Bila anak-anak cuti sekolah, mak-mak mesti sibuk nak masak itu ini. Tak kurang juga yang tidak tahu nak masak apa lagi. Jangan risau kalau kering idea, ini RASA kongsikan enam menu telur yang mudah dan ringkas, bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je ye..
RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih| kisar
1 inci halia |kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai| hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
Ads
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih|kisar
½ inci halia|kisar
½ inci kunyit hidup|kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu.
Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur.
Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | direbus
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh rempah kurma
1/2 inci halia
1 helai daun pandan
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.
Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
5 biji cili padi| dihiris
5 biji bawang merah| dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar.
Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah| dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram |potong
Sedikit bunga kubis|potong
Sedikit daun sup|racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Food Institute of Malaysia (FIM)adalah pusat pengajian seni kulinari dan bakeri di Petaling Jaya ini tersohor dan banyak melahirkan tenaga Chef yang berjaya dalam industri makanan dan perhotelan. Di sini barisan pensyarahnya telah menyediakan 10 menu untuk meraikan Hari Jadi. Super lembut, gebu dan sedapnya.
Tapi ingat sambutan Hari Jadi buat di rumah aje bersama famili, pasti anak-anak suka. Yang bestnya menu Hari Jadi ini juga boleh dijadikan idea untuk berniaga makanan.
Jom semak menu yang disediakan Chef Fadza, Chef Nuruddin, Chef Hazim dan Chef Idris
1. ECLAIRE (CHOUX PASTE)
BAHAN-BAHAN :
A. Bahan choux pastri :
125 ml air atau susu cair
63gm mentega
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
44gm tepung roti
50gm tepung kek
157gm telur
Bahan inti krim:
250ml krim putar (topping)
1 sudu teh strawberi emulco atau cappucino | ikut kesukaan
CARA MEMASAK : 1. Satukan air, mentega, garam dan gula ke dalam kuali. 2. Didihkannya, campuran kena dibiarkan mendidih supaya mentega tidak pecah dan terampai di permukaannya. 3. Padamkan api dan masukkan kesemua tepung, dan kacau cepat-cepat. 4. Nyalakan kembali api sederhana dan kacau berterusan hingga membentuk bebola doh dan melekang dari tepi dinding kuali. 5. Alihkan dari api dan biarkan ia sejuk sedikit. 6. Alihkan doh ke dalam mangkuk adunan, pukul dengan kelajuan perlahan hingga doh suam dan tetapi terlalu panas untuk disentuh. 7. Dengan kelajuan sederhana pukul telur, tuang sedikit demi sedikitt. 8. Tunggu ia sebati sebelum ditambah, biarkan ia meresap sepenuhnya. Bila telur dah meresap pes sudah sedia. 9. Masukkan pes ke dalam beg piping bermuncung di hujung dan paipkan pes di atas dulang pembakar yang dialas kertas parchment. 10.Paipkan pes menjadi jaluran 2sm lebar dan 8sm panjang. 11. Bakar dalam suhu 125 C selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu ke 190 C dan biarkan dibakar hingga eclair nampak masak dan tidak lembab. 12. Ambil topping krim dan kacau hingga ia bertanduk dan masukkan pes cappucino atau pes strawberi, pukul hingga sebati. 13. Lubangkan dihujung dan isikan dengan krim, dan boleh juga dihiaskan atas permukaannya.
INFO CHEF : Doh harus dalam keadaan tidak terlalu panas, suam kuku supaya telur tidak masak bila dimasukkan dalam adunan. Hidangan untuk 5 keping.
