Sup ikan merah memang sedap, lebih-lebih lagi jika dimakan ketika waktu hujan. Memang layan. Aroma sup ikan sahaja sudah mampu membangkit selera. Satu masalah yang dihadapi adalah bau hanyir ikan. Itu yang selalu potong selera. Tapi jangan risau, cuba ikut resipi yang dikongsi oleh PuanAzleen Abdullah ini. Hilang rasa hanyir, pinggan pun licin. Selamat mencuba!
SUP IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | dihiris
1 biji bawang holland
1 sudu besar biji ketumbar | atau guna serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil lada hitam | atau guna serbuk lada hitam
2 helai daun salam
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 buntil pelaga
Tomato
Cili padi
Daun sup
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh dan lumurkan ikan dengan limau atau asam jawa. Rendam seketika supaya hilang bau hanyir.
Ads
2. Tumis bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan semua serbuk di atas dan letakkan air secukupnya.
4. Letakkan rempah tiga sekawan iaitu 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 1 buntil pelaga.
5. Masukkan ikan merah dan biar sehingga masak. Perasakan dengan garam. Nak letak kiub ayam pun boleh.
Ads
6. Akhir sekali, letak tomato, cili padi dan daun sup. Siap!
Menu tempe selain berkhasiat ia juga boleh menjadi menu jimat untuk seisi keluarga makan. Potong tempe nipis-nipis lalu digoreng dengan ikan bilis buat sambal kering boleh jadi stok untuk makan. Kalau ada yang berhajat,boleh juga cuba buat sendiri seperti resipi yang dikongsikan ini.
TEMPE HOMEMADE
1.Cuci bersih kacang soya. Rendam soya minimum 5 jam 2.Rebus kacang siap direndam sehingga betul-betul mendidih. 3.Tutup dan biar terendam selama 24 jam 4.Gosok ramas buang kulit kacang sehingga bersih. 5.Cuci bersih dan rebus sekali lagi sehingga mendidih. 6.Tos sejat kacang dan kering sepenuhnya. 7.Tabur dan gaul rata ragi betul-betul merata pada soya. 8.Bungkus mengikut citarasa. 9.Perap selama 2 hari 2 malam. InshaaAllah menjadi.
Kadangkala buntu juga untuk memikirkan menu pagi yang tidak menjemukan dan anak-anak pun suka makan. Selain menu berat boleh buat menu sihat dan mengenyangkan ini. Sangat mudah dan bahan-bahannya senang untuk didapati. Kombinasi ubi kentang dan keju mozarella sungguh menyelerakan.
BEBOLA KENTANG CHEESE
3biji kentang
2biji telur(sebiji pun boleh)
1tangkai daun bawang
1biji cili merah(dicincang halus)
1cawan tepung gandum
2cawan serbuk roti
1sudu kecil lada hitam/lada sulah
1sudu besar butter
150g keju mozzarella
minyak secukupnya
Cara-caranya:
1.Rebus ubi dan letakkan sedikit garam.
2.Setelah ubi lembut,bolehlah dilenyekkan.
3.Masukkan tepung gandum setelah ubi lumat.
4.Masukkan telur, daun bawang dan butter.
5.Gaul hingga sebati adunan tadi.
6.bentukkan bola dan leperkan untuk letakkan keju mozzarella.
7.Letakkan bebola tadi ke dalam serbuk roti.
8.Sedia untuk digoreng.
9.Setelah kekuningan boleh angat dan toskan minyak.
Ayam panggang atau ayam golek memang jadi kegemaran ramai. Pergilah kemana sahaja pasar malam, pasti ada menu ini yang dijual. Harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba masak Ayam Panggang homemade untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Sitjua Jua ni antara yang paling mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM PANGGANG HOMEMADE PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam
Garam secukup rasa
1 sudu makan kicap
BAHAN PERAP:
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perap dan kisar halus.
2. Bersihkan ayam, lumurkan dengan garam secukupnya. Kemudian perap dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Gaul sekata supaya sebati. Perap. Untuk rasa lebih sedap, disarankan perap semalaman.
4. Untuk memasak, boleh dipanggang menggunakan air fryer menggunaka suhu 170C selama 30 minit. Jika tiada, boleh panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang lain.