Tinggal sendirian dalam rumah tapi tekak terasa nak makan kek coklat homemade atau dibuat sendiri. Supaya tak membazir boleh gunakan sukatan yang dikongsi oleh Jebat Shima.
Dengan sukatan empat sudu bahan, tetap terhasil kek coklat yang enak dalam kuantiti yang cukup untuk dimakan oleh seorang atau dua ahli keluarga.
Resipi kek coklat ringkas sukatan 4 sudu
Bahan-bahan
4 sudu gula
1 biji telur
4 sudu minyak
4 sudu serbuk koko
4 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh baking pawder
1/2 sudu teh sodabikarbonat
Ads
Cara membuat
Campurkan gula dan telur, kacau guna garpu saja.
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau sebati.
Ads
Sediakan empat cawan plastik, tuang adunan ke dalamnya.
Kukus 15-25 minit.
Ads
INFO: Jika mahu kuantiti lebih banyak, gandakan saja adunan.
Korang dah pernah rasa kek viral ni ? Kek ni memang super yummy mana tidaknya dengan topping keju yang mewah diganding pula dengan coklat memang tak boleh bawa bincang. Nikmatnya buat tak keruan. Kek coklat ini dahlah lembap, gebu dan cair di mulut. Raya Haji pun dah tak lama lagi , boleh hidangkan bila saudara mara berkumpul nanti.
Tornado Chocolate Cheese Cake Bahan-bahan: (A) Kek Coklat 1 cawan susu pekat* 1 cawan susu cair* 1 cawan butter cair / minyak jagung* 1 cawan cocoa powder* 1 cawan gula* 1/2 sudu teh garam* 4 biji telur saiz sederhana 1 cawan tepung gandum 1 sudu teh rata serbuk penaik 1 sudu teh rata soda bikabornat 1 sudu teh esen vanilla
Cara memasak: 1. Campurkan bahan-bahan yang bertanda (*) dalam periuk, kacau sebati. 2. Panaskan campuran tadi hingga gula larut berkilat (jangan sampai mendidih) 3. Tutup api, rehatkan sebentar. 4. Dalam bekas yang lain, pukul telur (menggunakan whisker sahaja) dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sebati. 4. Ayak tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat ke dalam campuran tadi, kacau sebati. 5. Tuang ke dalam loyang bersaiz lebar (sebab nak kek tu nipis), alas dengan baking paper. 6. Bakar pada suhu 180’C selama 23-30 minit (hingga masak) atau boleh juga dikukus .
Cara membuat: 1.Pukul cream cheese dan susu pekat hingga kembang 2.Masukkan whipping cream 3.Pukul hingga gebu.
(C) Chocolate ganache 250 gram Beryls dark choc 250ml Dairy Awhipping cream 2 sudu besar mentega
Cara membuat: 1.Panaskan whipping cream (jangan sampai mendidih) 2.Tuang pada choc, biar sebentar dan kacau rata.
Cara susun: 1.Susun lapisan kek coklat pada lapisan pertama kemudian cream cheese pada lapisan kedua dan seterusnya kek coklat pada lapisan ketiga . 2.Pada lapisan paling atas ratakan chocolate ganache sehingga mentupi kesemua bahagian kek dan cheese. 3.Akhir sekali, tabur choc flakes/choc nibs/choc rice (ikut suka). 4.Sejukkan.
Kredit: sarina seman
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
Kek Marble Pandan perkongsian saudari Farisha Sofea ni nampak sangat sedap. Bila sebut mengenai Kek Marble, memang ramai yang suka. Kek biasa-biasa je tapi rasanya sangat luar biasa. Dari budak kecil, hinggalah ke orang dewasa, semua menggemarinya. Kek ‘evergreen’ orang kata. Kalau nak buat sendiri, bahan-bahannya pun simple sahaja. Jom buat Kek Marble Pandan ni untuk kudapan anda dan keluarga. Pasti berselera menikmatinya.
1.Satukan kesemua Bahan A. Pukul sehingga kembang dan gebu .
2.Masukkan Bahan B. Kaup balik adunan sehingga sebati .
3.Bahagikan kepada dua bahagian sama rata.
4.Satu bahagian dibiarkan sebagaimana adunan asal, satu bahagian lagi masukkan Bahan C. Kacau sebati.
5.Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan alaskan dengan kertas pembakar.
6.Kemudian tuangkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang ( empunya resipi guna loyang saiz 9x9x3″ )
7.Hentakkan sedikit loyang untuk membuang buih. Pada masa yang sama, panaskan ketuhar.
8.Bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Ia mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing masing .
9.Setelah masak, terbalikkan kek di atas redai. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.