2. FRUIT TARTLET
BAHAN-BAHAN:
Bahan kulit tart (pastri rapuh) :
187gm tepung kek
125gm mentega sejuk dipotong kiub
1/8 sudu teh garam
2-3 sudu besar air sejuk | dingin
Bahan krim pastri :
250ml susu cair
32gm gula (1)
1 biji kuning telur
1 biji telur
19gm tepung jagung
32gm gula (2)
15gm mentega
1/2 sudu teh esen vanila
Bahan inti :
300gm kulit tart | sudah dibahagikan ikut saiz acuan tart
150gm krim pastri
1 biji buah kiwi| dipotong kecil
4 biji buah strawberi | dipotong kecil
1 biji buah pic | dibelah dua
20gm aprikot glaze | mengilatkan permukaan
3 sudu besar air panas
CARA MEMASAK :
Cara memasak kulit tart (pastri rapuh): 1. Ayak tepung kek ke dalam mangkuk adunan (mixer). 2. Masukkan mentega dan garam ke dalam mangkuk adunan. Campur dan kacau dalam kelajuan sederhana sehingga sebati dan tiada ketulan 3. Renjiskan air sejuk, sedikit demi sedikit dalam adunan hingga membentuk doh. 4. Tutup doh dengan balutan plastik dan masukkan ke dalam chiller peti sejuk.. Biarkan doh rehat selama 20 minit. 5. Taburkan sedikit tepung dia atas doh atau penggelek kayu (rolling pin) .Gunakan cukup sekadar mengelakkan ia melekit, usah terlalu banyak kerana ia boleh mengeraskan doh. 6. Ratakan doh dan tebarkan dan canaikan hingga 3mm ketebalan yang seragam. 7. Canai dari tengah menghala keluar hingga membentuk bulatan. Bahagikan ikut acuan tart. 8. Tekan doh di dalam acuan tart dan keliling dinding acuan. 9. Tekan dan jangan regang, kerana meregang akan membuatkan ia mengecut semasa dibakar nanti. 10. Biarkan doh rehat kira-kira 10 minit. 11. Isikan inti dan bakar 15-20 minit dalam suhu 210 C atau perang keemasan.
Cara memasak krim pastri : 1. Di dalam kuali larutkan gula ke dalam susu dan biar mendidih. Alihkan daripada api. 2. Dalam mangkuk berasingan, pukul kuning telur dan telur. Kacau hingga sebati. 3. Masukkan tepung jagung dan gula (2) ke dalam campuran telur. 4. Masukkan campuran telur ke dalam larutan susu panas tadi, dan pukul perlahan. 5. Campuran adunan tadi dimasak hingga mendidih, dikacau sekali sekala. 6. Apabila adunan mendidih dan pekat , alihkan daripada api 7. Masukkan mentega dan esen vanilla dan kacau hingga mentega cair 8. Biarkan sejuk,diketepikan dan digunakan sebagai ramuan inti nanti.
Cara memasak inti : 1. Sediakan kulit tarlet ( tart shell). Biarkan ia sejuk. 2. Paipkan krim pastri ke dalam shell dan hiaskan dengan buah-buhan yang sudah dipotong. 3. Di dalam kuali masukkan aprikot glaze dan air panas. Masak atas api perlahan hingga campuran larut. 4. Guna berus pastri, dan sapukan glaze di permukaan tart
INFO CHEF : Sebelum mencanai doh pastikan ia sudah direhatkan 20 minit dalam peti sejuk untuk mengelakkan doh mengecut .
3. BROWNIES
.
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
100gm gula kastor
60gm gula perang
2 biji telur
40gm coklat gelap | dicincang halus
100gm tepung kek
40gm serbuk koko
Secubit garam
90gm coklat gelap | dipotong kiub
30gm walnut | dicincang
CARA MEMASAK : 1. Ambil periuk dan masukkan mentega, gula kastor dan gula perang. Masak dengan api sederhana dan kacau hingga mentega cair dan menjadi berkilat. 2. Biarkan campuran mentega menjadi suam kuku. Kemudian baru masukkan telur. Kacau hingga sebati jangan dipukul telur kerana ia boleh menyebabkan adunannya mengembang dan rapuh. 3. Masukkan coklat yang dicincang kacau hingga coklat cair. 4. Ayak tepung kek, serbuk koko dan garam bersama. Lipat kaup tepung ke dalam campuran coklat tadi. 5. Masukkan coklat gelap (kiub) dan walnut dan kacau hingga sebati. 6. Griskan tin pembakar (empat segi 6 in) atau alaskan dengan kertas parchment. 7. Tuangkan adunan di dalam tin pembakar dan bakar dalam suhu 180 C selama 15-20 minit.
INFO CHEF : Cairkan mentega bersama gula hingga mentega cair dan berkilat. Usah masak gula hingga terlalu larut. Mentega yang berkilat akan menghasilkan kesan kilat dan lapisan rapuh pada brownies.
