Menu pasar malam untuk hidangan di bulan Ramadan sememangnya menjadi fenomena. Semua akan berpusu-pusu ke bazar untuk membeli makanan. Apa kata kali ini kita buat sendiri terutama untuk berbuka di hujung minggu bersama keluarga. Makan ramai-ramai mesti lebih meriah, sedap dan dapat berjimat. Cubalah 8 resipi menu pasar malam ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.

 

1. NASI KERABU

 8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka!

 

NASI BIRU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 gengam bunga telang
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 cawan air rendaman bunga telang
  • 5 helai daun limau purut ~ di koyak-koyak
  • 1 batang serai ~ di titik
  • garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Bunga telang, cuci bersih. Masukkan dalam bekas berisi air dan ramas-ramas. Biar seketika.
  2. Kemudian tapis, beras di cuci bersih. Toskan. Tuangkan air rendaman bunga telang
  3. Biar sebentar hingga warna serap pada beras.
  4. Masukkan serai, daun limau purut dan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa.

 

DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging batang pinang | cuci bersih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih

Bahan kisar
3 tangkai cili kering | potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
1 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Daging dicuci bersih dan toskan
  2. Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
  3. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat lumurkan pada daging
  4. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman. Esoknya, bolehlah bakar.
  5. Anda boleh bakar dengan ketuhar atau menggunakan dapur arang. Kalau nak bakar dalam magik pan pun boleh.

 

GULAI TUMIS ATAU KUAH TUMIS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan pekat
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai | dititik
1 keping asam keping
3 sudu makan budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut.
    Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumiskan bahan kisar dan serai yang di titik hingga garing
    Tambahkan air jika kuah terlalu kering
  4. Kemudian masukkan santan. Biarkan ia merenih sebentar sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak
  5. Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
    Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa. Biarkan kuah pekat.

 

SAMBAL KELAPA ATAU SERUNDING KELAPA IKAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Ikan kembung, disiang, cuci bersih dan rebus. Letak asam keping dan garam sedikit ketika merebus ikan.
  2. Bila ikan dah empuk, angkat dan asingkan isinya.
  3. Kelapa parut pula disangai dalam kuali tanpa minyak. Sentiasa kacau supaya kelapa tidak hangus. Bila sudah masak, angkat.
  4. Bawang merah dan serai ditumbuk lumat
  5. Isi ikan kembung juga ditumbuk lumat
  6. Masukkan kelapa sangai dalam lesung dan tumbuk lumat juga
  7. Gaulkan semua bahan yang ditumbuk. Perasakan dengan garam dan gula.

 

AIR LADA
BAHAN-BAHAN:

10 tangkai cili padi
2 biji limau kasturi

Sedikit gula Melaka
Sedikit garam
Sedikit gula

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dan kisar
  2. Atau jika suka kasar boleh tumbuk lumat
  3. Perahkan asam limau

 

SOLOK LADA

BAHAN-BAHAN:

7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau

 

CARA MEMASAK:

 

  1. Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya.
  2. Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
  3. Kelapa parut disangai.
  4. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
  5. Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi. Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam.
  7. Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya. Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk, tuangkan santan, rebus hingga masak.
  8. Boleh juga di kukus

 

ULAM ULAMAN
BAHAN-BAHAN:

1 biji timun | potong bulat kemudian hiris halus
1 kuntum bunga kamtan | belah 4 dan hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 kelopak kubis | buang batang tengah dan hiris halus
Daun kesum | hiris rampai
3 biji kacang botol | potong 2 hiris halus
1 mangkuk taugeh

CARA MEMASAK:

  1. Semua sayur-sayur di cuci besih dahulu, kemudian keringkan.
    2. Potong atau hiris halus sayur-sayuran dan ulam-ulaman kecuali taugeh
    3. Satukan dan gaul rata.

 

INFO CHEF: Jika nak enak lagi boleh lah tambahkan budu. Mudah aje buatnya, tuang budu dalam mangkuk, hiris bawang merah dan cili padi, perahkan asam limau dan boleh di nikmati.

Tambahan lauk goreng keropok ikan dan telur masin. Bahan ini kita sediakan 1 hari awal supaya persedian kita untuk memasak esok hari lebih mudah dan ringkas.

 

 

IKLAN

….…………………………

 

 

2. CENCARU SAMBAL KELAPA

8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka! 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 100gm kelapa parut
  • 5 biji cili padi | ditumbuk lumat
  • 1 biji cili merah | ditumbuk lumat
  • 2 ulas bawang merah | ditumbuk lumat
  • 2 batang serai | ditumbuk lumat
  • 2cm kunyit  | ditumbuk lumat
  • Sedikit belacan bakar | ditumbuk lumat

 

BAHAN AIR ASAM:

  • 1 sudu teh asam jawa
  • 1 biji limau nipis
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan dan belah belakangnya. Ketepikan.
  2. Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut. Sumbat ke dalam perut ikan.
  3. Bakar ikan lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
  4. Bagi menyediakan air asam, satukan kesemua bahan dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam serta gula.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama cencaru bakar tadi.

  

Info chef: Selain dibakar, ia juga boleh digoreng.

