Sup Bunjut ni memang antara bahan wajib ada kalau nak masak hidangan sup yang sedap dan enak terutamanya sup daging, sup tulang dan sup ayam. Nampak macam bahan yang ringkas je tetapi kalau tiba-tiba nak masak sup tapi tak ada bahan ni, memang tak keruan jadinya. Nak ke kedai semata-mata untuk beli uncang ni, agak tak berbaloi. Jadi anda boleh buat sendiri dengan mencuba cara perkongsian dari page Delihayat Kitchen ni. Mudah sangat-sangat. Boleh buat stok dekat dapur.
CARA BUAT CAMPURAN SUP BUNJUT
BAHAN A (untuk 1 bunjut):
1 keping kulit kayu manis – pecahkan jadi kecil, ambil sedikit sahaja.
Kehidupan sebagai orang bujang selalunya simple. Ketika lapar, boleh saja order melalui aplikasi penghantaran makanan. Ada Food Panda, ada Grab Food. Kalau jemu nak membeli, masak sajalah apa yang ada di dapur.
Salah satu resipi yang sedap adalah telur. Boleh cuba resipi telur sambal kari ini. Simple, tapi sedap.
BAHAN-BAHAN
4 biji telur ayam
Minyak masak
Daun kari
2 biji bawang merah (dikisar)
2 sudu besar cili kering yang telah direbus (dikisar)
6 tangkai cili padi (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikir air
Garam gula secukup rasa
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 sudu kecil sos tomato
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam. Buang kulitnya dan goreng seketika.
2. Kurangkan minyak goreng telur tadi sehingga cukup-cukup untuk menumis.
3. Tumis daun kari. Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, cili padi dan belacan yang sudah dikisar.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5. Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
6. Kemudian, masukkan garam, gula, bawang besar dan sos tomato. Gaul rata.
7. Apabila bahan tumisan mula kering, masukkan telur rebus yang digoreng tadi dan gaul rata.
8. Siap untuk dihidangkan.
Pernah makan daging soya? Daging soya ni mudah simpan (kering, tahan lama, tak perlu peti ais) dan murah. Sesuai juga untuk mereka yang kurang makan daging.
Ia halal kerana diperbuat daripada protein soya. Daging Soya ni juga dikenali sebagai TVP (textured vegetable protein). Selain tauhu dan tempe, TVP juga adalah sumber protein berasaskan soya.
Jom kita masak dengan resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan.
RESIPI DAGING SOYA BEREMPAH
BAHAN-BAHAN: (2-3 ORANG MAKAN):
150g daging soya kering (saya beli di kedai runcit, harganya RM3/250g) 10 biji bawang merah ros – beli online di sini 4 ulas bawang putih – beli online di sini 1 inci halia 1 batang cili merah – beli online di sini 1 batang cili hijau 1 sudu besar serbuk kari daging – beli online di sini 1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 biji tomato (besar) 2 sudu besar kicap masin – beli online di sini 100ml yogurt 1 batang daun ketumbar
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®:Kari Ayam
*Oleh kerana kita guna protein soya, maka ia kurang rasa umami, jadi kita gunakan tomato untuk sebagai sumber umami alternatif. Umami ni adalah rasa yang kita dapat dari air rebusan tulang, daging, ayam, ikan bilis dan sebagainya.
1. Bahan yang paling mahal kita akan gunakan dalam resepi ni adalah cili. Oleh itu boleh kata, resepi ni resepi bajet tapi tak terlalu memudaratkan. Daging soya ni tinggi protein dan mengenyangkan. 2. Cara nak sediakannya, mudah. Rebus dalam air, dan diperasakan dengan garam. Ia akan kembang, dan selesai masak dalam 5 minit. Dalam dia padat. Daging soya ni rasa macam daging tak? 3. Sejujurnya, tak. Ia tiada rasa daging, dan teksturnya mirip bakso yang ringan atau takua. Namun begitu, kalau dimasak dengan resepi yang betul, ia akan jadi hidangan yang sedap.
4. Setelah itu, kita tumis bawang ros, bawang putih, halia, cili merah dan hijau dalam kuali. Bahan-bahan ni dipotong kasar sahaja, dan ditumis sampai layu dan harum. 5. Masukkan daging soya yang dah ditos dan diperah tadi. Tumis sampai sebahagiannya jadi garing dan perang gelap. Ini akan menjadikan daging ini lebih menarik bila dimakan nanti. 6. Okay, masa untuk letak rempah. Taburkan serbuk kari daging, cili, ketumbar dan kunyit. Tambah sedikit minyak, dan gaul sampai rempah ni menyelaputi daging soya kita.
