Sajian Timur Tengah seperti Nasi Mandy ni, sudah menjadi menu kegemaran rakyat Malaysia. Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda. Namun ada juga yang risau nak masak sendiri Nasi Mandy kerana merasakan ia susah untuk dimasak. Mudah je kalau jumpa resipi yang ringkas seperti yang dikongsi oleh saudari Niq Ain ni. Jom cuba!
CARA MASAK NASI MANDY AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan beras jasmine pusagold
6-7 ketul ayam – rebus separa masak (simpan air rebusan ayam)
Sedikit serbuk kerutuk ( anggaran tidak sampai suku sudu pun) – beli online disini
Telur rebus
BAHAN TUMIS:
1/2 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih (tidak perlu hiris)
6 biji cili padi hijau
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
10 biji lada putih
CARA MEMASAK:
1.Rebus ayam bersama sedikit serbuk kunyit, gula, garam, lada hitam dan air secukupnya hingga 60% masak. Simpan air rebusan ayam. 2. Dalam periuk berlainan, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, bersama rempah 4 sekawan hingga sedikit kekuningan. 3. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk kerutuk. Jumlahnya cukup sekadar renjis-renjis sahaja (tidak sampai suku sudu). Sebatikan. 4. Masukkan ayam bersama air rebusan, beras yang telah dibasuh bersih, garam dan juga gula secukupnya. 5. Masukkan air dua kali ganda dari paras beras. Masak nasi hingga masak. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, nasi akan terpacak @ terjungkit bila sudah masak sempurna. Jika belum sampai tahap ini, tambah sedikit air dan masak guna api perlahan hingga masak sempurna. 6. Masukkan telur rebus dan Nasi Mandy ringkas sedia untuk dihidangkan.
Di kalangan warga selatan atau Johor, sup tulang merah ni memang cukup popular. Dihirup begitu sahaja atau makan dengan nasi dan roti, perrghh past ilicin pingan. Menurut empunya resipi Lailawati Ahmad sup ni main campak aje, InsyaAllah menjadi. Senang la kot membuatnya.
Kata empunya resepi sup tulang merah atau Bonesteak main campak taruk je ok. Nak tahu jadi ke tidak kenalah cuba kan..
SUP TULANG MERAH
BAHAN-BAHAN : • 6 kg tulang kaki kambing
Bahan-bahan rempah:
• 2 cawan sos cili
• 1 1/2 cawan sos tomato
• 1 cawan tomato puri
• 4 cawan lada kering blend (nak lebih pun ikut suka)
• Bawang merah 1 cawan setengah (bersihkan)
• Bawang besar 2 hingga 3 biji (bersihkan)
• Bawang besar dan bawang merah bersihkan | kisar
• Halia besar ibu jari kaki, | belah dua ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan dia
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Basuh bersih tulang-tulang lepas tu masukkan dalam periuk yang sesuai.
2. Masukkan bahan-bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
3. Bila dah nak dekat masak tulang-tulang tu baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya.
4. Letak sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi.
5. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada dekat tulang-tulang tu lembut.
6. Setiap 10-15 minit kacau-kacau sup tu, bila daging yang ada dekat tulang-tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
7. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit dan masaklah sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis ye.
. Resepi: Lailawati Ahmad FB : Petua & Resepi CitarasaKu
Sajian Cina memang terkenal di dunia kulinari antarabangsa.
Ni ada 5 aneka resipi terbaik dari Hotel Grand BlueWave, Shah Alam Selangor. Boleh lah dicuba cuti-cuti, ni ambik mood makan sajian Cina, kalau makan kat luar ni agak mahal juga.
1. AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
½ ekor ayam | bersihkan, potong kecil
Air secukupnya | untuk rebus
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200gm halia muda
75gm cuka putih
100gm gula
30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50gm tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK 1. Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan. 2. Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu. 3. Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak. 4. Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan. 5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan. 6. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Sedia dinikmati bersama nasi putih.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Rasa masam dan manis Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng
2. DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging rusa
150gm daun bawang | hiris
50gm hirisan halia
30gm bawang putih | cincang
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
BAHAN B
20gm serbuk ayam
10gm kicap
10gm sos tiram
5gm gula
10gm kicap pekat
CARA MEMASAK: 1. Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati. 3. Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang. 4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef:Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Aroma halia tambah kesedapan masakan Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
3. UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan. 3. Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata. 4. Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit. 5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Api perlu betul-betul besar.
Saiz hidangan: 2-4 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Lemak, masin dan manis yang seimbang Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
4. SUP ‘LOTUS ROOT’ BERSAMA AYAM DAN KURMA MERAH
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil dan bersihkan
600gm lotus root
20 biji kurma merah
10 keping tiram kering
1.5 liter air masak
CARA MEMASAK: 1. Potong lotus root secara membulat dan nipis, kira-kira 1cm. 2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam air masak dan stim selama 4 jam./ 3. Selepas 4 jam, tambahkan garam dan stim semula kira-kira 30 minit. 4. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 5 jam Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Rasa lotus root yang unik Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak Kukus
5. HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Choy Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum. 2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. 3. Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak. 4. Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.
Info chef:Warna sayuran masih hijau dan cantik kerana dimasak dengan api yang besar dan sekejap sahaja.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Ada rasa manis, masin dan lemak Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan goreng
Teringin Kuih Sagu yang lembut kenyal dan manis lemak rasanya ini. Buat saja sendiri kerana ini adalah kuih paling mudah membuatnya dan kos juga sangat murah. Kalau anda teringin dan belum pernah buat. Anda boleh cuba resipi yang RASA kongsikan ini. Percayalah sangat mudah menyediakannya.
KUIH SAGU BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan sagu mata ikan | Rendam dengan pewarna merah rose 1 1/2 jam
5 sudu makan gula pasir
Kelapa parut | putih sahaja & gaul dengan sedikit garam halus
CARA MEMBUAT:
1. Toskan sagu yang telah direndam tadi.
2. Masukkan dalam bekas dan gaul bersama gula.
3. Sudukan dalam acuan hingga sagu habis.
4. Kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan selama 25-30 minit.
5. Angkat dan sejukkan, kemudian keluarkan dari acua.
6. Gaulkannya dalam kelapa yang telah digaul dengan secubit garam dan telah dikukus sekejap untuk elakkannya dari cepat basi.
7. Sedia dihidangkan.