Cuti sekolah bakal berakhir. Ibu-ibu dah fikir nak bekalkan makanan apa untuk anak-anak ke sekolah? Tortilla wrap ini mungkin salah satu idea bekal yang mudah dan berkhasiat untuk anak-anak.
Nak sediakan pun tak renyah. Waktu pagi pun masih sempat lagi nak buatkan untuk bekalan anak-anak. Bila digulung, anak-anak nak pegang dan makan pun mudah. Tak comot!
Ikuti perkongsian Nur Mimie menyediakan tortilla wrap yang lazat ini. Selain dijadikan sarapan pagi, sesuai juga dijadikan snek minum petang.
1. Perap seketika isi ayam dengan tepung Bestari. Lagi lama, lagi sedap.
2. Campurkan tepung Bestari, Cornflake dan Nestum dan gaul rata. Ketepikan.
3. Ketika nak menggoreng, celupkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam telur.
4. Kemudian, celupkan pula ke dalam campuran tepung Bestari, Cornflake dan Nestum tadi untuk menambahkan kerangupan ayam goreng. Sedap kan nampak. Krup krap krup krap lagi bertambah crunchy!
Makanan berasaskan halia dan bawang putih antara yang boleh membuang angin dalam badan. Untuk makan secara mentah, rasanya kurang enak. Jadi bolehlah hasilkan Bawang Putih Goreng Rangup @ Garlic Crunchy perkongsian saudari Murni Ja’afar seperti di bawah ni. Sangat ringkas, sedap dan tahan lama. Bawang putih dekat dapur pun tak akan jadi kecut. Jom cuba.
RESIPI BAWANG PUTIH GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih – jumlah ikut sebanyak mana yang anda nak hasilkan
Air garam ( garam dilarutkan dalam air. Kemasinan ikut citarasa)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Kupas bawang putih dan basuh bersih. Toskan.
2. Sagat bawang tadi nipis-nipis. Boleh juga dihiris menggunakan pisau.
3. Panaskan minyak dengan banyak dalam kuali.
4. Goreng hirisan bawang putih tadi guna api sederhana. Pastikan pandai mengawal suhu supaya bawang putih tidak berwarna gelap. Nanti rasanya pahit.
5. Sebelum bawang garing, masukkan 1 sudu teh air garam ke dalam minyak gorengan berisi bawang. Gaul rata dan masak hingga garing.
6. Angkat, toskan minyak dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tercari-cari menu yang mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM15, anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan sotong, ayam, ikan bilis, daging dan hati ayam. Lihat pada bahan utama, nampak macam lauk mahal kan? Tapi hakikatnya adalah sebaliknya.
Moga idea masakan ini boleh membantu anda menyediakan sajian berkhasiat serta enak buat keluarga. Selamat mencuba!
1. AYAM PERCIK KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
6 ketul kepak ayam | dipotong dua
5 tangkai cili kering | dikisar
1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai | dikisar
1cm halia | dikisar
1cm lengkuas | dikisar
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
1/2 biji kelapa | diambil santannya
5 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
4 tangkai cili kering | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.
Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.
Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
350gm hati ayam
1 biji bawang besar | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
3 tangkai cili kering | dikisar halus
5 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm terung pipit
50gm ikan bilis
30gm cili padi hijau | dikisar
2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1cm belacan | dikisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? Resipi mudah perkongsian saudari Nur Aqilah Jufri ini anda boleh cuba. Fishball @ Bebola Ikan Goreng Crispy sahaja… Ya, macam yang ada dijual di pasar malam tu. Cicah dengan sos cili thai, waduh, nikmatnya… Anak-anak pasti suka ni. Jom lihat cara-caranya.
1.Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam, telur dan air ke dalam bekas.
2. Gaul kesemua bahan sehingga jadi pekat dan tepungnya tidak berketul-ketul.
3. Seterusnya masukkan bebola ikan @ fishball yang sudah dibilas dengan air dan ditoskan.
4. Gaul rata bebola ikan tadi bersama tepung sehingga semua bersalut sempurna.
5. Cucuk bebola ikan dengan lidi sate atau jika tiada lidi, boleh terus digoreng begitu sahaja juga tiada masalah.
6. Pastikan bebola ikan digoreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Fishball Goreng ini sedap dimakan bersama sos thai yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya sos nya tidak terlalu pekat.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...