Apa kudapan yang sedap dinikmati bila berkumpul nanti? Pastikan yang rangup dan sedap. Paling mudah buat, popia nestum sekali makan susah nak berhenti. Tak susahpun nak membuatnya. Kalau ada lebih bolehlah beri pada yang tersayang.
POPIA NESTUM CRUNCHY
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Nestum
Gula kastor
Horlicks
Tepung gandum dan air (sedikit) untuk dijadikan gam
Cara membuat:
1.Bahan gam:Tepung gandum dicampur sedikit air. Letak di penjuru popia sebelum gulung.
2.Potong serong untuk dapatkan saiz kulit popia yang cantik.
Ads
3.Blend nestum, horlicks dan gula kastor sekali
4.Goreng popia sehingga kekuningan.
Nota: Gambar baru lepas letak popia dalam minyak. Belum kuning. Pastikan masak hingga kuning. Boleh rasa popia dah keras bukan lembik.
Ads
5.Tos minyak sekejap sebelum gaul dengan nestum.
6.Sedia untuk disimpan dalam botol dan boleh terus makan.
Ramadan dan Syawal bakal menjelang. Rasa tak lengkap tanpa adanya biskut Almond London ni. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat. Menurut empunya resipi, cara yang dikongsi sangat mudah kerana tidak memerlukan mesin pengadun. Malah sukatannya juga menggunakan cawan sahaja. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazilah Zakaria ni. Pasti puas hati.
RESIPI ALMOND LONDON
BAHAN A:
BAHAN B:
BAHAN C:
CARA MEMASAK:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.
2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.
3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.
5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.
Rasa teringin nak makan biskut memangil-mangil. Kali ni tekak terasa nak makan biskut lama iaitu semperit. Kadang tak dapat makan yang sesedap rasa. Biskut tart gulung pun kegemaran juga. Memang dua biskut ni kalau dapat yang sedap memang boleh layan sebalang.
Semperit klasik Bahan 1
250 gram marjerin / butter
3/4 cawan gula / dimesin halus
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
Gaul bahan 1 bagi rata
Cara membuat:
1.Campur bahan 1 dan 2 gaul sebati dan tak lekat di tangan. Saya guna acuan Semperit pecah 15.
2.Bakar api atas bawah suhu 160.
Tart gulung Bahan 1
250 gram butter-BELI ONLINE DI SINI
1 biji kuning telur
1 sudu teh gula halus
3 sudu teh susu pekat
1 sudu esen vanilla
Cara membuat:
1. Campur semua kacau dengan senduk agar sebati.
Bahan 2
3 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh tepung kastard
Cara membuat:
1.Campur semua, masukkan dalam bahan 1. Gaul sampai jadi doh yang lembut. Kalau lembik tambah tepung gandum sikit-sikit sampai dapat doh yang sesuai dan mudah tekan pada acuan.
Cara buat inti:
1.Tiga biji nenas ambil isinya.
2.Blend tapis ambil isinya.
3.Letak pewarna kuning sikit nak bagi cantik sikit jemnya.
4.Masak dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau, bila pekat sikit masukkan gula ikut cita rasa masing-masing.
Lebih kurang 2 bulan je lagi, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa. Maka bermulalah pesta biskut raya. Terdapat pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun yang dihasilkan sendiri tentunya lebih bermakna. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya, ini seleksi aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba. Nak buat niaga pun sesuai.
1. BISKUT SAMPRIT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. BISKUT MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
3. BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.
4. ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SALUTAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
5. TAT NANAS TERATAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.
6. BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
7. BISKUT AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
8. MAMA CAREY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ISING:
CARA MEMASAK:
9. BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
10. BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.
11. BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur. 2.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer. 3.Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata. 4.Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan. 5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut. 6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna. 7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan. 2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan. 3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum. 4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
NOTA: Panaskan oven dulu degan suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160C.
CARA MEMASAK: 1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis. Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata. Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil. 2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata. 3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata. 4. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari. Bulatkan, leperkan. Letak inti nanas.Bulatkan kembali. 5. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas dengan baking paper. 6. Bakar tat pada suhu 150’C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak. 7. Keluarkan tat dari oven. Biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan tabur keju parut. 8. Bakar kembali tat pada suhu 150’C selama 20 minit sampai masak.
CARA MEMASAK: 1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api. 2. Masukkan madu. Kacau hingga rata. 3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu. 4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas. 5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit. 6. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk. 2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata. 3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya. 4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah.
1. Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan. 2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. 4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur. 5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
Ketahui rahsia sebenar kenapa sate dengan timun dan bawang sentiasa dihidangkan bersama. Rupanya ada fungsi penting dari segi rasa, tekstur dan kesihatan!