Roti Naan ni kalau dihidangkan dengan kuah kari memang padu. Bukan hanya sedap malah buatnya pun mudah. Kalau rasa tak lalu nak makan nasi buat roti nanti pasti berselera nanti.
ROTI NAAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Ads
Cara membuat:
1.Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
Ads
2.Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
3.Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Admin faham sangat kalau jadi mak tu, pening betul nak fikir menu apa nak buat untuk keluarga. Kalau boleh tu satu adunan boleh buat pelbagai menu contoh macam resipi yang dikongsikan oleh Nitaharry di Facebook ni, satu adunan boleh buat tiga menu terus macam donut, cakoi, dan pau. Boleh dapat 3 menu terus untuk 3 hari punya menu minum petang. Korang pun mesti excited nak tahu macam mana nak buat adunan ni kan? Haa jomlah cuba resipi ni nanti.
RESIPI ADUNAN DONUT, CAKOI, DAN PAU
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
2 sudu kecik yis mauripan
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder
1 biji telur
DAPATKAN KHIND MULTIFUNCTION ELECTRIC SKILLETDENGAN HARGA ISTIMEWA MENGGUNAKAN CODE RASGSP5DISINI !!
CARA PENYEDIAAN:
Kalau guna breadmaker masuk je semua bahan.
Untuk uli tangan macam biasa air, gula, yis, susu pekat, dan telur
Bancuh dan biarkan kembang selepas itu, boleh uli macam biasa.
Jom buka puasa nanti kita hidangkan bebola donut berkeju yang sedap ni. Boleh dihidang untuk berbuka puasa dan tarik minat budak-budak.
Bebola donut adalah salah satu masakan yang sesuai dibuat untuk oikat selera kanak-kanak. Nak membuatnya pun senang, cuma kena pastinya tepungnya gebu dan lembut. Barulah sedap.
BAHAN-BAHAN
• 500 ml air suam
• 1 peket mauripan
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil susu pekat manis
• 1 kg tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 senduk marjerin
• 24 keping keju (dibelah dua)
• Minyak masak untuk menggoreng
• Gula aising
CARA MEMBUAT
1. Air, mauripan, garam dan susu pekat manis disatukan dalam jag. Biarkan sehingga berbuih.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder masukkan bancuhan di dalam jag tadi. Uli 10 minit. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi 10 minit.
3. Biarkan adunan selama 30 minit di tempat panas sehingga kembang.
4. Selepas adunan kembang, tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
5. Kepal doh agak-agak saiz setengah genggam tangan. Kemudian masukkan keju.
6. Goreng dalam minyak masak yang banyak sehingga keperangan.
7. Selepas itu tabur gula aising.
Resipi Oleh Ainul Sara dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Scones yang sedap macam yang dijual di Cameron Highland tidak susah dihasilkan jika jumpa resipi yang tepat. Malah sejak kebelakangan ni, resipinya makin meniti di bibir peminat pastri dek kerana kemunculannya dalam sebuah drama TV. Anda nak cuba? Saudari Umie Nurhayatiada kongsikan bahan dan cara-caranya. Selamat mencuba.
RESIPI SCONES HOMEMADE GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tepung bersama mentega sehingga jadi macam serbuk roti.
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh dan tak lembik.
3. Canaikan doh tipis sikit dan lipat (seakan lipat baju).
4. Uli balik doh dan lipat balik seperti langkah di awal tadi.
5. Terap doh guna acuan bulat. Jika tiada acuan, boleh bulatkan menggunakan tangan sahaja.
6. Susun kepingan Scone di atas dulang pembakar. Boleh susun tanpa jarak.
7. Sapu permukaan Scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
8. Bakar pada suhu 250C selama 15 minit atau sehingga bahagian permukaan Scone menjadi keperangan. (INFO RASA: masa memasak dan suhu mungkin berbeza mengikut saiz dan jenis ketuhar masing-masing)
Kek Marble Kopi Kampung yang gebu, lembut dan mudah dibuat menggunakan bahan ringkas. Ikuti resipi lengkap serta petua untuk mendapatkan kek marble yang cantik, harum dan menyelerakan.