Pernah cuba sajian Bunga Kantan Goreng? Biasanya bunga herba ini digunakan dalam penyediaan laksa, asam pedas, hirisan ulam dan sebagainya sahaja. Tapi bila bab goreng tumis macam ni, macam sesuatu yang baru. Unik bukan? Rupa-rupanya boleh juga dimasak goreng sebegini. Ia menggunakan bunga kantan yang telah kembang mekar dan dihiris halus. Sedap dimakan bersama nasi putih. Rasanya yang harum dan sedikit masam memang menambah selera. Jom cuba resipi perkongsian Ernieadilah Zulkni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Ambil bunga kantan yang mekar. Kupas kelopaknya. Jika keras, hiris sedikit. 2. Tumis hirisan bawang dan cili bilis sampai naik bau. 3. Kemudian masuk hirisan bunga kantan. Tumis hingga bunga kantan sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Seimbangkan rasa supaya ada rasa masin, pedas dan masam.
INFO: Bunga kantan sudah mempunyai rasa masam semulajadi. Jadi tidak perlu tambah asam keping.
Teringin nak makan masakan sendiri tetapi selalu terbantut oleh kekangan masa dan tercari-cari resipi menyebabkanbertangguh untukmemasak. Jangan cari alasan lagi, jom cuba resipi mudah saji ni. Pilihan bujang berkerjaya yang boleh disediakan ketika balik kerja atau pun hujung minggu.. Mudah jer!
SPAGETI BUJANG LEMAK BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti |rebus dan tos
150ml susu penuh krim
50gm mentega
6 ekor udangsaiz XL
50gm cendawan butang dalam tin | hiris
50gm brokoli |dadu kecil
1/2 biji bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
4. Kemudian masukkan pula brokoli.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.
Sedapnya resipi Puding Cheese Mangga ni. Paling bagus penyediaanya senang tak perlu dibakar. Memang membuka selera, tambahan cuaca panas ni memang sesuai di hidangkan ketika masih sejuk.. Selamat mencuba!
PUDING CHEESE MANGGA
BAHAN-BAHAN:
20gm agar agar tali..cuci dulu
5 cawan air
1 cawan gula
2 biji mangga (besar sikit)
1 keping slice cheddar cheese
12 keping biskut creakers (hancurkan)..boleh juga guna biskut marie
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard..bancuh dengan sedikit air
Secubit garam
Sedikit pewarna oren
CARA MEMASAK:
1) Hancurkan biskut creakers..letak dalam loyang 8 inci..ketepikan
2) Masak agar2 dengan air hingga larut agar2..kemudian masukkan gula..kacau2 rata..perlahankan api
3) Ambil 1 1/4 cawan adunan agar2 tu..tuang dalam loyang biskut tadi..kacau bagi biskut dan agar2 sebati..tekan2 bagi sama..biarkan sederhana beku
5) Ambil dalam 3 3/4 cawan adunan agar2..tuang perlahan2 atas biskut tadi..biarkan sederhana beku
6) 1 biji mangga..potong2..blend dengan lebihan agar2 dalam periuk hingga hancur..tuang semula dalam periuk..tuang sedikit pewarna oren..masak sebentar..kemudian tuang atas agar2 tadi perlahan2..tinggalkan sedikit agar2 ni lebih kurang 1/2 cawan lebih sikit..biarkan sederhana beku
7) 1 biji mangga lagi..potong dadu kecil2 tabur atas agar2 tadi perlahan2..kemudian lebihan agar2 tu tuang atas mangga..biarkan beku sepenuhnya..simpan dalan peti sejuk 3 jam
8) Boleh keluarkan puding dari loyang (terbalikkan perlahan2 sambil tapak tangan menahan untuk keluarkan perlahan2puding tu)..potong ikut suka..boleh makan
Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (kisar)
1 sudu makan cili kisar
Bilis (guna yang halus lagi sedap)
3 biji telur
1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
Minyak
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Sedikit belacan
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...