Belum ada idea nak masak apa untuk minum petang? Waktu-waktu begini, memang best jika dapat menikmati secawan kopi bersama kuih muih atau sajian kegemaran. Setelah penat seharian menguruskan urusan keluarga dan kerja, waktu minum petang ni ibarat masa untuk ber ‘me time’ dan melepaskan lelah.
Sempena bulan kemerdekaan ini, RASA kongsikan buat anda 20 video Minit Ekspress dan Gerenti Jadi yang boleh dicuba. Semuanya mudah, sedap dan tentunya membuka selera. Jom cuba!
KOLEKSI VIDEO RESIPI MINIT EKSPRESS & GERENTI JADI
1. ROTI CANAI SOSEJ
2. SAGU GULA MELAKA
3. MARTABAK SAMYANG CHEESE
4. KUETIAU GORENG UDANG
5. CHOC CHIP SOFT COOKIES
6. SPAGETI TUNA
7. CLOUD BREAD
8. AISKRIM COKLAT 3 BAHAN
9. CINNAMON ROLL MUDAH
10. CHEESY GARLIC BUN
11. ROTI SARDIN PATTAYA
12. SCONES KELAPA
13. ROTI BUN KACANG MERAH
14. KEK CHEESE LELEH
15. MINI MURTABAK TELUR
16. APAM GULA MERAH DAUN PISANG
17. POKET KENTANG BERKEJU
18. BEEF PATTIES
19. DONUT GEBU
20. MAKARONI SCHOTEL
RASA GERENTI JADI & MINIT EKSPRESS, video masakan langkah demi langkah pastinya dapat membantu anda menyediakan sajian yang mudah, enak dan berkhasiat untuk keluarga setiap hari.
Nak masak apa? Semuanya ada. Lauk pauk Melayu tradisional, Barat dan Timur Tengah, kuih muih manis dan pedas aneka rupa, sajian mi dan pasta pelbagai rasa, kek, biskut, minuman, sajian pencuci mulut yang mudah dan bermacam-macam lagi.
Semuanya lengkap dengan sukatan bahan-bahan dan juga cara memasak bagi memudahkan anda untuk mencubanya. Jadi walaupun baru pertama kali cuba, tak perlu risau. Pasti sempurna hasil masakannya.
Video Gerenti Jadi & Minit Ekspress boleh ditonton melalui:
Website: https://www.rasa.my/
Facebook: https://www.facebook.com/majalahrasa
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCLjYzGNfHvu5759qv6b2cHQ
Instagram: https://www.instagram.com/majalahrasa/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uniknya! Resipi Bunga Kantan Goreng Ni Memang Sangat Sedap
Pernah cuba sajian Bunga Kantan Goreng? Biasanya bunga herba ini digunakan dalam penyediaan laksa, asam pedas, hirisan ulam dan sebagainya sahaja. Tapi bila bab goreng tumis macam ni, macam sesuatu yang baru. Unik bukan? Rupa-rupanya boleh juga dimasak goreng sebegini. Ia menggunakan bunga kantan yang telah kembang mekar dan dihiris halus. Sedap dimakan bersama nasi putih. Rasanya yang harum dan sedikit masam memang menambah selera. Jom cuba resipi perkongsian Ernieadilah Zulk ni. Pasti puas hati.
RESIPI BUNGA KANTAN GORENG YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Bunga kantan mekar
Bawang merah – beli online disini
Cili padi
Ikan bilis – beli online disini
Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ambil bunga kantan yang mekar. Kupas kelopaknya. Jika keras, hiris sedikit.
2. Tumis hirisan bawang dan cili bilis sampai naik bau.
3. Kemudian masuk hirisan bunga kantan. Tumis hingga bunga kantan sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Seimbangkan rasa supaya ada rasa masin, pedas dan masam.
INFO: Bunga kantan sudah mempunyai rasa masam semulajadi. Jadi tidak perlu tambah asam keping.
Kredit resipi & foto: Ernieadilah Zulk
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Mini Tortilla Nuget Ayam. Snek Homemade Mudah Untuk Anak Suka Makan
Miliki E-Cookbook Ekslusif “30 Hari Resepi Shiok & Senang” Secara PERCUMA Sepanjang Disember Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka!
