![122034429_3388261077905652_7348379005220446808_n](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2021/01/325667.jpeg)
Kalau rasa teringin nak makan pizza, boleh je buat sendiri di rumah. Menariknya, resipi yang dikongsi oleh Mengrong Chai ini hanya menggunakan cup bersaiz kecil. Comel-comel belaka. Anak-anak mesti teruja nak makan. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.
CUP PIZZA
BAHAN-BAHAN:
- Bahagian tepi roti
- Sosej, crab stick, ham
- Keju mozarella
- Telur
- Mayonis – beli online DISINI
- Sos Thousand Island
- Sos cili – beli online DISINI
CARA PENYEDIAAN:
1. Gorengkan sosej, crab stick dan ham.
2. Pecahkan telur dan pukul rata. Masukkan roti yang telah dipotong dan gaul.
3. Masukkan roti bersalut telur ke dalam cawan.
4. Letakkan sos cili, crab stick, ham ke dalam cawan.
5. Kemudian, letak sos cili, Thousand Island, mayonis di bahagian atas.
6. Taburkan keju mozarella di atas semua bahan ini.
7. Masukkan ke dalam air fyer pada suhu 160°C selama 8 minit.
8. Siap.
Kredit resipi & foto: Mengrong Chai
Anda mencari AIR FRYER? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi
Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Sedap & Lembut Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Masakan Kesukaan Orang Johor. Nasi Beringin Dilupa Jangan
![](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-50-7.jpg)
Siapa yang tak suka makan lauk-pauk warisan orang lama. Sajian kali ni bukan orang Johor aje suka, semua rakyat Malaysia pun boleh ‘jatuh cinta’ dengan masakan ni.
Ni min kongsikan 4 sajian dari daging, sotong dan tempe. Resipi No 4 jangan lupa semak,Nasi Beringin tapi diolah sikit letak daun pudina dari hotel The Pearl KL. Resipi yang lain tu dari Bunga Lawang Cafe dan Hotel Seri Petaling, KL. Cubalah nanti, sedap teramat tau.
1. DENDENG DAGING
Bahan-bahan :
- 1 kg daging batang pinang
- 1/2 kg cili merah/ buang biji dan kisar kasar
- 1/2 kg bawang besar/dikisar
- Sedikit kicap (gabungan kicap manis dan kicap pekat
- 2/3 sudu makan cuka
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Rebus daging hingga lembut.
2. Hiris daging nipis dan ketuk atau tumbuk hingga kembang. Air rebusan daging jangan dibuang.
3. Goreng daging hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis cili merah dan bawang besar yang telah dikisar.
5. Apabila cili sudah masak dan naik minyak, masukkan air rebusan daging, kicap dah cuka. Kacau rata.
6. Apabila sudah pekat, masukkan daging dan gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Dendeng boleh tahan lama, jika disimpan dalam bekas kedap udara
INFO CHEF : Dendeng sedap dimakan dengan ketupat dan roti selain nasi. Daging diketuk supaya ia jadi lembut dan cepat empuk.
2. SOTONG MASAK HITAM
Bahan-bahan :
- 6- 7 ekor sotong saiz sederhana
- *3 ulas bawang putih /ditumbuk
- *1/2 inci halia /ditumbuk kasar
- *1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
- *1 sudu teh serbuk jintan manis
- *1 sudu teh serbuk jintan putih
- *1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 labu bawang besar /dihiris bulat
- 2 – 3 batang cili hidup/ padi
- 1 batang serai /diketuk
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Potong sotong bulat2 dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
3. HATI AYAM DAN SAYUR GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN :
- 300 gm hati ayam
- 200 gm kacang panjang
- 6 keping tauhu | digoreng dan dipotong dadu
- 4 keping tempe | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm ikan bilis | digoreng dan dipotong dadu
- 100 gm fucuk | direndam dahulu
- 150 gm soo hoon | direndam dahulu
- 20 ml kicap manis
- 100 gm pes cili kering
- garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan dihiris :
- 200 gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, tempe, tahuhu, ikan yang digoreng, soo hoon, fucuk serta hati ayam.
4. Masukkan kicap manis , dan perasakan dengan sedikit garam.
5. Setelah sayur masak, sajian sudah boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis hidangan : Lauk utama, sayuran
Keistimewaan : Sambal goreng jawa lebih enak ditambah hati ayam.
INFO CHEF : Sajian popular di Johor dan sedap diratah juga.
4. NASI BERINGIN DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan beras basmathi
- 4 cawan santan /diperah dari sebiji kelapa (pekat dan cair)
- 2 sudu makan minyak sapi atau majerin
- 2 batang serai /diketuk
- 5 ulas bawang putih /dicincang
- 1 biji bawang besar /dihiris
- 1.5 sm halia /dihiris
- 2 helai daun pandan / disiat dan disimpul
- 1 batang kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 biji bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 sudu makan halba
- Garam secukup rasa
- 100 gm daun pudina /dikisar dengan sedikit air
CARA MEMASAK :
1. Basuh berat terlebih dahulu dan toskan. Rendam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bawang, bawang putih, serai, halia, bersama rempah empat sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) dan halba hingga naik bau.