4. CHICKEN SLIDERS (ALA BURGER)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tomato salsa :
2 biji tomato | dibuang biji dan dadu
20gm daun bawang| dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang
20gm daun ketumbar | dihiris halus
20gm jalapenos | dicincang halus
25ml jus lemon
Sedikit serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan (patty) kepingan daging :
30gm bawang besar | dicincang halus
30gm daun saderi | dicincang halus
30gm lobak merah | dicincang halus
50ml minyak masak
200gm ayam kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
1 biji putih telur
20gm serbuk roti (breadcrumbs)
Bahan melengkapi chicken sliders :
30gm kepingan ayam chicken sliders (patty)
Kepingan bun roti secukupnya
30gm mentega
50ml mayonis
200gm daun lettuce
Tomato salsa secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara memasak tomato salsa : 1. Satukan kesemua ramuan dan gaulkan.Dan masukkan dalam peti sejuk.
INFO CHEF : Bahan yang segar akan menyebabkan ia tahan lama dan penampilan chicken slider yang menarik.
Cara memasak kepingan Chicken Sliders Patty : 1. Masukkan bawang besar, saderi dan lobak merah di dalam minyak, tumis hingga lembut, biarkan sejuk. 2. Satukan bawang besar,saderi, lobak merah, ayam kisar, putih telur, dan serbuk roti dalam mangkuk. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Gaulkan agar bercampur rata. 3. Bahagikan adunan kepada 65gm, bentukkan dalam kepingan (patty) yang tebal.
INFO CHEF : Cuba gril dulu dalam satu sudu besar adunan patty untuk memastikan keenakan rasanya
Cara penyediaan Chicken Sliders: 1. Mula-mula gril patty sliders sehingga masak. 2, Sementara itu, sediakan roti dan sapukan dengan mentega di atas permukaan kedua dua belah roti dan diikuti dengan mayonis 3. Kemudian letakkan daun lettuce dan tomato salsa di satu bahagian. 4. Bila kepingan patty ayam sudah masak, letakkannya dan tutup dengan roti sebelah lagi. 5. Sedia untuk dihidang.
INFO CHEF : Elakkan daripada mencucuk kepingan ayam masa memasak agar ia lebih berjus.
5. SPICY CHICKEN FINGERS WITH CITRUS SAUCE
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk jejari ayam :
100gm tepung gandum
2 biji telur
50gm serbuk roti (breadcrumbs)
100gm fillet (isi) ikan dory – potong jejari
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Serbuk paprika secukup rasa
Serbuk cajun secukup rasa
20ml minyak masak untuk menggoreng
Bahan sos citrus :
35ml jus oren
35ml jus anggur
35ml jus epal
Gula secukup rasa
Sedikit perahan jus lemon
CARA MEMASAK : Cara memasak jejari : 1. Masukkan tepung di dalam kuali, telur dipukul dalam mangkuk berasingan dan serbuk roti dalam kuali lain. 2. Perap dengan paprika dan cajun dan perasakan ikan dengan garam dan lada sulah. 3. Salutkan fillet ikan ke dalam tepung, telur dan akhir sekali serbuk roti. Tekan dan golekkan fillet atas serbuk roti. 4. Goreng fillet hingga perang keemasan. 5. Toskan dan hidangkan segera dengan sos citrus.
INFO CHEF: Untuk elakkan lembik masak dan makan segera ketika masih garing. Usah simpan lama.
Cara masak sos citrus : 1. Sediakan semua ramuan jus dan satukan dalam satu mangkuk. 2. Sediakan kuali dengan api perlahan dan tuangkan jus ke dalamnya. Kacau. 3. Masukkan gula secukupnya. Jumlah yang diperlukan bergantung kepada kemanisan jus, usah terlalu manis. 4. Masukkan sedikit jus lemon. 5. Jika sos terlalu cair, boleh renehkan dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diingini. 6. Boleh dihidang sejuk atau suam.
INFO CHEF : Selalu pastikan kepekatan kerana ia akan menjadi lebih pekat bila dibiarkan terus menerus di atas api.
