Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi DonatPandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba. Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Hujung minggu nanti mungkin ada yang bakal meraikan hari lahir. Pasti di fikiran sudah ada pelbagai menu untuk dijamu kepada tetamu yang bakal hadir. Adalah lebih enak jika ia datang dari air tangan tuan rumah. Barulah teringat-ingat kesedapan makanan yang ada.
Tak perlu susahkan diri, bertemakan potluck lebih mudah untuk tuan rumah dan semua tetamu yang hadir. RASA kongsi menu potluck yang boleh disediakan nanti. Pilihan menu yang menarik dan menyelerakan bakal memeriahkan majlis anda nanti.
MAC & CHEESE ( Makaroni & keju ) Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan :Hidangan utama Keistimewaan: Lemak berkrim Anggaran kos :RM 10.00
BAHAN-BAHAN: Macaroni 5 ulas bawang putih ( dicincang halus) 3 ulas bawang Holland ( potong dadu kecil ) 3 sudu makan mentega 5 biji tomato ceri Sosej ayam 1 tin sos keju Preggo 3 keping keju cheedar Serbuk Cheese Mesra 1 cawan susu cair 3 sudu makan nestum
INFO CHEF: Guna serbuk nestum untuk memekatkan sos keju
ANGEL HAIR AGLIO UDANG Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan :Hidangan utama Keistimewaan: Herba English Tradisi Anggaran kos :RM 8.00
BAHAN-BAHAN: Spaghetti Angel Hair Minyak zaiton untuk tumis kering 5 ulas bawang putih | di cincang halus) 3 ulas bawang Holland |potong dadu kecil 5 ekor udang | dibuang kulit dan basuh bersih 3 sudu teh empingan cili 5 biji tomato ceri | belah dua Sedikit daun parsli segar| dicincang halus Garam, gula & perasa Serbuk bawang putih
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam semasa merebus spageti bagi mengelakkan spageti melekat dan teksturnya kenyal dan tidak mudah terputus semasa proses merebus
NASI GORENG BUTTER Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan :Hidangan utama Keistimewaan: Kaya dengan rasa lemak keju bersama variasi pedas dan manis Anggaran kos :RM 8.00
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi sejuk Minyak zaitun untuk tumis kering 2 sudu makan buttercup 5 ulas bawang putih | dicincang halus 1 keping sosej ayam | dipotong memanjang dan nipis ½ batang lobak merah | dipotong panjang dan halus ½ mangkuk kacang pis hijau 5 biji tomato ceri Serbuk perasa, serbuk lada sulah,garam dan gula Serbuk parsli untuk hiasan
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Untuk memasak nasi goreng, elok gunakan nasi sejuk semalaman untuk mendapat hasil nasi yg berderai semasa di goreng dan tidak melekit.
FLOWER SAUSAGE SKEWER Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 25 minit Cara memasak: Panggang dan goreng Jenis masakan :Pembuka selera Keistimewaan: Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: UNTUK GRILL 2 batang lobak merah | dipotong baji 1 biji kentang | dipotong baji Beberapa kepingan helai Bawang Holand Beberapa biji tomato ceri Serbuk BBQ Bawang putih |dicincang Garam dan gula Lada hitam 6 batang lidi satay untuk skewer
UNTUK GORENG Beberapa keping sosej ayam untuk setiap sebatang dipotong 3 kemudian di belah 4 pada bahagian atas dan bawah untuk menjadikanya kembang berbentuk bunga semasa di goreng dengan minyak panas
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Hidangan skewer sangat sesuai untuk acara barbeku di mana konsep penyediaan yang memerlukan hidangan di panggang di atas bara api dan di makan dalam keadaan santai
BRUSHETTA TOMATO Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak: 20 minit Cara memasak: Tumis dan bakar Jenis masakan : Pembuka selera Keistimewaan: Makanan diet baik untuk kesihatan Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: 1batang roti Perancis/ Baguette 1 biji tomato besar 1/4 bawang besar kuning 4 ulas bawang putih 1/4 cawan minyak zaitun Sedikit herba campuran untuk taburan Sedikit lada hitam 1 mangkuk sup Mozarella Cheese
CARA MEMASAK:
INFO CHEF – Kalau tak nak bakar dalam oven, boleh makan roti Perancis kosong dicicah bahan campuran tomato itu.
FISH & CHIPS Saiz hidangan: 2 orang Waktu memasak: 20 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan :Sajian utama Keistimewaan: Kelazatan hidangan ini pada kerangupan filet ikan dengan ramuan perasa yang secukup rasa. Anggaran kos :RM 8.00
BAHAN-BAHAN: 1 cawan tepung gandum 1 sudu makan baking powder 1 cawan sparkling water 1 sudu teh madu 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh lada hitam 3 keping isi ikan dory Ubi kentang | dipotong bentuk french fries Lemon Daun parsley
CARA MEMASAK: 1. Gaul tepung bersama baking powder, sparkling water, madu, garam dan lada hitam hingga sebati. 2. Salut ikan dory dengan tepung gandum. Kemudian, salut dengan adunan tepung. 3. Goreng hingga keemasan. 4. Rebus kentang selama lima minit. 5. Toskan dan goreng hingga rangup. 6. Tabur garam dan lada hitam. 7. Hidangkan bersama hirisan lemon dan daun parsley INFO CHEF – Untuk menambahkan lagi enak pada ikan, renjiskan sedikit air lemon dari belahan buah lemon yang segar. Rasa ikan tidak hanyir dan menaikkan aroma yang lebih menyelerakan.
KEK BUTTER KLASIK Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak: 35 minit ke 50 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan :Dessert Keistimewaan: Penggunaan bahannya yang sangat ringkas dan mudah untuk disediakan Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: 1 cawan mentega Buttercup 1 cawan cawan gula kastor 4 biji telur ayam gred A 1/1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
INFO CHEF– Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan bahan kek untuk menghasilkan kek yang bakar menjadi cantik dan gebu.
TRIFFLE PUDDING Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Rebus dan dingin beku Jenis masakan :Dessert Keistimewaan: Penggunaan buahan segar lagi sedap berbanding dengan penggunaan buahan koktel di dalam tin selain ianya lebih berkhasia Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: Buah koktel dalam tin Buah anggur hitam Buah anggur hijau Buah apple hijau Kepingan swis roll Agar-agar tanpa pewarna 3 sudu makan chia seeds 3 senduk sederhana gula dan sedikit garam, Sedikit esen vanila
CARA MEMASAK:
INFO CHEF – Chia seed direndam terlebih dahulu dengan air panas supaya ia kembang sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam agar-agar
SAGO GULA MELAKA KLASIK Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Reneh Jenis masakan :Pencuci mulut Keistimewaan: Lemak manis Anggaran kos :RM4 Bahan-bahan diperlukan: Bahan-bahan (sago): – 5 cawan air – 1 1/2 cawan sago
Bahan-bahan (kuah santan): – 2 cawan santan – Daun pandan
Bahan-bahan (sirap gula melaka): – 1/2 cawan air – 200g gula melaka – 1/4 sudu kecil garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk memasak sago, panaskan air dan masukkan sago. Kacau 15 minit hingga masak. 2. Sejukkan 30 minit. 3. Untuk kuah santan, didihkan santan dengan daun pandan. 4. Untuk sirap gula melaka, didihkan air, gula melaka dan garam sehingga pekat. 5. Hidangkan sago bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
INFO CHEF:Biji sagu direndam semalaman terlebih dahulu agar cepat masak apabila di rebus dengan api yang perlahan.
SIRA LABU BERSANTAN Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Reneh Jenis masakan :Pencuci Mulut Keistimewaan: Lemak Manis Anggaran kos :RM4
Puan Sri Shariffa Nisa Bakri kelihatan anggun mengenakan kebaya labuh rona merah jambu menyambut ketibaan kami dengan ramah ditemani Dato’ Azlin. Terdetik di hati sudahlah cantik pandai pula memasak. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan menonton Puan Sri memasak di dalam satu program TV sahaja. Namun tanpa disangka kami bertuah dapat melihat dan menjamah masakan dari air tangan beliau yang khabarnya akan menyediakan dua menu, iaitu Kari Ikan Masin Kurau Dengan Udang dan Asam Pedas Ikan Tenggiri Ala Nyonya.
Memandangkan Puan Sri Nisa sudah siap berdandan, kami terus sahaja memulakan sesi fotografi di ruang tamu sambil beliau bercerita mengenai bukunya ‘I am Not A Chef’ dan pes kari dan asam pedas yang diformulasikan sendiri oleh beliau dan kini ada dijual di beberapa pasar raya terpilih.
Selesai fotografi, Puan Sri Nisa segera ke tingkat atas untuk menukar pakaian sebelum masuk dapur untuk memasak. Selang beberapa minit, beliau turun dengan gaya kasual yang cukup santai namun tetap cantik dengan gaya sederhana itu.
“Usah bimbang saya masak tak lama. Semua bahan sudah siap tinggal masak saja tak sampai setengah jam boleh siap dan kita boleh terus rasa masakan saya ini,” ujar Puan Sri sambil memberikan tip menjadikan memasak sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.
Tidak sampai 30 minit, dua masakan yang dimasak menggunakan pes kari dan pes asam pedas siap dimasak oleh Puan Sri dan terus dihidangkan panas-panas di meja makan sambil mempelawa kami menjamah masakannya itu. Ternyata ia tidak mengecewakan sedap dan menyelerakan.
Sambil menikmati hidangan, Puan Sri Nisa bercerita tentang minat beliau yang suka memasak dan tanpa disangka minat itu terus berkembang dan kini membuka peluang bisnes pula.
“Minat memasak tu memang sejak daripada kecil, bila remaja saya luaskan pengalaman dengan belajar memasak berpandukan buku resipi. Rujukan pertama saya adalah buku resipi chef Wan, bila sekali masak menjadi, keterujaan untuk memasak itu semakin kuat. Hingga bila anda rakan-rakan suruh masak, saya tidak membantah sebaliknya seronok memasak untuk mereka.
Keseronokan itulah yang mendorong saya untuk mencuba lebih banyak resipi baru dan cuba mengolah semula sebahagian resipi mengikut selera. Bila sudah berkeluarga, saya menjadi lebih cerewet terutama dalam soal apa yang mahu dimasak. Sekarang menyediakan makanan sihat dan sedap adalah keutamaan saya,” ujar beliau lagi.
Selain seronok memasak, Puan Sri Nisa juga mengakui bahawa makanan adalah agen mengeratkan hubungan dan kasih sayang keluarga kekeluargaan serta menjalin kemesraan sesama rakan-rakan dan. Kata beliau, lebih baik lagi jika masakan itu dimasak dengan hati yang ikhlas.
“Sebenarnya, saya kalau tidak ada apa nak dibuat bila berada rumah, ke dapurlah saya masuk. Tengok apa yang boleh dimasak, tak kisahlah walau hanya buat jemput-jemput. Kadang-kadang dengan melihat barang yang ada di dapur di kepala sudah ada idea nak masak apa. Lebih seronok lagi kalau masakan tu dinikmati dengan berselera oleh keluarga atau tetamu yang datang ke rumah.
“Bila kita seronok memasak, keikhlasan itu hadir dalam diri dan mulalah kita akan mendoakan yang baik-baik untuk ahli keluarga, rakan mahupun tetamu yang akan menikmati hidangan itu nanti. Sekurangnya biarlah mereka dengan puas makan dan seronok dijamu. Secara tidak langsung ia pasti dapat menyatukan hubungan suami isteri, menyuburkan kasih sayang anak-anak dan mengeratkan hubungan sanak saudara serta rakan bila kita sama-sama duduk di meja makan menikmati hidangan tersebut,” ujar Puan Sri yang sangat suka ke pasar.
Katanya, kalau beliau sudah ke pasar terutama di pasar yang menjual barang-barang segar, pasti tidak sedar ada barang yang tidak sepatutnya dibeli akan beliau beli. “Kepantangan saya kalau ke pasar yang menjual ikan, seafood dan sayur-sayur segar, habislah semua nak beli dan nampak sedap. Saya tak kisah walaupun lama ke pasar yang penting puas hati, mungkin disebabkan saya ni suka memasak,” cerita Puan Sri lagi.
Melihatkan bakat dan minat Puan Sri yang suka memasak, rakan-rakan mula menyarankan beliau membuat buku masakan dan menjadikan ia sebagai satu cabang bisnes.
Atas dorongan itulah, beliau telah menerbitkan sebuah buku berkaitan pengalaman beliau dengan masakan serta resipi yang dicuba. Tanpa diduga buku tersebut sudah beberapa kali diulang cetak. Dari situ timbul idea untuk membuat pes masakan.
“Dari buku, kemudian saya buat pula pes, buat masa ini saya sudah pasarkan dua jenis pes, kari dan asam pedas. Kedua-dua pes ini sebenarnya, jika anda kreatif ia boleh dipelbagaikan cara memasak. Contoh pes asam pedas, selain boleh digunakan untuk asam pedas biasa, ia boleh dijadikan asam pedas Nyonya atau pun tomyam. Semuanya atas kreativiti memasak. Beliau juga mempunyai restoran di Bangunan Tabung Haji di Damansara Utama yang sentiasa mendapat sentuhan air tangannya.
Terbaru, dalam usaha melebarkan sayap perniagaan dan memperkenalkan masakan tradisional Malaysia, Puan Sri Nisa telah berkunjung ke Sepanyol dan membuat beberapa demo memasak serta turut memasak di dapur Chef Antonio, Chef terkenal di Sepanyol. Kunjungan dan aktiviti mendapat liputan televisyen. Tahniah Puan Sri semoga usaha Puan Sri akan terus mendapat perhatian dunia.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Tidak perlu tambah garam atau perasa kerana ikan masin dan telur asin sudah masin dan pes juga sudah cukup asam garam.
Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu merupakan hidangan sayur yang sangat ringkas tetapi cukup menyelerakan. Kuahnya yang berlemak dan berkrim daripada santan digabungkan dengan tauge yang rangup serta tauhu yang lembut, menjadikan menu ini sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.
Walaupun bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya tidak rumit, rasa yang terhasil memang padu. Tambahan ikan bilis serta serbuk lada hitam menaikkan aroma dan memberikan rasa yang lebih seimbang. Jom cuba resipi Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu ini di rumah!
1. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana.
2. Masukkan hirisan bawang merah, ikan bilis, cili merah, tauhu dan santan. Kacau perlahan supaya santan sebati dan tidak pecah minyak.
3. Bila kuah hampir panas, masukkan tauge dan juga kucai yang telah dipotong. Kacau lagi supaya semua bahan bercampur rata.
4. Masukkan garam secukupnya bersama serbuk pati ikan bilis dan juga serbuk lada hitam. Jika suka pedas, boleh lebihkan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa.
5. Masak dan kacau sayur hingga kuahnya mendidih perlahan. Jangan terlalu lama supaya tauge kekal rangup dan tidak layu berlebihan.
Angkat dan sedia untuk dinikmati. Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu ini paling enak dimakan panas-panas sebagai lauk sampingan atau digandingkan dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Untuk mendapatkan hasil Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu yang cantik dan berkrim, gunakan api sederhana kecil selepas santan dimasukkan. Elakkan api terlalu besar kerana ia boleh menyebabkan santan pecah dan kuah menjadi kurang menarik.
Kacau secara konsisten ketika proses memasak, terutama selepas santan dimasukkan. Ini membantu kuah masak sekata dan memastikan rasa lebih seimbang.
Selain itu, masukkan tauge pada peringkat akhir supaya teksturnya kekal segar dan rangup. Inilah rahsia utama menjadikan Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu lebih sedap dan tidak lembik.
Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu sangat sesuai untuk anda yang mahukan lauk sayur yang cepat, jimat dan berkhasiat. Gabungan tauge, tauhu dan kucai memberikan sumber protein tumbuhan serta serat yang baik untuk kesihatan.
Resipi ini juga fleksibel. Anda boleh tambah udang, suhun atau lobak merah jika mahu variasi. Namun versi asalnya yang ringkas tetap menjadi pilihan kerana rasanya yang lembut, berlemak dan tidak muak.
Jika anda mencari menu kampung yang mudah tetapi tetap membuka selera, inilah hidangan yang patut ada dalam senarai masakan harian anda.c