3. Sediakan periuk nasi dan masukkan beras basmathi yang telah ditoskan bersama bahan tumisan tadi.
4. Kemudian masukkan santan, dan daun pudina yang telah dikisar dan daun pandan.
5. Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan apabila kuah pekat dan surut, tutup periuk dan kecilkan api.
6. Biarkan nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya ia berderai.
7. Taburkan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidang
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Seakan rasa nasi lemak, tetapi kurang rasa lemaknya. Ramuan halba dan rempah menjadikan ia lebih berempah dan beraroma.
INFO CHEF : Nasi beringin sangat popular di Muar, Segamat dan Batu Pahat, Johor. Ia adalah masakan tradisi orang Johor lama.
Resipi Lengkap Roti Naan Cheese, Ayam Tandoori & Keema Daging
![](https://cdn.rasa.my/2021/08/394662.jpeg)
Anda penggemar roti naan cheese dan ayam tandoori? Rindu nak makan sama macam di kedai mamak?
Nah, anda boleh cuba resipi lengkap daripada Tahrunnisah Jali ini. Bukan saja boleh buat naan cheese dan ayam tandoori sendiri di rumah, tetapi juga hidangan sampingan lain seperti timun yogurt dan keema daging.
RESIPI CARA BUAT ROTI NAAN CHEESE
BAHAN ROTI NAAN:
300gm tepung gandum – beli online di sini
1 ½ sudu kecil yis – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini
Sedikit garam – beli online di sini
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder – beli online di sini
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung – beli online di sini
Cheese mozarella | diparut
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dari resepi di atas. Bakinya nanti masukkan dalam tepung dan sedikit saja air suam. Kacau biarkan selama 5 minit. *jika yis aktif. Campuran tersebut akan mengembang seperti dalam gambar.
2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder dan minyak jagung. Aduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam adunan tepung. Aduk sebati, kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Uli sehingga adunan licin 10-15 minit.
4. Biarkan adunan naik sekali ganda. Tutup adunan dengan kain lembap selama 45 minit suhu agak suam-suam panas (seperti dalam ketuhar suhu 35c atau kawasan yang agak-agak panas untuk mempercepatkan proses kenaikan doh).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Adunan dah naik, bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan sedikit tepung. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar sehingga habis. Biarkan seketika dalam 10 minit tutup dengan kain.
6. Ambil sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan masukkan mozarella parut di tengah-tengah doh dan tutup semula (macam buat pau).
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan-lahan supaya cheese tadi tak terkeluar.
8. Panaskan non stick pan, tak perlu letak minyak ye. Api jangan kuat, sederhana sahaja atau perlahan.
9. Letak roti tadi atas non stick pan. Tutup kejap dengan penutup. Balik-balikkan roti tadi. Bila ia menggelembung, leperkan ia.
10. Siap angkat, boleh dihidang dengan kari pekat atau keema daging, ayam tandoori dan timun yogurt.
** Jika yogurt takde tak mengapa, abaikan. Cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye.
** susu segar tu jangan curah sampai habis, nanti terlembik pula. Masukkan sedikit demi sedikit. Adunan ni tak keras dan tak lembik, erti kata lain tak lekat di tangan.
** jika anda suka letak madu, siap masak layang-layangkan madu atas roti naan tadi.
RESIPI AYAM TANDOORI MAMAK HAJI
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
6 atau 8 ketul ayam yang disingkirkan lemak-lemak yang berlebihan
½ cawan atau 125 gm yoghurt asli / Greek-Style (nestle cawan kecil)
2 sudu besar rempah tandoori
2 sudu besar pes halia bawang putih | dilulurkan kesemua ketulan ayam
2 sudu besar jus limau nipis.
1 sudu garam masala (saya tak letak sebab takde)
½ sudu kecil serbuk jintan putih – beli online di sini
2 sudu besar daun ketumbar segar | dicincang halus
2 sudu besar minyak masak (minyak ini bukan untuk apa, tak bagi melekat bila goreng dengan minyak sedikit)
½ sudu kecil serbuk pewarna oren merah (kalau tak ada, tambah serbuk kunyit sedikit tapi saya tak letak)
1 biji bawang labu bersaiz besar | dihiris bulat
Garam dan perasa makanan (aji) secukup rasa (tak mahu aji, guna gula sikit)
CARA-CARA:
1. PENYEDIAAN PES TANDOORI – 4 sudu besar air stok ayam atau air biasa dengan adun serbuk tandoori, garam masala, serbuk jintan putih, lada putih dan minyak. Masak di atas dapur dengan api kecil dan jadikan pes.
2. Masukkan yoghurt, daun ketumbar dan pes tandoori (telah sediakan) dan garam secukup rasa. Kalau nak warna tandoori ayam berwarna merah menyala, masukkan pewarna kalau suka. Gaul sebati adunan ini.
3. Ketulan ayam bahagian tebal daging, kelar sedikit dan tekan sedikit dan masukkan pes campuran garam + serbuk cili dan jus limau nipis. Ini untuk daging yang tebal cepat masak dan juga bahagian dalam daging itu berasa.
4. Masukkan semua ketulan ayam dalam pes tandoori yang telah sediakan. Pastikan ketulan ayam disalut dengan baik.
5. Peram selama lebih dari sejam atau yang terbaik semalaman dalam peti sejuk bahagian dingin.
6. Panaskan kuali leper tak melekat kalau ada. Kalau tak ada, kuali biasa pun boleh. Masukkan sedikit minyak masak dalam 1/4 bahagian ketulan ayam dan goreng dengan api dapur yang sederhana. Jangan hangus, kita cuma nak keluarkan air ayam yang berlebihan. Goreng dalam 50 peratus masak.
7. Sementara itu, panaskan ketuhar dalam suhu 180C bersama chargrill plate (plate bakar). Sapukan minyak selaput nipis di permukaan chargrill.
8. Susun hirisan bawang yang dipotong bulat di atas. Hirisan bawang ini bukan saja memberi haruman kepada ayam, tetapi ia menentukan pengudaraan baik di bawah ketulan ayam dengan permukaan plate chargrill itu. Kadangkala permukaan ketulan ayam akan berair sangat dan bila sejat isi ayam akan melekat. Kalau bakar ayam penuh buat begini.
9. Masa pembakaran awal adalah 30-40 minit, selepas itu terbalikkan ketulan ayam dengan sapukan pes yang berlebihan itu di permukaan ketulan ayam.
10. Bakar kembali dalam 40 minit lagi dan sapukan minyak sekali kala pada ketulan ayam supaya permukaannya tidak kering. Tunggu hingga ketulan daging ayam bertukar kepada warna keemasan, ambil seketul cuba potong dan pastikan ia masak dengan sempurna.
RESIPI TIMUN YOGURT
2 batang timun | diracik halus
2 cawan plain yogurt
Sedikit garam
Sedikit dry mint
CARA-CARA:
Campurkan kesemuanya dalam satu bekas.
RESIPI KEEMA DAGING
1/2 kg daging | dipotong kecil & dibersihkan
Sedikit halia – beli online di sini
3 biji bawang putih | dicincang halus – beli online di sini
2 biji bawang besar saiz sederhana | dicincang halus
2 sudu kecik serbuk ketumbar | ditumbuk
1 sudu kecil serbuk jintan putih – beli online di sini
2 sudu besar cili kisar
1 batang kayu manis – beli online di sini
3 biji bunga lawang – beli online di sini
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1@2 biji tomato | dipotong dadu
Kacang peas
Sedikit minyak (untuk menumis)
2 sudu yogurt plain
1 sudu besar garam masala
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia. Biar ia naik bau dan masukkan cili kisar.
2. Masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih,pelaga), kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala.
3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sedikit air lagi. Jangan terlalu cair sangat ye sebab ia tak guna santan. Masukkan tomato, kacang peas, yogurt dan perasakan dengan garam.
Kredit resipi: Tahrunnisah Jali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Tauhu Bergedil Ketam, Setiap Gigitan Terasa Isi Ketam!
Rupa Tak Cantik, Tapi Bila Makan Karipap Jerawat Ni Memang Tak Cukup Satu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Goreng Kuetiau Paling Ringkas & Sedap Mantap.
![](https://cdn.rasa.my/2021/05/362636.jpeg)
Ada berbagai cara orang masak kuetiau, menu yang asalnya diperkenalkan oleh masyarakat Cina ini, kini ia sudah menjadi kegemaran ramai rakyar Malaysia. Anda yang suka kuetiau goreng tetapi bila buat sendiri tidak sesedap makan di kedai, ini ada rahsianya macam mana nak dapatkan kuetiau goreng yang sedap macam makan direstoran atau digerai.
Sebenarnya, kalau tau caranya, tak susah, bahan utama adalah bawang putih, untuk aroma, untuk lauk, paling sedap adalah campuran udang dan telur sahaja, sayur pula hanya daun kucai dan tauge. Pelengkap rasa, hanya perlu sedikit sos cili, kicap, sos tiram jika suka dan sos ikan ( penambah aroma dan rasa seperti makan di gerai). Atau ikut je resipi yang disediakan ini.
KUETIAU GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 paket besar kuetiaw | lerai-leraikan
20 ekor udang | buang kulit
7 ulas bawang putih | cincang
2 cawan tauge
1 cawan daun kucai | potong 3cm
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
3/4 sudu makan sos ikan/seasoning
Kicap manis secukup rasa
4 sudu makan air
Garan dan gula secukupnyasecukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Goreng udang hingga masak, ketepikan.
2. Pecahkan telur dalam kuali, buat telur hancur. Ketepikan.
3. Masukkan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan icili kisasr, sos cili, sos ikan, kicap dan sedikit gula dan garam.
5. Kacau rata, masukkan air.
6. Seterusnya masukkan kuetiau, kacau lebih kurang 3 minit, masukkan udang yang telah digoreng dan telur hancur tadi.
7. Akhir sekali setelah cukup rasa, taburkan tauge dan daun kucai.
8. Tutup api dan gaulkan tauge dengan daun kucai.
9. Kuetiau sedia dihidangkan.
kredit:nawal lope zainal abidin.
@resepiorangkita