6. EMPANADAS
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk kulit :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
1/2 cawan lemak sayuran (shortening)
1 biji telur gred b
3/4 cawan air pati ayam (sejukkan)
Bahan inti empanadas :
2 sudu besar minyak zaitun
250gm daging kisar
1 kiub pati daging
4 sudu besar pati tomato
1 sudu teh serbuk cili
250ml air
1 sudu teh oregano kering
1/2 ulas bawang putih | dicincang
1/2 biji lada benggala hijau | dipotong dadu kecil
1/2 biji lada benggala merah | dipotong kecil
500ml minyak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK : Cara memasak kulit empanadas : 1. Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam, gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan lemak sayuran pejal dan gaul dengan jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti. 3. Pukul telur bersama air pati ayam yang masih sejuk sehingga sebati. 4. Masukkan cecair tersebut ke dalam adunan tepung tadi secara perlahan sambal diuli sehingga tidak melekit selama 5-10 minit. 5. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit (bolehlah sediakan inti pula)
INFO CHEF : Gunakan air yang masih sejuk untuk elakkan lemak sayuran cair. Elakkan menguli terlalu lama untuk membuat kulit empanadas yang lembut. Hidangan untuk empat orang.
Cara memasak inti empanadas : 1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, bawang merah, pati tomato, serbuk cili hingga naik bau, kemudian masukkan daging kisar Kacau hingga sebati. 2. Masukkan air bersama kiub pati daging. 3. Apabila air mula mengering masukkan lada benggala hijau dan merah, kacau sehingga kering dan daging masak
INFO CHEF : Pastikan inti kering untuk elakkan doh kulit menjadi lembik jika kandungan air tinggi.
Cara penyediaan (gabungan adunan doh empanadas dan inti) 1. Keluarkan aduan yang direhatkan di dalam peti untuk diuli. 2. Tabur tepung di atas permukaan meja untuk elakkan doh melekat di meja. 3. Uli adunan sehingga nipis lalu ditekan dengan menggunakan pemotong bulat atau cawan kopi. 4. Letakkan inti tadi kemudian basahkan di hujung adunan dengan menggunakan putih telur untuk memastikan empanadas melekat. 5. Tekan dengan menggunakan garpu agar ia melekat lebih kuat. Sedia untuk digoreng 6. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng sehingga kuning keemasan
INFO CHEF : Untuk lebih nampak menarik, masukkan lemak sayuran (shortening) ke dalam minyak sebelum digoreng
7. CHEESE RISOTTO BALLS
BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras arborio
3 cawan air pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar | dicincang
1/2 cawan keju parmesan
250gm keju mozarella | dipotong dadu
2 biji telur
2 cawan serbuk roti
1 cawan tepung gandum
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang bersama minyak zaitun sehingga kekuningan. 2. Masukkan beras arborio dan digaul selama 2 minit. 3. Kemudian, masukkan air pati ayam bersama keju parmesan chese dan dikacau perlahan sehingga kering dan masak. 4. Bulatkan beras di atas tapak tengan lalu dileperkan untuk meletakkan mozzarella cheese ditengah. 5. Bulatkan kembali untuk dapatkan bentuk bebola. 6. Salutkan bebola tersebut dengan tepung kemudian telur dan akhirnya serbuk roti. 7. Bebola sedia digoreng sehingga kuning keemasan. Tos minyak dan hidangkan.
INFO CHEF : Basahkan tapak tangan dengan menggunakan air untuk mengelakkan beras melekat di tangan.
8. WILD MUSHROOM QUICHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan pastri (kulit) quiche:
187gm tepung kek
125gm mentega sejuk dipotong kiub
1/8 sudu teh garam
2-3 sudu besar air sejuk | dingin
Bahan inti:
55gm cendawan
20gm bawang besar
15gm bawang putih
2 tangkai thyme segar
5 biji tomato ceri
250ml krim masakan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK : Cara memasak kulit tart (pastri rapuh): 1. Ayak tepung kek ke dalam mangkuk adunan (mixer). 2. Masukkan mentega dan garam ke dalam mangkuk adunan. Campur dan kacau dalam kelajuan sederhana sehingga sebati dan tiada ketulan 3. Renjiskan air sejuk, sedikit demi sedikit dalam adunan hingga membentuk doh. 4. Tutup doh dengan balutan plastik dan masukkan ke dalam chiller peti sejuk.. Biarkan doh rehat selama 20 minit. 5. Taburkan sedikit tepung dia atas doh atau penggelek kayu (rolling pin) .Gunakan cukup sekadar mengelakkan ia melekit, usah terlalu banyak kerana ia boleh mengeraskan doh. 6. Ratakan doh dan tebarkan dan canaikan hingga 3mm ketebalan yang seragam. 7. Canai dari tengah menghala keluar hingga membentuk bulatan. Bahagikan ikut acuan tart. 8. Tekan doh di dalam acuan tart dan keliling dinding acuan. 9. Tekan dan jangan regang, kerana meregang akan membuatkan ia mengecut semasa dibakar nanti. 10. Biarkan doh rehat kira-kira 10 minit. 11. Isikan inti dan bakar 15-20 minit dalam suhu 210 C atau perang keema
Cara memasak inti quiche: 1. Tumis cendawan, bawang besar, bawang putih, tomato ceri dan thyme hingga naik bau. 2. Masukkan krim masakan dan biarkan mereneh selama 3 minit. 3. Biarkan campuran batter sejuk dan masukkan telur dan kacau. 4. Perasakan dengan garam dan lada sulah
INFO CHEF : Selain cendawan liar anda boleh juga guna cendawan butang atau cendawan shiitake
9. NASI PILAF CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
½ sudu besar minyak
1 bawang holland | potong dadu
2 ulas bawang putih (dicincang)
6 cendawan besar (dicincang)
4 cawan beras
4 cawan air
Garam dan lada (secukup rasa)
CARA MEMASAK : 1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cendawan. Masakkan cendawan sehingga layu. 2. Masukkan beras ke dalam periuk dan kacau kan bersama bahan yang ditumis tadi. Perisakan dengan garam. Biarkan masak selama 4 minit dengan api yang perlahan. 3. Tutupkan periuk dan biarkan nasi masak.
INFO CHEF : Elakkan menumis cendawan dengan kuantiti yang banyak sekaligus untuk mempercepatkan proses memasak.
10. NASI JAGUNG
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sm halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
1 cili benggala merah
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Basuh beras basmathi dan rendam selama 1 jam. Kemudian toskan air rendaman beras dan ketepikan. 2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dikisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili benggala yang telah dipotong dadu. 3. Masukkan susu cair, air secukupnya dan garam. 5. Masukkan beras dan jagung. 6.Pindahkan periuk dalam rice cooker & masak seperti biasa.
INFO CHEF : Setelah nasi masak, gunakan garfu untuk menggembur nasi supaya nasi dari beras basmati tidak patah.
RESIPI OLEH : Barisan pensyarah FOOD INSTITUTE of MALAYSIA dari Chef Fadza, Chef Nuruddin, Chef Chef Hazim dan Chef Idris Terima kasih : Chef Amir WEB : fim.edu.my FB : Food Institute Of Malaysia
INGIN KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI.
UNTUK MEMUDAHKAN MEMBELI BAHAN RAMUAN SNEK, ROTI DAN PASTRI DI ATAS, JOM LAYARI DI SINI
Asyik nasi goreng kampung je, apa kata kali ni kita cuba resipi nasi Goreng Ketam yang mudah dan rasa lain dari yang lain. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Nama pun Nasi Goreng Ketam, haruslah ada isi ketam bukan crabsticks tau! Jangan derhaka resipi.
Buat sendiri di rumah lagi puas hati, nak letak extra isi ketam pun takde hal. Resipi penuh Nasi Goreng Ketam ini telah di kongsikan oleh Fizalgk.
Jom kita cuba resipi lengkap ini.
NASI GORENG KETAM
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak masak 4 ulas bawang putih dicincang 1 biji telur 2 cawan nasi sejuk – di peroi 1/2 cawan isi ketam yang direbus 2 sudu teh kicap cair 1 sudu teh kicap sotong 1/2 sudu teh gula 1/2 sudu teh lada sulah 1 tangkai daun bawang dihiris nipis sedikit serbuk cili Thai
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna. Pecahkan pula telur sambil dikacau.
Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.
Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.
Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur. Lalu, matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai. potongan limau dan cili padi.
Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur aadd-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom cuba buat pes ikan pari bakar yang mudah ni. Maklumlah di bulan puasa ni, hidangan ikan bakarmemang antara sajian yang menjadi kegemaran ramai. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi pes ikan bakar ni memang sedap dan mudah disediakan. Malah nak bakar pun ada cara dan tak perlu guna arang pun. Resipi perkongsian saudari Rafiza Idayu ni sangat sesuai anda cuba!
PES IKAN PARI BAKAR MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
30 biji lada kering direbus
3 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lengkuas
1 sudu kecil belacan
Limau kasturi
Sedikit asam jawa
Ikan pari
Daun pisang
3 sudu teh gula
2 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar.
2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
4. Kisar semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati. Pastikan pes pekat.
5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.