Bila bulan puasa je macam-macam jenis dessert kita jumpa, tak kisah yang dijual di Bazar Ramadan atau buat sendiri, mana kan tidak rasanya yang manis dan dihidangkan sejuk memang sedap sebagai pemanis mulut. Kalau korang nak cuba, ini RASA kongsikan tiga dessert untuk sesuai untuk korang semua cuba bulan puasa nanti.

3 Puding Mudah Disediakan & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka.

AGAR-AGAR GULA MELAKA:

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 1 peket serbuk agar-agar (10gm)
  • 1 liter air
  • 200g gula melaka
  • 1/4 cawan gula

BAHANB:

  • 100ml santan pekat  |santan kotak
  • 150ml air
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan A.
  2. Masak hingga larut.
  3. Campurkan pula bahan B, kemudian campurkan dalam A setelah mendidih.
  4. Terus kacau, apabila mendidih semula tutup api.
  5. Masukkan dalam acuan.
  6. Sejukkan sebelum dihidangkan

3 Puding Mudah Disediakan & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka.

TRUFFLE KASTARD BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN:

KEK SPAN VANILA

  • 4 biji telur
  • 180gm gula halus
  • 170gm tepung kek
  • 70gm air
  • 1 sudu the baking powder
  • 15gm ovellete
  • 50gm minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 tin buah-buahan cocktail

KRIM KASTARD

BAHAN A:

IKLAN
  • 530ml susu penuh krim
  • 105gm gula kastor

BAHAN B: guna hand wisk

  • 3 kuning telur
  • 60gm tepung Jagung
  • 1 sudu teh esen vanila

BAHAN C:

  • 53gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian ayak.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecualiminyak jagung
  3. Putar dengan kelajuan perlahan dulu.
  4. Bila nampak bersatu, tukar kelajuan laju dan putar hingga ringan dan gebu.
  5. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula. Gaul rata.
  6. Kemudian tuang di dalam loyang  8 inci yang dilapik dengan kertas kek dan disapukan mentega sekelilingnya.
  7.  Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170C.
  8. Bakar selama 30 – 35 minit
  9. Setelah kek betul-betul sejuk, potong bentuk kuib.
  10. Sementara itu, sediakan krim kastard, campur Bahan A dalam periuk.
  11. Masak atas api sampai timbul gelembung.
  12. Tuangkan sedikit dalam bahan B, kacau sebati
  13. Seterusnya masukkan bahan tersebut ke dalam periuk bahan A.
  14. 1 4. Masak seketika dan masuk Bahan C. kacau sebati hingga berkilat.
  15. Masukkan kastard dalam piping bag supayadan simpan dalam peti sejuk sebelum sedia digunakan..
  16. Untuk menghidang, potong cube kek tadi dan susun dalam gelas.
  17. Paip custard dan lapiskan pula dengan buah cocktail.
  18. Ulang sampai atas gelas.

 3 Puding Mudah Disediakan & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka.

CHO FUDGE & CHOC CREAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung
  • 1 1/2 sudu teh baking soda
  • Secubit garam
  • 250gm mentega
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan buttermilk

CHOCOLATE BUTTERCREAM:

  • 170gm mentega
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanilla.
  • 2-3 sudu makan whipping cream

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bancuhkan serbuk koko dengan air panas, kacau dan ketepikan.
  2. Campurkan tepung, soda dan garam, kemudian ayak bersama.
  3. Putar mentega, gula kastor dan gula perang.
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, kemudian tambahkan vanilla.
  5. Akhir sekali masukkan buttermilk dan tepung secara berselang seli.
  6. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 25 minit dengan kepanasan 165C.
  7. Untuk menyediakan butter cream , putar mentega dan gula ising hingga lembut.
  8. Masukkan serbuk koko dan vanila, gaul rata dan tambahkan whipping cream.
  9. Kacau rata hingga lembut dan gebu.
  10. Untuk menghidangkannya, potong kek bentuk kiub. Masukkan sedikit dalam gelas.
  11. Paipkan krim coklat menggunakan piping bag dan lapisankan semua kek dan akhiri dengn lapisan krim coklat.
  12. Akhir sekali taburkan coklat di atasnya.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI