Memang best kalau pandai buat kuih talam, setiap petang pasti ada menu minum petang. Kunci kejayaan buat kuih talam ni kena rajin mencuba dan jangan derhaka resipi je sebenarnya. Saya nak kongsikan 5 resipi kuih talam yang mudah dan menarik untuk dicuba. Mana tahu boleh cuba jual guna resipi kuih talam yang saya share ni. Jom kita cuba!

Surirumah yang suka keadaan dapur yang kemas wajib ada Haushalt Origami 3-Tier Folding Shelves

di rumah sebab barang-barang dekat dapur mesti tersusun rapi je. Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!

 

KUIH TALAM LAPIS KACANG MERAH

5 Resipi Kuih Talam Wajib Cuba Dan Pasti Laku Keras

Bahan A:

525gm gula halus – tak suka manis boleh kurangkan
1100ml Air
5 helai daun pandan – digunting pendek

Bahan B:

500gm tepung beras
50gm tepung ubi
1 ½ sudu kecil garam
500ml santan pekat
1100ml Air

Bahan C:

300gm kacang merah kecil – direndam 1 malam, basuh dan rebus hingga empuk kemudian timbang selepas direbus
Pewarnna Pink

Cara Penyediaan:

1. Masak bahan A sehingga mendidih.
2. Satukan semua bahan B dan campurkaan dengan bahan A.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Pastikan putih 800ml.
5. Selebihnya untuk warna merah rose pink lebih kurang 4 atau 5 titik.
6. Mulakan melapis 500ml merah, 400ml putih, 350ml merah. Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.
7. 700ml merah tambah kacang merah (dikisar sekejap je) kemudian kukus 7 minit.
8. Melapis sehingga habis, akhir sekali warna merah yang ditambahkan sedikit lagi pewarna. Kukus hingga masak.
9. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

TALAM KASTARD JAGUNG

5 Resipi Kuih Talam Wajib Cuba Dan Pasti Laku Keras

Bahan lapisan bawah:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis
3 1/2 cawan santan
Sedikit perwarna kuning
Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1. Satukan kesemua jenis tepung dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
4. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit. Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yang terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih.

Bahan lapisan atas:

2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan – 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cawan jumlahnya
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Pewarna hijau/pandan

IKLAN

Cara Penyediaan:

1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
2. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
3. Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yang terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih.
4. Tunggu kuih betul-betul sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik.
5. Jangan lupa like dan share, terima kasih dan selamat mencuba

KUIH TALAM LAPIS COKLAT PISANG

5 Resipi Kuih Talam Wajib Cuba Dan Pasti Laku Keras

Bahan A:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Bahan B:

1 1/4 cawan gula halus
1 helai daun pandan – disimpul
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair

Bahan C:

3 sudu besar serbuk koko*
4 sudu besar air suam*
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen pisang

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula satukan bahan B dan masak di atas api kecil hingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan suam. Ketepikan.
2. Sementara itu, satukan kesemua bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus, sediakan loyang sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik supaya kuih mudah keluar. Balut penutup pengukus dengan kain bersih atau guna aluminium foil.
4. Setelah air mendidih, masukkan acuan ke dalam pengukus dan panaskan seketika.
5. Setelah adunan B suam, tuangkan ke dalam adunan A. Kacau rata.
6. Sediakan 2 biji bekas berasingan dan tapis adunan A + B sama rata ke dalam kedua-dua bekas itu.
7. Satukan bahan bertanda *.
8. Satu bekas dicampur dengan campuran serbuk koko dan satu bekas lagi dicampur dengan pewarna hijau dan esen pisang.
9. Tuangkan sedikit adunan hijau ke dalam loyang, tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit. Tuangkan pula adunan coklat ke dalam loyang, tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit. Ulang kedua-dua proses sehingga habis berselang-seli. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
10. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
11. Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.

KUIH TALAM CENDOL

5 Resipi Kuih Talam Wajib Cuba Dan Pasti Laku Keras

Bahan A lapisan bawah:

IKLAN

200gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung jagung*
150gm gula caster
1 tsp garam

Bahan B:

200gm cendol – 1 paket kecil

Cara Penyediaan:

1. Satukan bahan bertanda * dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.
2. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
4. Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
5. Kukus selama 25 minit, selepas masak, cakar-cakar dengan garfu.

Bahan A lapisan atas:

300gm gula merah – boleh guna gula melaka/gula kampung
50gm gula castor
500ml air

Bahan B:

150gm tepung gandum
3 biji telur – boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur
250ml santan pekat
1/2 tsp garam

Cara Penyediaan:

1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk.
4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

KUIH TALAM KELADI

5 Resipi Kuih Talam Wajib Cuba Dan Pasti Laku Keras

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Bahan A lapisan bawah:

2 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
300ml santan pekat – saya buat santan sederhana pekat 4 1/2 cawan
700ml air – campuran diantara santan pekat dan air

Bahan B lapisan bawah:

1 1/2 cawan keladi – buang kulit basuh, kukus dan toskan, supaya keladi tidak lebam semasa rebus masukkan sedikit garam.

Cara Penyediaan:

1. Bancuh semua bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan kedalam periuk. Masak hinggan naik wap dan masukkan bahan B.
3. Kacau sekejap, dan masukkan ke dalam loyang 10×10, kukus selama 25 minit.

Bahan lapisan atas:

1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 biji telur
250ml santan pekat – saya guna santan sederhana pekat 3 1/2 cawan
500ml santan cair – campuran diantara santan pekat dan air
Sedikit warna purple

Cara Penyediaan:

1. Bancuh semua bahan diatas, tapis kedalam periuk.
2. Masak hingga naik wap. Tuang keatas lapisan bawah, jangan lupa cakar sedikit bahagian bawah sebelum tuang bahagian atas tu.
3. Kukus selama 30 minit. Bila dah siap, dah betul-betul sejuk baru potong.

SELAMAT MENCUBA!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Resipi Strawberry Cheese Tart Paling Mudah Dan Sesuai Untuk Jualan

Resipi Ayam Mewangi Sedap Dan Sesuai Untuk Yang Berdiet

Resipi Roti Sosej Premium Hasil Air Tangan Sendiri Untuk Bekal Anak Ataupun Suami

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

https://dai.ly/x8bx6nk