 

 

 

….…………………………

 

3. KUETIAU GORENG UDANG

8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka! 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kuetiau
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 2 tauhu goreng | dipotong kecil
  • 300gm udang
  • 1 mangkuk daun kucai | dipotong 1 inci
  • 1 mangkuk taugeh
  • 1 biji tomato | dipotong kecil
  • Garam secukup rasa | jika perlu

 

CARA MEMASAK:

  1. Panas minyak masak dan tumis bawang putih hingga berbau wangi.
    2. Masukkan cili kisar dan kicap. Kacau rata.
    3. Masukkan udangdan kuetiau. Kacau rata.
    4. Masukkan tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
    5. Hidangkan dengan cili jeruk

 

 

INFO CHEF: Untuk lebih pedas nikmati bersama cili api jeruk.

 

 

….…………………………

 

4. AYAM PERCIK

  8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
  • 1 keping  asam gelugor
  • Garam  dan gula secukup rasa
  • 1 batang serai | titik

 

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 1 cawan santan pekat

 

BAHAN PERAP:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
  2. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
  3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
  4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
  5. Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF:  Ayam lebih sedap dibakar menggunakan dapur arang atau dapur kayu.

 

 

….…………………………………

 

5. LAKSAM KELANTAN

8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka! 

BAHAN-BAHAN:

  • 360gm tepung beras
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 1500ml air
  • ½ sudu teh garam

 

BAHAN LAIN:

  • 3 biji telur rebus | dihiris
  • Daun salad secukupnya | dihiris
  • ½ batang timun | dihiris
  • 4 tangkai kacang panjang | dihiris
  • Sambal belacan secukupnya

 

BAHAN KUAH:

  • 3 ekor ikan sardin
  • 250ml santan
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • 2.5cm halia | dikisar
  • 2.5cm lengkuas
  • 1 batang serai | dikisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 kiub pati ayam
  • Lada sulah secukupnya
  • Asam keping secukupnya
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
  2. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
  3. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
  4. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
  5. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
  6. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
  7. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. Kacau sebati. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.

 

INFO CHEF: Jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak laksam, boleh gantikan dengan laksa beras atau laksa kering yang direbus.

 

 

….………………….

6. ROTI JALA

  8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning telur

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan di atas menggunakan blender. Sedia untuk dijala.

 

KARI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam secukupnya
  • 1 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 6 biji bawang putih | hiris
  • 2 inci halia | hiris
  • 10 sudu besar serbuk kari
  • 1 kotak santan kotak
  • 4 kotak air
  • 2 biji kentang | dipotong kecil
  • Daun kari
  • Asam keping
  • Rempah 3 sekawan | kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris.
  2. Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.
  3. Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula. Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api.

 

INFO CHEF: Kuah kari ayam untuk dimakan dengan roti jala mestilah sedikit pekat. Guna serbuk kari dan bawang yang agak banyak. Ubi kentang juga membantu memekatkan kuah kari.

 

 

….…………………………..

 

7. ROJAK AYAM GORENG KUAH KACANG

8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ulas bawang merah | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 100 gm cili kering | rendam air panas hingga lembut dan kisar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 300 gm kacang tanah
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 senduk gula
  • 1 buku gula melaka
  • 1 kiub ikan bilis
  • 2 sudu makan Planta
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.
  2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  4. Masukkan lada kering dan tumis hingga naik minyak dan garing.
  5. Masukkan air asam jawa, gula melaka, kiub ikan, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.
  6. Masukkan kicap dan tambah air jika terlalu pekat.
  7. Bila kuah dah didih masukkan kacang tanah kacau rata. Tambahkan planta supaya kuah kelihatan sedikit berkilat.

Bahan-bahan yang dimakan bersama rojak ayam:

  • Timun | diracik halus
  • Tauhu | digoreng
  • Ayam | digoreng dan dipotong atau disiat2
  • Ubi kentang | digoreng
  • Telur | direbus
  • Cucur Udang

 

CUCUR UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 cawan air mendidih
  • 1 3/4 cawan air biasa
  • 15 ekor udang
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • Taugeh secukup rasa
  • Daun kucai | kerat 1 inci
  • 1 biji cili merah | hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
  2. Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
  3. Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul-ketul sedikit).
  4. Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
  5. Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
  6. Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.

 

INFO CHEF: Mee kuning juga sesuai dimakan bersama-sama dengan rojak ayam.

 

….…………………………..

 

8. MIHUN SUP UTARA

8 Menu Bazar Ramadan Yang Popular, Boleh Masak Sendiri Untuk Hidangan Berbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang dan daging.
  • 1 bungkus bihun

Bahan untuk rempah tumis:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 tangkai cengkih

Bahan untuk dikisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • Dipotong dadu besar:
  • 1/2 biji lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • 2 biji tomato (potong 4)

Bahan untuk sambal cili:

  • 4 sudu makan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
  • 3 biji bawang merah |dikisar.
  • 3 ulas bawang putih| dikisar.
  • 1/2 biji bawang besar |dikisar.
  • garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk hiasan:

  • 200 gram lobak masin |dicelur
  • 2 tangkai daun bawang
  • 3 tangkai daun sup
  • Bawang goreng secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  3. Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  4. Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
  5. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  6. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

CARA MEMASAK SAMBAL:

  1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Sementara itu, rendam bihun di dalam air yang dicampur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
  5. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
  6. Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan,
  7. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!

INFO CHEF: Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI