
Kuih Serabai, berbentuk seakan apam yang dinikmati bersama kuah manis. Ia merupakan salah satu dari kuih tradisional orang dulu-dulu dan popular di kalangan rakyat negeri Kelantan dan Terengganu.
Jika di bandar, susah nak jumpa kuih ni. Sebenarnya nak buat kuih ni pun tak lah susah. Guna nasi sejuk, tepung beras dan beberapa bahan mudah yang lain sahaja. Teringin nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari HasnieZa Nor.
CARA MASAK KUIH SERABAI KUAH MANIS
BAHAN KUIH SERABAI:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan nasi + 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air suam
- 1 sudu kecil yis
- 2 sudu besar gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan air suam bersama yis dan biar sekejap dalam 5 minit
- Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
- Sudah kisar campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1 atau 2 jam.
- Bakar macam biasa. Sapu sedikit minyak pada pan atau acuan. Bakar dalam 10 -15 minit ye. Boleh bakar guna kuali leper atau acuan elektrik. Lebih kurang macam hendak masak lempeng.
BAHAN KUAH MANIS:
- 2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan air + 1 sudu besar tepung jagung
- 2 helai daun pandan
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 3 sudu besar gula
- 2 keping gula melaka/nisan
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
- Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja bagi sebati
- Sudah kisar masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Bersama air tepung jagung tadi.
- Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula serta gula melaka betul-betul larut.
- Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama sebab santan boleh “pecah minyak”. Bila kuah mula pekat sudah kira masak.
INFO: Boleh masukkan isi durian pada kuah untuk tambah rasa durian.
Kredit resipi & foto: HasnieZa Nor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apam Cornetto Mini Dengan Tekstur Gebu

Bentuk apam yang menarik macam kun aiskrim buat rasa geram nak menikmatinya. pasti anak-anak suka menikmati dengan bentuknya yang comel. Boleh buat untuk hidangan minum petang ini.
Apam Cornetto
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum- BELI ONLINE DI SINI
1 1/2 cawan gula castor -BELI ONLINE DI SINI
4 biji telur gred B
1 sudu besar ovellate – BELI ONLINE DI SINI
3/4 cawan ais krim soda
Pewarna Coklat masakan
Badam cincang yang sudah dibakar
Acuan kon yang dibuat dari brown paper
Cara memasak:
1.Putarkan gula castor dan telur hingga kembang
2.Masukkan tepung sikit demi sedikit diselang-selikan dengan ais krim soda.
3.Bahagikan adunan kepada 3 bekas dan warnakan.
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag.
5.Masukkan adunan tersebut ke dalam kon yang telah disusun dalam periuk kukus. Masukkan ikut warna 1 per 1.
6.Kukus dengan api sederhana dalam 15 minit.
7.Cairkan coklat masakan ikut kaedah double boil.
8.Tuang coklat atas apam dan taburkan badam hancur.
9.Coklat sudah keras barulah boleh dibuka acuan kertas.
Kredit: fb sabariah harun
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG BARU, BOLEH KLIK DI SINI.
Resipi Kek Coklat Sedap, Cair Di Mulut. Memang Ketagih Nak Makan
http://https://www.rasa.my/minum-petang-berbeza-dengan-spring-roll-makaroni-berkeju/
Cara Buat Sendiri Kuih Angku Tanpa Acuan, Mudah Sangat!

Kuih Angku atau kuih kura-kura merah, salah satu kuih-muih tradisional masyarakat Tionghua dan Baba Nyonya.
Inti di dalamnya boleh diletakkan sama ada kacang merah, kacang tumbuk atau kacang hijau.
Menerusi perkongsian resipi daripada Carolyn Tan, kuih ini boleh juga dibuat tanpa menggunakan acuannnya.
Jadi, jika anda teringin untuk makan dan buat kuih angku ini, tapi tidak ada acuannya, jangan risau. Boleh saja buat tanpa acuan.
KUIH ANGKU TANPA ACUAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung pulut – beli online di sini
1 sudu besar tepung gandum (optional) – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini
Kacang tanah | disangai dengan pan @ air fryer tanpa minyak, ditumbuk – beli online di sini
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna merah
Air
Daun pisang
Minyak sayur
CARA-CARA:
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum, garam, gula dan pewarna merah. Gaul sebati. Kemudian, tuangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan.
2. Adunan tidak terlalu lembik dan terlalu keras.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Campurkan kacang yang telah ditumbuk dengan gula.
4. Sapu minyak sayur (boleh juga guna minyak masak) di permukaan daun.
5. Uli dan bulatkan doh. Saiz doh ikut anggaran yang boleh digigit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Buat lubang pada doh. Nipis mesti sama supaya senang ditutup dan sama ketebalan.
7. Sumbatkan inti kacang. Tidak apa overcrowded, tidak perlu jaga jarak, nanti tidak cukup inti, tidak sedap pula. Tutup hujung doh supaya inti tidak terkeluar.
8. Bulatkan doh dan letak di atas daun pisang yang sudah disapu dengan minyak sayur.
9. Leperkan doh. Leper besar-besar tutup 1/3 daun pun boleh. Bergantung dengan berapa gigitan anda mahu.
10. Uli semua doh dan susun dalam pengukus.
11. Bila air sedang mendidih (guna api setengah kuasa/ medium-high), letakkan pengukus dan kukus selama 5 minit. 5 minit ja, kejap ja tu, jangan lama-lama, jangan kejap-kejap.
12. Sudah siap dikukus, biar kuih sejuk di dalam pengukus. Sapukan minyak sayur di permukaan kuih supaya kuih tidak melekat jika disusun bertingkat.
NOTA:
1. Tiada pengukus, boleh buat macam ini. Guna periuk, apa-apa periuk, leper pun boleh, asalkan air tidak sampai atas rak besi tu. Jadi bila air sedang mendidih, letak rak besi yang sudah disusun kuih, pandai-pandai letak.
2. Kemudian, penutup periuk perlu dibalut dengan kain, kain bersih tau, kalau kotor nanti harum semerbak kuih kamu. Tujuan balut dengan kain supaya tiada wap air yang jatuh ke atas kuih, tutup periuk. Kukus selama 5 minit.
Kredit resipi: Carolyn Tan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Resipi Masakan Guna Ubi Kayu. Makanan Popular Nostalgia Zaman Jepun.

Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika daripada keluarga Euphorbiaceae yang tinggi karbohidrat. Malah daunnya juga boleh dimakan dan dijadikan sayur. Kulit ubi kayu mempunyai asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu, ubi kayu perlu dibuang kulit sebelum dimasak dan tidak boleh dimakan secara mentah.
Sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai mempunyai kenangan tidak boleh dilupakan terutamanya bagi mereka yang sempat merasai keperitan hidup di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Di waktu itu, ubi kayu adalah makanan yang popular dan dijadikan sebagai pengganti nasi. Kini, setelah 61 tahun mencapai kemerdekaan, ubi kayu bukanlah lagi makanan utama. Namun, terdapat pelbagai menu enak dan sedap yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Bermula dari hidangan lauk pauk hinggalah kepada manisan. Semuanya membuka selera.
Istimewa sempena bulan kemerdekaan, RASA kongsikan 11 resipi paling popular yang sedap dan mudah yang anda boleh hasilkan menggunakan pucuk dan ubi kayu. Selamat mencuba.
1. UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 tangkai cili kering | potong kecil
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam kuali panaskan minyak masak.
- Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
- Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
- Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
2. RENDANG PELBAGAI UBI
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang ubi kayu
- 2 biji ubi keledek sederhana besar
- 2 biji ubi kentang
- 1 biji ubi keladi sederhana besar
- 1 liter santan pekat
- 10-15 tangkai cili kering
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 2 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh jintan manis
- Garam, lada sulah dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kesemua ubi dikupas dan potong dadu sederhana. Rebus hingga separuh empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
- Cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar halus.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar masak.
- Masukkan campuran ubi, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan santan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan gula perang secukupnya.
- Angkat dan sedia dinikmati.
3. PECAL PUCUK UBI MAK TON
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
- 150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
- 3 sudu makan gula perang atau pasir
- 1 biji cili merah | dihiris
- 5 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1cm halia | dihiris
- Sedikit belacan
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Air panas secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
- Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
- Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
- Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
- Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
4. GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging yang telah disalai | hiris nipis
- 1 cekak pucuk ubi | ambil pucuk dan daun muda
- 1 liter santan
- 1 keping asam jawa
- 2 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan kacau rata.
- Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.
- Setelah mendidih masukkan hirisan daging, serai dan terus kacau.
- Selepas lima minit, masukkan pula pucuk ubi bersama asam gelugor.
- Apabila daging empuk dan pucuk ubi lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, gulai daging salai sedia dihidangkan.
5. RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ikat pucuk ubi | dibersihkan
- 1/2 kg santan pekat
- 3 keping asam gelugur
- 5 batang serai | dititik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 100gm ikan bilis
- 2cm kunyit hidup
- 10 ulas bawang merah
- 10 biji cili api
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.
- Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.
- Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
6. TALAM UBI KAYU
BAHAN A: LAPISAN BAWAH:
- 800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 300ml air
- 150ml santan pekat
- 250gm gula
- Pewarna kuning
BAHAN B: LAPISAN ATAS:
- 800ml air
- 320ml santan pekat
- 100gm tepung beras
- 80gm tepung ubi
- 80gm tepung gandum
- 2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
- Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
- Sediakan loyang yang dialas dengan plastik.
- Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
- Kukus selama 40 minit.
- Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
- Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
- Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
- Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
7. BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
- 200gm gula merah
- 16 sudu makan gula
- 750ml santan
- 100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
- 3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
- Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
- Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
- Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
- Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga
- adunan habis.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
- Enak dinikmati panas.
8. PENGAT UBI-UBIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu
- 1 biji ubi keledek | potong dadu
- 1 batang ubi kayu | potong dadu
- 1 cawan labu | dadu
- 1/2 cawan sagu | rendam dan toskan
- 2 cawan santan pekat
- 200gm gula
- Secubit garam
- Sehelai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK:
- Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.
- Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.
- Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.
- Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.
- Tambah secubit garam.
- Pengat sedia dihidangkan.
9. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu
- 1 liter air
- 200gm santan pekat
- 1 ketul gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
- 100gm sagu mata ikan
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
- Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
10. LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi kayu | diparut
- 135 ml santan pekat
- 230 gm air gula Melaka
- 1 sudu makan gula pasir
- Secubit garam
- 1 helai daun pandan | disimpul
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan gaul rata.
- Sediakan daun pisang secukupnya.
- Daun pisang dicuci bersih dan lap kering.
- Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.
- Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.
- Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.
- Kukus lepat antara 30 – 45 minit.
- Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.
11. BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 3/4 cawan gula kastor
- 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
- Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
- Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
- Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
- Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan.
- Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
- Sejukkan dan potong.