7. Pada waktu ini, boleh letakkan 2 sudu kecil garam dan gula. Sambung tumis sampai rempah tadi tiada bau dan rasa mentah. Jangan berhenti menggaul supaya tak hangus. 8. Tambahkan yogurt. Kalau tiada yogurt, boleh letak tairu, dahi, santan, susu segar, susu sejat atau ghee. Daging soya ni hampir tak ada lemak, jadi penting untuk kita letak sumber berlemak.
9. Tambah air secawan. Tadi kita dah masak daging soya sampai kering, jadi bila kita letak air ni, ia akan serap rempah dan perasa yang kita dah letak. Perasa dengan garam, kicap masin dan gula. 10. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Kalau kurang masam, tambah asam. Kalau nak lebih rasa macam daging, letak kiub perasa daging atau air rebusan tulang. Masak sampai kering. 11. Tada! Tabur sedikit daun ketumbar supaya naik kesegarannya. Daging soya berempah ni sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Padan dengan sayur kobis goreng kunyit.
*1 pek (250g berat kering) RM3, boleh masak hidangan untuk 4-6 orang makan.
Bila sebut bab laksa Penang ni, mesti anda suka kan bila kuahnya yang pekat dan padu.
Memang sedap hirup kuah laksa Penang yang cukup kepekatan dan rasanya.
Resipi yang dikongsi Ben Safwan ini, sesuai untuk mereka yang pertama kali nak belajar memasak menu ini.
Cumanya, dalam resipi laksa penang versi Ben ini, dibuat ikut tekak sendiri. Contoh guna daun Basil ganti daun kesum. Kalau anda tak suka takpa, bahagian tu ganti balik masuk daun kesum dengan berat sama.
3 liter air 1kg ikan selayang/sardin hitam/sardin putih 100gm bawang merah | bakar 50gm lada kering 25gm belacan bakar 15gm daun sweet basil @ daun kesom 3 batang bunga kantan saiz kecil 2 keping asam keping saiz sederhana Garam gula serbuk perasa Pelengkap & ulam-ulaman (daun salad, hirisan bawang besar, hirisan bawang merah, cili, telur rebus, nenas)
1. Bersihkan lada kering dan sangai tanpa minyak. Untuk keluarkan rasa lada kering tu bagi sedap kuah laksa. 2. Bakar juga bawang merah dan belacan sampai dah keluar bau. Lagi harum la kuah. 3. Rebus ikan sardin sampai masak. Letakkan sedikit garam dan asam keping sekeping masa nak rebus. Isi air suku je daripada ikan.
4. Lepas dah rebus, sejukkan. Asingkan isi ikan dengan tulang. Jangan buang tulang. Nanti kita nak guna juga. 5. Kisar isi ikan. Guna air daripada stok 3 liter yang dah disukat. Jangan tambah air lain. Sambung kisar tulang ikan sampai hancur dan tapis. 6. Kisar bawang bakar, belacan bakar bersama lada kering tadi .Guna air dari stok 3 liter juga.
7. Sebab nak buang asam keping bila dah mendidih kuah laksa penang, saya masukkan dalam uncang tea bag. Senang. 8. Panaskan air baki 3 liter tadi, masukkan semua bahan kisar, masukkan bunga kantang yang dibelah 4, daun sweet basil dan asam keping. 9. Masak sampai mendidih dan bertukar warna dah, masukkan bahan cukup rasa, gula, garam sesuai dengan selera.
10. Waktu ni keluarkan asam keping dan daun sweet basil. Tak nak dia letak lama-lama nanti tak best kuah laksa. Bahan ni akan take over rasa kuah. Sama juga kalau pakai daun kesum. Keluarkan. 11. Daun sweet basil boleh beli kat tesco. Nak gantikan dengan daun kesom pun boleh tapi saya suka daun ni lagi. 12. Masak biar main api kecil selepas mendidih tu 15-20 minit biar pekat elok. Baru sedap.
Manok Pansoh ialah hidangan tradisi Sarawak yang dimasak di dalam buluh bersama herba tempatan. Ketahui keunikan, sejarah, cara memasak dan mengapa ia menjadi menu wajib ketika Hari Gawai Dayak.