Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkeflini antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.
Sebut je masakan Cina satu dunia mengakui keenakannya, termasuk masyarakat Malaysia. Masakan Cina ini bukan hanya sedap, ia juga terkenal sebagai makanan yang disajikan panas-panas dengan cara lebih sihat. Kalau selama ini kita terpaksa makan di restoran untuk menikmatinya, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.
ISI IKAN KOD GORENG BERSAMA CILI KERING & BIJI GAJUS
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan kod | hiris besar
3-4 tangkai cili kering | hiris
1 biji bawang besar | hiris
1/2 cawan biji gajus | goreng sangai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung jagung
Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
Sedia dinikmati.
CENDAWAN SHIMEJI GORENG RANGUP BERSAMA KUNING TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
50gm cendawa shimeiji | bersihkan dan asingkan setiap batang
4 biji kuning telur masin| hancurkan
2 sudu makan serbuk keju parmesan
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
4 sudu makan marjerin
1 cawan tepung gandum
Air secukupnya
2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
Hidangkan ketika panas.
DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
600gm daging lembu | hiris, bersih dan tos
50gm cili benggala hijau | potong dadu
50gm cili benggala merah | potong dadu
50gm cili benggala kuning | potong dadu
50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk bunga
6 tangkai cili kering | potong
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk patai ayam
4 sudu makan air
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap! Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
RESIPI NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
Ayam Goreng memang sedap dan merupakan antaramakanankegemarankanak-kanak. Hari-harimakan pun takjemu. Namunbagimak-mak, kadang kala naik bosanmengadaplauk yang sama. Jadi, bolehcubaresipiayam goreng perkongsiansaudariMleisyaScaft Comey Sokmoni. Takgunaserbukkunyit pun. Pasti puashatidenganrasanya.
CARA MASAK AYAM GORENG SEDAP TANPA SERBUK KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potongkecil dan bersihkan
5-6ulasbawangputih – tumbukhalus
5 bijibawangmerahkecil – tumbukhalus
2incihalia – tumbukhalus
1sudumakanserbukcili
Garamsecukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semuabahanhinggalumat. Kemudianmasukkan garam sertaserbukcili. Gaul rata.
2. Lumurkan ayam denganbahantumbuktadihingga rata. Perap selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng hinggagaring dan ayammasaksepenuhnya.