Pernah cuba Bubur Krong Khreng? Rupanya seakan Kuih Siput tapi dijadikan sebagai manisan dan dimakan bersama kuah seakan manisan Biji Nangka. Manisan ini terkenal dikalangan orang Kelantan namun agak sukar dibeli kerana jarang yang menjualnya. Bagi yang teringin nak cuba, saudari Farida Eida ada kongsikan resipinya. Resipi ini tiada sukatan yang khusus. Bahan asas sahaja Cuma anda boleh ubah suai jumlahnya mengikut banyak mana yang anda nak masak. Mudah kan? Selamat mencuba!

 

CARA MUDAH MASAK BUBUR KRONG KHRENG YANG SEDAP

Bubur Krong Khreng. Resipi Manisan Thailand Yang Sedap, Mudah Buat

BAHAN DOH:
Tepung ubi beli online disini
Air panas mendidih
Pewarna pilihan beli online disini

BAHAN KUAH:
Santan beli online disini
Gula
Garam
Isi kelapa muda – jika ada
Isi nangka – jika suka

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung ubi secukupnya ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air panas mendidih sedikit demi sedikit, kacau sebati. Pastikan anda menggunakan air panas mendidih dari cerek dan bukannya dari mesin air. Jika tidak, adunan tidak akan menjadi.
3. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan. Jika masih melekat, tambah tepung ubi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang kenyal.
4. Kemudian boleh bahagikan adunan dan warnakan ikut citarasa masing-masing.
5. Cubit adunan dan terap menggunakan acuan siput.

Bubur Krong Khreng. Resipi Manisan Thailand Yang Sedap, Mudah Buat
6. Didihkan air dalam periuk dan rebus doh sehingga masak.
7. Bila doh sudah terapung, angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk. Ketepikan seketika.
8. Untuk membuat kuahnya, masak santan bersama gula dan garam. Jumlah gula bergantung pada selera. Garam pula berfungsi menaikkan rasa lemak santan.
9. Bila santan mendidih manja dan gula telah larut, masukkan isi kelapa muda dan juga isi nangka jika suka. Ia berfungsi menyedapkan lagi rasa manisan.
10. Seterusnya masukkan Krong Khreng. Masukkan doh Krong Khreng sahaja dan bukannya dituang bersama air rendaman tadi.
11. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Bubur Krong Khreng. Resipi Manisan Thailand Yang Sedap, Mudah Buat

Kredit resipi & foto: Farida Eida

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap. Mudah Je Caranya

Hanya Guna 4 Bahan, Resipi Kuih Bom Ni Memang Sedap & Gebu

IKLAN

Asam Pedas Ikan Kerisi. Resipi Orang Pantai Timur Yang Sangat Sedap

Resipi Donat Pandan Susu. Lembut, Sedap & Gebu.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=G8nxV8oalO4

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI