Makanan India kebanyakkannya sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Tapi kali ni admin nak kongsikan buat resipi baru ni. Jom belajar buat Dosa. Dosa adalah sejenis makanan seperti crep tipis dari India Selatan yang popular di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis resipi dosa, tapi apa kata kita cuba resipi Sponge Dosa ni nampak menarik!
Sponge Dosa (Aval / Poha Dosa)
Bahan-bahan:
- Beras Mentah – 2 cawan
- Biji Halba- 1/4 sudu teh
- Air secukup nya..
- Emping beras – 1 cawan
- Dadih – 1 1/2 cawan
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Ambil mangkuk. Satu kan beras mentah, biji halba, air dan biarkan selama 2 jam.
- Di dalam satu mangkuk lain rendam emping beras dan dadih selama satu jam.
- Selepas satu jam, campur kan 1 dan 2 beras. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa. Blend hingga halus.
- Setelah adunan sebati, biarkan ia selama minimum 1 jam.
- Panaskan kuali, cair adunan dengan sedikit air. Tuangkan ia di tengah. Tambah minyak di sisi. Tutup kuali dan biarkan masak. Siap!!!
Haaaaa… jom kita cuba try test n NGAP!!!
Kongsi resipi: Home Cooking
https://www.facebook.com/kualiterbalik/posts/774448072756436
Cara-Cara Buat Roti Canai Homemade. Sebijik Macam Beli Di Kedai Mamak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sup Ayam Pekat Berempah, Resepi Mudah Kegemaran Ramai
Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.
RESIPI SUP AYAM PEKAT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ayam bahagian bertulang
- 1 paket serbuk rempah sup – beli online disini
- 1 paket sup bunjut tulang – beli online disini
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 3 sudu makan minyak masak
- Rempah 4 sekawan
- 2-3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1 hiris halia – tumbuk
- 1 biji tomato merah – potong dadu
- Air secukupnya
- Ubi kentang – beli online disini
- Garam secukup rasa
- Sedikit kiub pati ayam – beli online disini
- Hirisan daun sup
- Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumiskan hirisan bawang besar dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
2.Kemudian masukkan bawang putih dan halia. Kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
4. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tambah dua mangkuk air dan masukkan juga sup bunjut.
7. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Biarkan sup mereneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
8. Bila sup sudah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
8.Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sup Ayam sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara-Cara Hasilkan Sos Lada Hitam Sedap Tapi Dengan Cara Mudah & Ringkas. Wajib Cuba.
Suka makan stik atau Chicken Chop? Hidangan-hidangan Barat macam ni kalau sosnya sedap, memang best. Jika nak belajar buat sendiri, ada resipi sos mudah yang boleh anda cuba. Hanya guna empat bahan mudah. Anda boleh hasilkan sos bertaraf restoran tetapi secara homemade. Caranya pun sangat senang. Jom tengok resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni.
BAHAN-BAHAN:
- Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
- 2 cream of mushroom soup
- 2 sudu makan cream of chicken soup mix ( kiub ayam )
- 2 sudu makan tepung gandum
- Air secukupnya ( anggaran 1/2 periuk)
CARA MEMASAK:
1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.
4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Kredit gambar & resipi: Fyda Nz
10 Resipi Mudah & Sedap Untuk Hidangan Minum Petang
Tak tahu nak masak menu apa untuk juadah minum petang? Nah, RASA bawakan 10 resipi mudah minum petang untuk hidangan bersama sekeluarga.
Resipi yang terdiri daripada kuih muih sama ada kukus atau bergoreng, dan juga kek yang pastinya sangat sedap!
10 resipi mudah minum petang ini, yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad, sesuai buat ibu-ibu yang mahukan hidangan yang simple, tetapi menarik dan juga sedap.
CHURROS
BAHAN-BAHAN:
1+1/2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1+1/2 cawan air
125g mentega – beli online di sini
3 biji telur
Secubit garam
Gula
Cinnamon powder (saya ganti dengan Milo)
Nutella/Chocolate spread (untuk dip)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan air. Masukkan mentega dan garam. Kacau sebati. Masukkan tepung. Kacau sampai tepung tu masak, lepas tu tutup api.
2. Kacau-kacau lagi sampai suam sikit. Bila dah suam, masukkan telur satu-persatu sambil kacau. Pakai senduk kayu je ye.
3. Kacau sampai telur tu betul-betul rata/sebati dengan doh. Doh yang dah siap, masukkan dalam piping bag.
4. Panaskan minyak. Paip dan gunting ke dalam minyak panas. Goreng sampai kekuningan. Toskan.
5. Tabur gula+cinnamon powder. Siap untuk dimakan dengan Nutella/chocolate dipping.
APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
1/3 cawan brown sugar/gula putih – beli online di sini
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila
4 biji pisang (kalau saiz kecil, jadikan 6 biji)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak masak – beli online di sini
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan gula, garam dan esen vanila. Whisk sampai gula larut.
2. Kemudian lenyekkan pisang. Masukkan dalam adunan telur dan whisk sebati.
3. Kemudian ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder ke dalam adunan tersebut. Whisk sebati.
4. Akhir sekali masukkan minyak. Whisk sebati sampai nampak pekat. Masukkan ke dalam acuan yang dah disapu minyak. Tuang sampai penuh acuan. Kukus selama 15 minit, api perlahan.
APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin – beli online di sini
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini
4 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Cairkan gula dalam kuali. Bila gula dah jadi perang, masukkan air panas. Kacau sebati kemudian masukkan marjerin.
2. Kacau sampai mendidih. Tutup api dan biar sejuk. Dalam bekas, pecahkan telur dan whisk.
3. Masukkan esen vanila dan susu pekat manis, whisk lagi. Masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder. Whisk sebati.
4. Tuang air gula yang dah sejuk dan whisk sebati. Jangan tuang masa panas. Perap selama 15-20 minit. Jangan tak perap.
5. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Boleh kukus dalam loyang atau acuan. Kalau guna acuan, dapat dalam 22 biji apam.
6. Penutup pengukus tu balut dengan kain. Kalau air menitik atas apam, nanti apam jadi bantat, tak mahu naik. Telur mesti guna yang segar juga. Kalau nak pakai mixer, silakan. Tapi jangan pakai pengisar. Takda mixer, whisk pakai tangan je.
KUIH PENERAM
BAHAN-BAHAN:
250g tepung beras cap gajah 3
190g gula merah
80ml air
80ml santan pekat
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.
2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye.
3. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.
4. Perap adunan minimum 5-6 jam. Saya perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
5. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (saya buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).
6. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
7. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau perlahan pun takpa. Sekali goreng dapat 2-3 biji je.
8. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.
9. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resepi tak letak pun. Ada juga yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. Jadi ikutlah masing-masing ye.
10. Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis.
11. Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. Saya sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
BUTTER CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur Gred A
250g mentega
250g cream cheese
200g gula
210g tepung superfine (diayak dengan baking powder)
1 sudu kecil esen vanila
1+1/2 sudu kecil baking powder
80ml susu segar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix gula, mentega dan cream cheese hingga putih/gebu. Masukkan telur satu-persatu dan mix sebati.
2. Masukkan esen vanila dan sambung mix. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci.
3. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam atau sehingga masak. Api atas bawah. Bila dah masak, keluarkan loyang dari ketuhar dan hentakkan loyang. Potong masa kek dah sejuk.
NOTA:
*Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci.
*Cream cheese letak dalam 150g pun ok dah. Tapi kalau nak letak 250g, sedap lagi.
*Masa 1 jam tu cadangan saja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, tambah je masa. Cucuk tengah kek tu. Kalau tiada adunan lekat, masak dah tu.
*Tiada tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder jugak. Tapi sedap lagi tepung superfine.
DONAT SATU CAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
½ sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
¼ cawan air suam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur semua bahan. Gaul dan uli sekejap.
2. Lepas tu masukkan ½ sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin.
3. Perap 1 jam. Lepas perap, bahagikan kepada 8-10 bahagian kecil. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.
4. Perap lagi 30 minit. Lepastu goreng. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
PAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
360g tepung pau
4g instant yeast
35g gula
35g minyak
200g susu segar suam/air suam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur semua bahan ni dalam bekas. Gaul dan uli. Pastu perap 20 minit. Pastu canai rata. Lipatkan.
2. Ulang langkah ni beberapa kali. Pastu bentukkan jadi bentuk silinder memanjang. Potong sama besar kepada 16 bahagian. Canai rata setiap doh tu.
3. Bahagian tepi canai nipis lagi. Tebalkan yang tengah. Lepastu boleh masukkan inti suka hati anda.
4. Pastu bulatkan ikut korang macam mana. Saya tak reti buat bentuk pusing-pusing tu. Pastu perap 30 minit. Kukus 15 minit. Siap.
KEK MARJERIN
BAHAN-BAHAN:
250g marjerin
200g gula halus
210g tepung naik sendiri
80ml susu segar/susu cair
5 biji telur gred C
1 sudu kecil esen vanila
Perisa pilihan masing-masing
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix marjerin, gula, dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur satu-persatu. Mix sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil mix, diselang-selikan dengan susu. Bahagikan kepada perisa yang kita suka.
3. Tuang adunan dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga masak. Api atas bawah.
CARROT CAKE
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak merah saiz medium | disagat
3 biji telur gred A
150g gula kastor
150g tepung gandum
1 sudu kecil garam
125ml minyak
1 sudu besar sunquick/lemon juice
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
250g cream cheese
Susu pekat manis secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix telur dan gula hingga gebu/putih. Masukkan minyak dan sunquick kemudian mix sebati.
2. Ayak tepung gandum, garam, baking soda dan baking powder ke dalam bekas telur yang telah dipukul. Kacau rata menggunakan spatula sahaja.
3. Kemudian masukkan lobak merah dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam loyang 8x8x2.
4. Bakar pada suhu 170°C selama 1 jam. Api atas bawah. Bila kek dah masak, sejukkan dulu.
5. Mix cream cheese dengan susu pekat manis. Kemanisan ikut selera masing-masing. Boleh tambah jus lemon jugak kalau nak. Paip atau ratakan cream cheese atas kek.
6. Kek ni kalau makan macam tu saja pun sedap dah. Sebab keknya sangat gebu dan lembut. Tak perlu tambah cream cheese. Tapi kalau nak topping, boleh je tambah.
CUPCAKE TANPA TELUR
BAHAN-BAHAN:
210g tepung gandum serbaguna
150g gula halus
1 sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam
75ml minyak masak
250ml air suam
1 sudu kecil esen vanila
Perisa pilihan (optional)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180°C. Campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
2. Campurkan air suam, esen vanila dan minyak di dalam cawan. Kacau sebati.
3. Tuang campuran tersebut ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
4. Tuang adunan ke dalam cup. Saiz medium akan dapat dalam 12 cup. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180°C.
5. Saya letak sunquick sikit tadi nak bagi rasa dan warna oren sikit. Lepas tu masukkan chocolate chips. Anda boleh pilih nak masukkan perisa pandan atau apa-apa yang sesuai.
Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai, Mudah & Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: