Sayur Rebus Kulit Tembikai merupakan salah satu sajian yang sangat murah kos nya dan juga mudah dimasak. Dihasilkan dari kulit buah tembikai, tidak ramai yang tahu ia sebenarnya enak dimasak sayur sebegini. Malah lebih jimat juga. Selain dimakan isi buahnya yang manis, kulitnya juga boleh dimasak dan dimakan bersama nasi. Sedap tau. Jangan pandang enteng. Saundari Puteri Santubong ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

RESIPI SAYUR REBUS KULIT TEMBIKAI

Sayur Rebus Kulit Tembikai. Lauk Kampung Je Tapi Sangat Sedap

 

BAHAN-BAHAN:

Kulit tembikai
2 ulas bawang merahbeli online disini
2 ulas bawang putih beli online disini
2 biji cili api
1 batang serai
Garam secukup rasa
Sedikit cili giling beli online disini
Serbuk lada hitam – jika suka beli online disini
Sedikit belacan – jika suka beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Ambil kulit tembikai, hiris buang kulit luar berwarna hijau.

Sayur Rebus Kulit Tembikai. Lauk Kampung Je Tapi Sangat Sedap
2. Untuk memasak lauk ini, hanya ambil bahagian hijau muda dan lembut sahaja.

IKLAN

Sayur Rebus Kulit Tembikai. Lauk Kampung Je Tapi Sangat Sedap

Sayur Rebus Kulit Tembikai. Lauk Kampung Je Tapi Sangat Sedap
3. Potong kulit tembikai tadi kecil-kecil supaya cepat lembut bila dimasak.

Sayur Rebus Kulit Tembikai. Lauk Kampung Je Tapi Sangat Sedap
4. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili api.
5. Ketuk serai. Pada masa yang sama, didihkan air dalam periuk.
6. Masukkan bahan yang ditumbuk dan juga serai tadi ke dalam air rebusan.
7. Masukkan sayur kulit tembikai yang sudah dihiris.
8. Perasakan denagn garam. Empunya resipi juga masukkan sedikit cili giling (hujung sudu) untuk nak bagi warna air rebusan jadi sedikit merah.
9. Masak sehingga kulit tembikai lembut. Angkat dan boleh dihidangkan.

Sayur Rebus Kulit Tembikai. Lauk Kampung Je Tapi Sangat Sedap

INFO: Jika mahu rasa sayur yang lebih pedas, boleh lebihkan cili padi atau boleh juga menambah lada hitam tumbuk. Jika suka, boleh juga memasukkan belacan mengikut selera masing-masing.

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Puteri Santubong

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Sambal Ayam Geprek Kurang Pedas, Sesuai Dinikmati Seisi Keluarga

Resipi Kacang Pedas Bilis Sedap. Mudah, Makan Pun Tak Jemu

Sapu Butter & Minyak Bijan. Tip Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap

Resipi Sambal Perap Ikan Bakar Yang Sedap. Mudah Je Caranya

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI