Ads

6 Fast Food Dari Seluruh Dunia Yang Unik dan Terkenal!

Bila sebut fast food dari seluruh dunia, ramai terus terbayang burger, kentang goreng dan ayam goreng.Tapi sebenarnya konsep makanan cepat saji jauh lebih luas daripada itu.

Setiap negara ada versi “fast food” mereka sendiri. Makanan yang cepat disediakan, mudah dimakan dan sesuai untuk orang yang sentiasa bergerak.

Ada yang menggunakan roti, ada yang berasaskan nasi, ada juga yang datang dalam bentuk sandwich, wrap atau makanan goreng. Sempena Fast Food Day, jom tengok enam gaya fast food dari pelbagai negara yang cukup ikonik.

6 Gaya Fast Food Dari Seluruh Dunia

Walaupun konsepnya hampir sama, setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan makanan yang cepat, praktikal dan penuh dengan identiti tempatan.

Daripada burger klasik Amerika sehinggalah tacos Mexico, setiap hidangan mempunyai bahan, rasa dan cara penyediaan yang berbeza.

1. Burger & Fries – Amerika Syarikat
6 Fast Food Dari Seluruh Dunia Yang Unik dan Terkenal!

Amerika Syarikat memang sinonim dengan burger dan kentang goreng. Gabungan ini menjadi antara imej paling mudah dikenali bila bercakap tentang fast food moden. Burger biasanya terdiri daripada bun, patty daging, cheese, lettuce, tomato, pickle dan sos.

Yang menarik, burger juga mempunyai banyak variasi.Ada cheeseburger klasik, double patty, smash burger, chicken burger dan pelbagai versi lain.

Kentang goreng pula hampir jadi side dish wajib. Sebab itu kombinasi burger + fries masih menjadi salah satu simbol utama dunia fast food.

2. Vada Pav – India
6 Fast Food Dari Seluruh Dunia Yang Unik dan Terkenal!

Kalau Amerika ada burger, Mumbai pula ada vada pav.Ia terdiri daripada kentang berempah yang dibentuk menjadi patty, disalut tepung dan digoreng, kemudian dimasukkan ke dalam roti kecil yang dipanggil pav.

Biasanya ia dimakan bersama chutney dan cili hijau. Nampak simple, tetapi rasa dia cukup kuat yang pedas, berempah dan mengenyangkan.

Vada pav juga terkenal kerana mudah dimakan sambil berjalan, menjadikannya antara contoh fast food tempatan yang sangat dekat dengan kehidupan bandar di India.

Ads

3. Döner Kebab – Türkiye
6 Fast Food Dari Seluruh Dunia Yang Unik dan Terkenal!

Döner kebab pula terkenal dengan daging yang dipanggang secara menegak dan dihiris nipis apabila hendak dihidangkan.

Daging tersebut boleh dimasukkan ke dalam roti, pita atau wrap bersama sayur dan sos.Antara tarikannya ialah kombinasi daging panas, sayur segar dan sos yang creamy atau pedas.

Sebab mudah dibungkus dan dimakan, döner menjadi antara makanan cepat yang popular bukan sahaja di Türkiye, tetapi juga di banyak bandar di Eropah.

4. Korean Fried Chicken – Korea Selatan
6 Fast Food Dari Seluruh Dunia Yang Unik dan Terkenal!

Ayam goreng Korea memang ada identiti sendiri.Kulitnya biasanya sangat rangup dan sering disalut dengan sos seperti gochujang manis pedas, soy garlic atau honey butter.

Berbanding ayam goreng biasa, versi Korea banyak bermain dengan lapisan rasa. Ada manis,ada pedas,ada masin dan tentunya ada tekstur rangup.

Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan set bersama fries, rice cake atau minuman.Versi seperti chicken sandwich dan chicken burger ala Korea juga semakin biasa ditemui.

5. Katsu Sando – Jepun
6 Fast Food Dari Seluruh Dunia Yang Unik dan Terkenal!

Jepun pula ada gaya fast food yang lebih minimal. Katsu sando menggunakan roti putih lembut yang diisi dengan daging atau ayam bersalut panko yang digoreng rangup. Biasanya ia dipadankan dengan sos tonkatsu dan kadangkala sedikit kubis.

Ads

Apa yang menarik ialah kontras tekstur. Roti sangat lembut. Katsu pula rangup. Tak perlu terlalu banyak topping kerana fokusnya memang pada keseimbangan antara roti, sos dan isi.

Ia juga mudah dibawa, dimakan dan sesuai untuk lunch ringkas.

6. Tacos – Mexico
6 Fast Food Dari Seluruh Dunia Yang Unik dan Terkenal!

Tacos antara contoh makanan cepat yang sangat fleksibel. Asasnya ialah tortilla yang diisi dengan pelbagai bahan seperti daging, ayam, ikan, kacang, bawang, ketumbar dan salsa. Ada taco yang simple dengan hanya beberapa bahan.

Ada juga yang lebih meriah dengan cheese, guacamole dan pelbagai sos. Kelebihan taco ialah saiznya kecil dan mudah dimakan dengan tangan.

Sebab itu ia sangat sesuai sebagai makanan segera, sama ada di gerai jalanan atau restoran.

Fast Food Tak Semestinya Sama Di Setiap Negara

Bila tengok contoh dari pelbagai negara, jelas bahawa fast food bukan satu konsep yang sama di mana-mana.

Ads

Amerika ada burger, India ada vada pav, Türkiye ada döner, Korea Selatan ada fried chicken, Jepun ada katsu sando, Mexico pula ada tacos.

Anda mungkin berminat dengan

Apa yang menyatukan semuanya ialah satu perkara iaitu mudah, cepat dan senang dinikmati.Bezanya cuma bahan, rempah dan cara setiap budaya memberi identiti kepada makanan mereka sendiri.Sebab itu dunia fast food sebenarnya jauh lebih menarik daripada sekadar burger dan kentang goreng.

Kadang-kadang, satu makanan yang nampak simple boleh membawa rasa dan budaya sesebuah negara dalam satu suapan.Menariknya, kepelbagaian fast food dari seluruh dunia juga menunjukkan bagaimana makanan boleh berubah mengikut budaya dan gaya hidup masyarakat setempat.

Walaupun bahan dan cara penyediaannya berbeza, idea asasnya tetap sama adalah makanan yang mudah dinikmati tanpa perlu mengambil masa terlalu lama.

Dan mungkin sebab itulah makanan seperti burger, vada pav, döner kebab, ayam goreng Korea, katsu sando dan tacos terus mendapat tempat dalam dunia makanan moden.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tak Perlu Order Mahal, 6 Resipi Pizza Bajet Bawah RM20 Ini Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Beef Prosperity Burger Homemade: Resipi Mudah & Sedap Yang Wajib Cuba!

https://www.rasa.my/daging-burger-frozen-lebih-sedap-juicy-ni-resipi-mudah-wajib-cuba/

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Sambut Hari Jadi di McDonald’s Zaman 90-an, Kenangan Kanak-Kanak Yang Tak...

Kenangan sambut hari jadi di McDonald’s zaman 90-an, daripada masuk dapur dan bilik sejuk hingga Happy Meal serta Ronald McDonald yang dirindui.