Menu pasar malam untuk hidangan di bulan Ramadan sememangnya menjadi fenomena. Semua akan berpusu-pusu ke bazar untuk membeli makanan. Apa kata kali ini kita buat sendiri terutama untuk berbuka di hujung minggu bersama keluarga. Makan ramai-ramai mesti lebih meriah, sedap dan dapat berjimat. Cubalah 8 resipi menu pasar malam ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.
1. NASI KERABU
NASI BIRU
BAHAN-BAHAN:
- 1 gengam bunga telang
- 2 1/2 cawan beras
- 3 cawan air rendaman bunga telang
- 5 helai daun limau purut ~ di koyak-koyak
- 1 batang serai ~ di titik
- garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bunga telang, cuci bersih. Masukkan dalam bekas berisi air dan ramas-ramas. Biar seketika.
- Kemudian tapis, beras di cuci bersih. Toskan. Tuangkan air rendaman bunga telang
- Biar sebentar hingga warna serap pada beras.
- Masukkan serai, daun limau purut dan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa.
DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging batang pinang | cuci bersih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
Bahan kisar
3 tangkai cili kering | potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
1 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Daging dicuci bersih dan toskan
- Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
- Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat lumurkan pada daging
- Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman. Esoknya, bolehlah bakar.
- Anda boleh bakar dengan ketuhar atau menggunakan dapur arang. Kalau nak bakar dalam magik pan pun boleh.
GULAI TUMIS ATAU KUAH TUMIS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan pekat
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai | dititik
1 keping asam keping
3 sudu makan budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut.
Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air - Panaskan minyak dalam kuali
- Tumiskan bahan kisar dan serai yang di titik hingga garing
Tambahkan air jika kuah terlalu kering - Kemudian masukkan santan. Biarkan ia merenih sebentar sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak
- Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa. Biarkan kuah pekat.
SAMBAL KELAPA ATAU SERUNDING KELAPA IKAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan kembung, disiang, cuci bersih dan rebus. Letak asam keping dan garam sedikit ketika merebus ikan.
- Bila ikan dah empuk, angkat dan asingkan isinya.
- Kelapa parut pula disangai dalam kuali tanpa minyak. Sentiasa kacau supaya kelapa tidak hangus. Bila sudah masak, angkat.
- Bawang merah dan serai ditumbuk lumat
- Isi ikan kembung juga ditumbuk lumat
- Masukkan kelapa sangai dalam lesung dan tumbuk lumat juga
- Gaulkan semua bahan yang ditumbuk. Perasakan dengan garam dan gula.
AIR LADA
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili padi
2 biji limau kasturi
Sedikit gula Melaka
Sedikit garam
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan kisar
- Atau jika suka kasar boleh tumbuk lumat
- Perahkan asam limau
SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
CARA MEMASAK:
- Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya.
- Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
- Kelapa parut disangai.
- Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
- Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi. Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
- Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam.
- Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya. Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk, tuangkan santan, rebus hingga masak.
- Boleh juga di kukus
ULAM ULAMAN
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun | potong bulat kemudian hiris halus
1 kuntum bunga kamtan | belah 4 dan hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 kelopak kubis | buang batang tengah dan hiris halus
Daun kesum | hiris rampai
3 biji kacang botol | potong 2 hiris halus
1 mangkuk taugeh
CARA MEMASAK:
- Semua sayur-sayur di cuci besih dahulu, kemudian keringkan.
2. Potong atau hiris halus sayur-sayuran dan ulam-ulaman kecuali taugeh
3. Satukan dan gaul rata.
INFO CHEF: Jika nak enak lagi boleh lah tambahkan budu. Mudah aje buatnya, tuang budu dalam mangkuk, hiris bawang merah dan cili padi, perahkan asam limau dan boleh di nikmati.
Tambahan lauk goreng keropok ikan dan telur masin. Bahan ini kita sediakan 1 hari awal supaya persedian kita untuk memasak esok hari lebih mudah dan ringkas.
