka sos kegemaran.
Akok Berlauk atau Baulu Berlauk? Di tempat anda, kuih ini dipanggil nama apa?
Walaupun nama yang berbeza mengikut tempat, rasanya sama saja kerana kedua-dua mempunyai adunan yang sama. Menerusi resipi yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini, cara membuatnya sangat senang dan cepat dimasak.
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, tumis hingga wangi. 2. Masukkan rempah kurma, tumis sampai pecah minyak. Masukkan sedikit air rebusan daging. 3. Masukkan bawang holland, tumis lagi. Masukkan daging. Kacau-kacau. Masukkan garam, gula dan perasa. Ketepikan.
UNTUK KULIT/ TEPUNG:
6 biji telur gred A 120gm tepung gandum – beli online di sini 5 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu kecil esen vanilla Secubit garam Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA:
1. Masukkan telur dalam bekas. Pukul telur menggunakan hand mixer elektrik sampai kembang.
2. Kemudian masukkan gula dan esen vanilla dan garam. Pukul lagi bagi sebati dan kembang. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sampai betul-betul kembang. Ketepikan. 3. Panaskan ketuhar. Ambil bekas atau acuan akok. Sapukan minyak. Masukkan dalam ketuhar selama 10 minit bagi panas. 4. Kemudian masukkan tepung separuh acuan. Kemudian, masukkan inti. Tutup semula dengan adunan tepung.
5. Bakar semula dengan suhu 180C selama 20 ke 30 minit dan gunakan api atas dan bawah bergantung kepada ketuhar. 6. Bila masak, keluarkan bagi akok rehat dalam 5 ke 10 minit, barulah dikeluarkan. Siap.
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, tapis. 2. Masuk air gula panas-panas ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (saya guna senduk).
3. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. 5. Letak kelapa putih di atas adunan.
6. Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.