Di hujung minggu, anda pastinya tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Jika biasanya hidangan nasi yang disajikan, apa kata hari ini anda cuba masak Bihun Sup Utara. Resipi original sebab lengkap dengan sambal merah dan bihunnya pun berwarna kuning. Nak masak pun mudah. Malah sup tulangnya juga sangat enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK BIHUN SUP TULANG UTARA

Kuah Padu Lengkap Sambal Merah. Ini Baru Resipi Bihun Sup Utara Original!

BAHAN-BAHAN:

(Rebus bihun dalam air mendidih. Tambahkan serbuk kunyit tadi. Bila bihun kelihatan lembut, terus bilas dengan air biasa dan toskan airnya.)

 

BAHAN SUP TULANG:

IKLAN

Kuah Padu Lengkap Sambal Merah. Ini Baru Resipi Bihun Sup Utara Original!

  • 1 kg tulang – campur sedikit dengan daging pejal, urat atau lemak untuk menyedapkan lagi rasa
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2-3 inci halia – diketuk
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 4 biji bawang merah kecil – ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis (beli online disini)
  • 1/2 sudu teh bunga cengkih – ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
  • 3 biji bunga lawang (beli online disini)
  • 4 biji buah pelaga 
  • Sedikit batang daun sup
  • Air secukupnya – hingga menutup daging dalam periuk. Jika nak lebih banyak kuah, lebihkan bahan-bahan lain juga.
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK SUP TULANG:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air. Rebus hingga daging empuk.
2. Kemudian masukkan garam dan perasa dengan secukupnya.
3. Jika suka, selepas sup siap dimasak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih goreng ke dalam kuah sup. Ia bertujuan menjadikan sup lebih sedap. Jika tidak suka, boleh abaikan.
4. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Tuang sup dan letakkan sambal merah. Nikmati panas-panas.

BAHAN CABAI / SAMBAL MERAH:

  • Cili kering siap kisar @ cili boh @ cili siap kisar
  • Sedikit bawang putih tumbuk
  • Sedikit bawang merah tumbuk
  • Asam keping @ air asam jawa @cuka secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK SAMBAL MERAH:

  1. Tumis bawang seketika kemudian masukkan cili. Masak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keeping, asam jawa atau cuka dengan secukupnya. Tambahkan gula garam serta gula secukup rasa.
  3. Jika tidak mahu menggunakan gula, boleh gantikan dengan sedikit sos cili. Kacau rata dan angkat.

BAHAN SAMPINGAN:

IKLAN

Kuah Padu Lengkap Sambal Merah. Ini Baru Resipi Bihun Sup Utara Original!

Kredit resipi & foto: Zaini Talib

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Resipi Daging Palembang Warisan Ibu Mertua. Memang Sedap & Patut Dicuba

Sedap & Tak Muak. Ini Tip Masak Ayam Buttermilk Mudah Tanpa Guna Banyak Bahan

Cara Mudah Buat Kuih Bakar Pandan Sedap Guna Acuan Muffin

Mertua Kongsi Petua Buat Cucur Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan. Begini Caranya

Mertua Kongsi Petua Buat Cucur Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan. Begini Caranya

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI