Baked Mango Cheesecake

Baked Mango Cheesecake. Bagi penggemar keju dan mangga, wajib cuba. Memang sedap. Ada rasa lemak keju dan mangga yang sedap. Anak-anak gerenti suka.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Suhaida Mohd Sani ini. Waktu ini dia membuat kek ini sempena hari jadi anaknya.

Baked Mango Cheesecake

 Bahan Puri Mangga:

3 biji mangga 

Base:

200gm biskut digestive

5 sudu makan mentega – boleh beli online di sini

Cheesecake:

500gm cream cheese – boleh beli online di sini

130gm gula kastor – boleh beli online di sini

3 biji telur gred B

1 bekas plain yogurt – boleh beli online di sini

IKLAN

200gm puri mangga

25gm tepung jagung – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Baked Mango Cheesecake. Lemak Berkrim Kegemaran Anak-Anak

Untuk membuat puri mangga; kisar halus mangga dengan sedikit gula dan masak dengan api kecil sehingga pekat. Sukatan gula ikut cita rasa nak manis macam mana ye.

Untuk membuat base; Kisar halus biskut dan gaul dengan mentega. Padarkan dalam loyang alas baking paper. Simpan dalam chiller.

Untuk membuat kek; Pukul cream cheese dan gula sampai lembut gebu. Masukkan tepung jagung dan yogurt dan pukul lagi. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan puri mangga dan pukul lagi.

Baked Mango Cheesecake. Lemak Berkrim Kegemaran Anak-Anak

Tuang adunan dalam loyang base tadi dan bakar secara waterbath. Suhu sekitar 150 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan nampak kering dan perang sikit.

IKLAN

Baked Mango Cheesecake. Lemak Berkrim Kegemaran Anak-Anak

Keluarkan loyang berisi air panas tadi dan biarkan kek dalam oven sekitar 1jam dengan pintu terbuka sikit. Then boleh masukkan kek dalam chiller selama 4jam ke atas untuk bagi set sebelum potong.

Baked Mango Cheesecake. Lemak Berkrim Kegemaran Anak-Anak

Bolehlah letak filling mangga atas permukaan kek. Siap untuk dipotong. 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

IKLAN

Kek Lumut Keju Super Sedap Dan Tak Muak

Kek Puding Susu Penuh Rasa Lemak Manis Yang Sedap

Biskut Chocolate Almond Cluster Viral, Guna Tiga Bahan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI