Orang Jawa mesti tahu akan masakan Ayam Ungkep. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak pandang lauk lain. Ia seperti rendang ayam. Ayam Ungkep sedap bila terasa pedasnya. Anda boleh tambah dan guna cili api ikut tahap kepedasan yang diingini.
Ayam Ungkep
Bahan-bahan:
2 batang serai -titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit hidup (Besar Ibu Jari)- tumbuk
Cili padi (Ikut kepedasan yang disukai) – tumbuk
Ketumbar Peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbuk
1 sudu kunyit serbuk (yang ni nak bagi warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup tak payah letak)
1 sudu makan asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara 1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau. 2.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Tutup Periuk hingga ayam masak. 3.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat..
Menu Ayam Masak Bawang Pulau Pinang ni nampak sedap dan menyelerakan. Menerusi perkongsian saudari Che Atie katanya menu ini adalah resipi top kalau di restoran-restoran Nasi Kandar di serata Penang. Wow…Boleh cuba ni. Cara buatnya pun mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM MASAK BAWANG PULAU PINANG
BAHAN-BAHAN:
6-7 ketul ayam – gaul garam kunyit 1 biji bawang besar – mayang halus – beli online disini 1 helai daun pandan – potong 4 1 tangkai daun kari Rempah 4 sekawan 2-3 ulas bawang putih – kisar jadi pes – beli online disini 1 inci halia – kisar jadi pes 1 biji bawang besar – kisar jadi pes. Asingkan kisaran bawang dan airnya 2 sudu makan serbuk cili – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini 1 sudu teh serbuk jintan manis dan jintan putih – beli online disini 1 sudu makan serbuk kari daging – beli online disini 1/2 sudu makan garam masala 1 sudu makan sos cili – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak dan goreng bawang yang dimayang halus hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
3. Ambil 1 senduk minyak gorengan tadi dan tumis daun pandan, daun kari serta rempah 4 sekawan.
4. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih. Kacau sebati.
5. Masukkan pes bawang terlebih dahulu. Kacau seketika kemudian barulah dimasukkan air bawang untuk kuah.
6. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging dan garam masala. Kacau lagi.
7. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.Kacau.
8. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Garam jangan terlalu banyak kerana ayam sudah mempunyai rasa. Gaul sebati dan biar kuah menjadi pekat.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati.
9. Akhir sekali masukkan bawang yang telah digoreng. Kacau rata.
10. Ayam Masak Bawang Pulau Pinang siap untuk dinikmati.
Hari raya kalau tak ada rendang di meja memang tak lengkap. Memang enak dimakan bersama ketupat mahupun lemang. Bolehlah hidangkan rendang ayam hijau ni buat tetamu yang berkunjung datang nanti. Semerbak bau aroma rendang buat berselera nak makan.
1 ekor ayam (dipotong 16)
1 kg santan
4 sekawan
2 sudu besar kerisik
5 keping asam keping
1/2 keping gula kabung
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
5 batang serai (dihiris nipis2)
1 inci halia
1 inci lengkuas
40 biji cili padi hijau
20 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
Minyak untuk menumis secukupnya
1.Panaskan minyak di kuali
2.Masukkan 4 sekawan
3.Tumiskan bahan-bahan tumis hingga garing
4.Masukkan ayam, santan, kerisik, asam keping, gula kabung
5.Apabila rendang kering atau separuh kering masukkan daun kunyit & garam
Enak dihidangkan dengan ketupat palas .
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.