Bagi penggemar sajian Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan pasti mengakui keenakan hidangan ini. Mudah dimasak, pedas dan tidak menggunakan banyak bahan, ia memang menjadi buruan pengemarnya. Istimewa sajian asli Negeri Sembilan tidak menggunakan bawang. Namun rasanya memang cukup padu. Nak cuba masak hari ni? Saudari Norlailanazira Mohd Agos ada kongsikan resipinya. Namun resipi yang dikongsi ini bukan resipi asli Negeri Sembilan. Beliau hanya masak stail Negeri Sembilan kerana ia tidak menggunakan bawang. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI API ALA NEGERI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN: Ayam secukupnya 2 batang serai – dititik 20-30 biji cili api Kunyit hidup secukupnya 1 kotak kecil santan @ santan segar – beli online disini 1-2 biji ubi kentang – beli online disini 2-3 helai daun limau purut 1-2 keping asam gelugur – beli online disini Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
1.Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Ketuk serai dan masukkan sekali bersama ayam.
2. Kisar cili api bersama kunyit hidup. Tuang ke dalam kuali berisi ayam tadi. Masak guna api perlahan hingga air ayam keluar dan isi ayam menjadi kecut. Ini adalah rahsia kesedapan masak lemak.
3. Bila ayam sudah kecut dan sebati dengan cili api, barulah masukkan santan. Nak lagi sedap guna santan segar.
4. Seterusnya masukkan hirisan ubi kentang. Masak lagi.
5. Bila ubi kentang sudah empuk, masukkan daun limat purut dan asam gelugur. Perasakan dengan garam secukupnya.
6. Ayam Masak Lemak Cili Api ala nogori @ Negeri Sembilan sedia untuk dihidangkan.
Nak sarapan yang senang tapi ada pedas, ada manis, ada rasa lemak-lemak sikit, rasanya mesti korang suka makan crogue monsiuer sambal ikan bilis ni. Sandwic ni lain macam sebab ada gabungan makanan Melayu dan barat. Jom try buat.
CROQUE MONSIUER SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Roti sandwic secukupnya
• Beberapa keping keju cheddar
• Beberapa helai daun salad
• 2 Sudu makan mentega
BAHAN INTI
• 2 sudu makan minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih (dicencang)
• 1 biji bawang besar (dicencang)
• 2 biji tomato
• 4 sudu makan puri tomato
• 3 sudu makan sos tomato
• 1 sudu teh oregano
• 1 sudu teh mix herbs
• 1 sudu makan sos cili
• 75 gram ikan bilis
• Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tomato, tomato puri, sos tomato, oregano, mix herbs dan sos cili. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga masak. Matikan api, ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan inti sambal ikan bilis di atas kepingan roti, diikuti kepingan keju cheddar dan hirisan salad.
2. Ulangi langkah yang sama untuk satu lagi lapisan.
3. Dalam kuali leper, cairkan mentega dan masak roti tadi sehingga kedua-dua bahagian roti menjadi keperangan dan keju cair.
4. Angkat, potong roti dan nikmati segera.
Selain mi goreng, mi udang yang dimasak berkuah pekat adalah salah satu resipi yang digemari ramai. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur ayam rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Tercari-cari resipi Kuah Kacang yang simple dan tidak menggunakan santan dan juga belacan? Saudari Cr Nur Hafizahada kongsikan resipinya. Menurut beliau resipi ini adalah dari arwah bonda mak senior masa zaman persekolahan beliau dulu. Pastie nak. Jom cuba!
CARA MASAK KUAH KACANG SEDAP TANPA GUNA SANTAN & BELACAN
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...