Keropok lekor kelihatan agak sukar untuk dibuat namun sebenarnya mudah je. Anda sendiri boleh hasilkan secara homemade. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rohani Kordi.
KEROPOK LEKOR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan sardin segar @ kembung
- Tepung ubi kiayu secukupnya
- Garam dan aji secukup rasa
- Sedikit ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan dan ambil isinya sahaja. Kisar isi ikan mentah bersama sedikit ais hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas. Tambahkan tepung ubi kayu, garam dan aji dengan secukupnya.
3. Jumlah tepung agak-agak sahaja. Asal doh boleh digentel. Jika letak terlalu banyak, keropok akan jadi keras. Uli hingga sebati.
4. Gentel doh keropok ikut saiz yang dikehendaki. Rebus dalam air hingga timbul.
5. Tos dan boleh goreng keropok tadi. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rohani Kordi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Cekodok Pisang Rangup Di luar Gebu Di Dalam
Waktu petang kalau dapat makan Cekodok Pisang bersama kopi panas memang ngam! Nak buat Cekodok Pisang bukannya susah tapi kalau malas memang tak menjadilah Cekodok Pisang ni. Resipi Cekodok Pisang ni telah dikongsikan oleh Khadijah Jaafar di Facebook. Cara penyediaan dan pembuatan Cekodok Pisang pun sangat mudah menggunakan resipi ini. Jom kita cuba!
Goreng Cekodok Pisang guna kuali baru pun nice juga ni! Dapatkan Cuoco Stainless Steel Honeycomb 38cm IH Non-Stick Wok dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
CEKODOK PISANG
BAHAN-BAHAN:
500 gram pisang
100 gram tepung gandum –BELI DISINI
100 gram tepung beras – BELI DISINI
¼ sudu soda bikarbonat – BELI DISINI
1 sudu besar gula – BELI DISINI
CARA PENYEDIAAN:
Lenyekkan pisang dahulu sehingga betul-betul hancur
Masukkan tepung gandum dan tepung beras diikuti soda bikarbonat dan gula.
Gaul sebati bersama sedikit air sehingga pekat dan boleh di goreng ke dalam minyak yang panas.
Nota : Jika suka cekodok yang rasa banyak pisang boleh lebihkan pisang. Jika suka lebih tepung boleh tambahkan lagi tepungnya. Ikutlah pada selera.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Khadijah Jaafar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sagon Kelapa Nestum, Snek Tradisional Buat Sendiri Di Rumah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
Resipi Lempeng Kelapa, Rasanya Lemak Manis Sedap Sangat
Resipi lepeng Kelapa atau lempeng nyor ini lemak manis dan sedap sangat rasanya.
Sedap kalau dimakan pada waktu petang atau waktu pagi. Gandingkan pula dengan kopi O panas atau teh O panas. Fuh! Memang ngam habis.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Lady Boss ini ye.
Resipi Lempeng Kelapa, Lemak Manis Sedap Sangat
Bahan-bahan:
1/2 kg gandum – boleh beli online di sini
1 biji kelapa muda parut
Air kelapa/nyor muda
1senduk air garam
2 sudu makan gula – boleh beli online di sini
Sedikit air
Sedikit planta/mentega – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak Lempeng Kelapa:
Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas hingga sebati. Kalau pekat, boleh tambah air sejuk. Manakala kalau adunan terlebih cair, boleh tambah gandum.
Kemudian tambah garam secukupnya. Gaul lagi. Masukkan pula guna dan gaul sebati.Kalau yang suka rasa manis, boleh tambah gula lebih. Terpulang. Tapi, kalau banyakkan kelapa muda, rasa akan lebih sedap dan lemak ye.
Rehatkan adunan selama 1/2 jam barulah goreng. Ketika nak goreng, campurkan minyak dengan sedikit marjerin/planta sikit. Lagi sedap.
Adunan yang selebihnya,vboleh simpan dalam peti sejuk, mampu bertahan selama tiga hari. Kalau disejuk beku, boleh tahan selama setahun. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Buat Sendiri Chee Cheong Fun Sedap Macam Di Kedai
Ada yang rindu resipi masakan cina seperti Chee Cheong Fun tak? PKP ni nak ke mana pun tak boleh. Jadi kita kenalah buat sendiri. Ikut langkah yang dikongsi oleh Norfazida Gda gerenti jadi. Siapa yang ada pengalaman melaksam, tak la rasa susah dan lebih lancar.Memang ringkas dan sedap di makan.
CHEE CHEONG FUN atau
RICE NOODLE ROLL
Bahan kulit:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak masak
2 cubit garam
Air secukupnya
Daun bawang (didadu)
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan, bancuh sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2.Sapukan minyak pada tudung periuk/ loyang/ pinggan. Letakkan 4 sudu adunan dan ratakan.
3.Kukus seperti membuat kuih laksam selama 1-2 minit. Bila sudah masak, letakkan inti dan gulungkan.
Bahan inti:
1 biji lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang (disagat)
3 biji bawang merah (diracik)
2 ulas bawang putih (diracik)
3 sudu besar udang kering (tumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Cara memasak:
1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2.Masukkan udang kering.
3.Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau.
4.Akhir sekali masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sekata.
Bahan kuah:
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
½ sudu besar gula perang/pasir
Minyak bijan (saya tak letak)
1/2 cawan air
Bijan
Cara memasak:
1.Masak semua bahan hingga mendidih.
2.Tuangkan ke dalam bekas. Taburkan bijan.
3.Boleh siram di atas gulungan chee chong fun atau sebagai sos pencicah. Siap untuk dihidang
Kredit: #norfazidagda
Resipi Tauhu Berlauk Berhantu. Sekali Makan, Memang Tak Berhenti