….…………………………
2. CENCARU SAMBAL KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan cencaru
- 100gm kelapa parut
- 5 biji cili padi | ditumbuk lumat
- 1 biji cili merah | ditumbuk lumat
- 2 ulas bawang merah | ditumbuk lumat
- 2 batang serai | ditumbuk lumat
- 2cm kunyit | ditumbuk lumat
- Sedikit belacan bakar | ditumbuk lumat
BAHAN AIR ASAM:
- 1 sudu teh asam jawa
- 1 biji limau nipis
- Sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan belah belakangnya. Ketepikan.
- Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut. Sumbat ke dalam perut ikan.
- Bakar ikan lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
- Bagi menyediakan air asam, satukan kesemua bahan dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam serta gula.
- Sedia untuk dihidangkan bersama cencaru bakar tadi.
Info chef: Selain dibakar, ia juga boleh digoreng.
….…………………………
3. KUETIAU GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kuetiau
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 ulas bawang putih | diketuk
- 2 sudu makan cili kisar
- 4 sudu makan kicap manis
- 2 tauhu goreng | dipotong kecil
- 300gm udang
- 1 mangkuk daun kucai | dipotong 1 inci
- 1 mangkuk taugeh
- 1 biji tomato | dipotong kecil
- Garam secukup rasa | jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panas minyak masak dan tumis bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan udangdan kuetiau. Kacau rata.
4. Masukkan tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan cili jeruk
INFO CHEF: Untuk lebih pedas nikmati bersama cili api jeruk.
….…………………………
4. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
- 3 ulas bawang merah
- 2cm halia
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
- Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
- Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
- Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
- Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Ayam lebih sedap dibakar menggunakan dapur arang atau dapur kayu.
….…………………………………
5. LAKSAM KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 360gm tepung beras
- 6 sudu makan tepung jagung
- 1500ml air
- ½ sudu teh garam
BAHAN LAIN:
- 3 biji telur rebus | dihiris
- Daun salad secukupnya | dihiris
- ½ batang timun | dihiris
- 4 tangkai kacang panjang | dihiris
- Sambal belacan secukupnya
BAHAN KUAH:
- 3 ekor ikan sardin
- 250ml santan
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2 biji bawang besar | dikisar
- 2.5cm halia | dikisar
- 2.5cm lengkuas
- 1 batang serai | dikisar
- 2 sudu makan kerisik
- 2 kiub pati ayam
- Lada sulah secukupnya
- Asam keping secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
- Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
- Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
- Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
- Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
- Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. Kacau sebati. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak laksam, boleh gantikan dengan laksa beras atau laksa kering yang direbus.
….………………….
6. ROTI JALA
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu besar minyak
- 2 1/2 cawan susu segar
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan di atas menggunakan blender. Sedia untuk dijala.
KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam secukupnya
- 1 1/2 biji bawang besar | hiris
- 6 biji bawang putih | hiris
- 2 inci halia | hiris
- 10 sudu besar serbuk kari
- 1 kotak santan kotak
- 4 kotak air
- 2 biji kentang | dipotong kecil
- Daun kari
- Asam keping
- Rempah 3 sekawan | kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris.
- Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.
- Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.
- Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula. Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api.
INFO CHEF: Kuah kari ayam untuk dimakan dengan roti jala mestilah sedikit pekat. Guna serbuk kari dan bawang yang agak banyak. Ubi kentang juga membantu memekatkan kuah kari.
….…………………………..
7. ROJAK AYAM GORENG KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 ulas bawang merah | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 100 gm cili kering | rendam air panas hingga lembut dan kisar
- 1/2 cawan air asam jawa
- 300 gm kacang tanah
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 senduk gula
- 1 buku gula melaka
- 1 kiub ikan bilis
- 2 sudu makan Planta
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.
- Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
- Masukkan lada kering dan tumis hingga naik minyak dan garing.
- Masukkan air asam jawa, gula melaka, kiub ikan, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.
- Masukkan kicap dan tambah air jika terlalu pekat.
- Bila kuah dah didih masukkan kacang tanah kacau rata. Tambahkan planta supaya kuah kelihatan sedikit berkilat.
Bahan-bahan yang dimakan bersama rojak ayam:
- Timun | diracik halus
- Tauhu | digoreng
- Ayam | digoreng dan dipotong atau disiat2
- Ubi kentang | digoreng
- Telur | direbus
- Cucur Udang
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg tepung gandum
- 1 cawan air mendidih
- 1 3/4 cawan air biasa
- 15 ekor udang
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- Taugeh secukup rasa
- Daun kucai | kerat 1 inci
- 1 biji cili merah | hiris halus
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
- Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
- Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul-ketul sedikit).
- Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
- Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
- Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
INFO CHEF: Mee kuning juga sesuai dimakan bersama-sama dengan rojak ayam.
….…………………………..
8. MIHUN SUP UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang dan daging.
- 1 bungkus bihun
Bahan untuk rempah tumis:
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 3 biji bunga lawang
- 3 tangkai cengkih
Bahan untuk dikisar:
- 5 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu makan lada hitam
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan putih
- Dipotong dadu besar:
- 1/2 biji lobak merah
- 2 biji kentang sederhana besar
- 2 biji tomato (potong 4)
Bahan untuk sambal cili:
- 4 sudu makan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
- 3 biji bawang merah |dikisar.
- 3 ulas bawang putih| dikisar.
- 1/2 biji bawang besar |dikisar.
- garam dan gula secukup rasa.
Bahan untuk hiasan:
- 200 gram lobak masin |dicelur
- 2 tangkai daun bawang
- 3 tangkai daun sup
- Bawang goreng secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
- Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
- Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
- Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
- Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
- Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
CARA MEMASAK SAMBAL:
- Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
- Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
- Sementara itu, rendam bihun di dalam air yang dicampur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
- Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
- Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan,
- Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!
INFO CHEF: Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.
Sardine Roll. Buat Banyak Boleh Frozen
Sardine roll. Buat banyak sekali gus, boleh frozen. Kalau nak makan, keluarkan dan goreng. Mudah kan?
Lagi satu, bila buat sendiri, lebih jimat dan kita boleh adjust rasa ikut selera kita sendiri. Betul tak?
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Izz Aisyah ini ye. Selamat mencuba.
Sardine Roll
Bahan-Bahan Untuk Kulit:
3 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung beras – boleh beli online di sini
2 sudu besar marjerin – boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung – boleh beli online di sini
1/4 cawan minyak masak/minyak jagung– boleh beli online di sini
Sedikit garam – boleh beli online di sini
Air sedikit (uli nanti agak-agak je sampai tepung tak lekat)
Bahan-Bahan Untuk Inti Sardin:
1 biji bawang merah ( potong dadu ) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih ( cincangkan ) – boleh beli online di sini
1 tin sardin (buang tulang, isi ikan dilenyek sampai hancur )
2 sudu sos cili – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Ajinomoto (pilihan) – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Untuk memasak inti sardin; Tumiskan bawang merah dan bawang putih tadi sampai kuning. Masukkan sardin tin yang dilenyek tadi bersama kuahnya.
Masukkan sos cili. Perasakan dengan gula, Ajinomoto ( tak nak bubuh pun tak apa) dan garam secukup rasa. Gaul rata , biarkan inti tadi masak dan kering. Boleh tutup api. Inti ni kalau ada yg nak letak kentang pun boleh. Ketepikan.
Untuk membuat doh; Cairkan marjerin bersama minyak di atas api, masak sampai marjerin larut. Tutup api.
Masukkan tepung gandum,tepung beras, tepung jagung dan garam dalam mangkuk, gaulkan sampai jadi macam serbuk roti.
Lepas itu tuangkan marjerin dan minyak tadi. Uli sampai rata. Kemudian Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tadi tak melekat. Rehatkan doh dalam 10 minit.
Bulatkan doh tadi ikut besar mana yang kita nak dan gelekkan sampai nipis. (Pastikan gelek sampai nipis, supaya nanti dah masak kulit dia tak tebal)
Kemudian masukkan inti dan toreh hujung kulit sardin roll ni dengan pisau ( tengok gambar).
Dah siap semua, panaskan minyak dan bolehlah goreng. Api perlahan je tau supaya masak sekata luar dan dalam. Siap.
Lebihnya boleh masukkan dalam bekas bertutup dan simpan sejuk beku. Nak makan, keluarkan dan goreng.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tat Telur Portugis Ala Kings. Guna Puff Pastry Segera Pun Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official