Telur bungkus berinti isi ayamtumis antara lauk mudah dan menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahannya sangat ringkas namun sangat enak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan tengahari dengan menu telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Hasni Ceniyang boleh anda cuba. Best!
CARA MASAK TELUR BUNGKUS ISI AYAM TUMIS
BAHAN-BAHAN: 2 biji telur Daun salad & tomato – hiasan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang holland sampai naik bau. Kemudian masukkan cili boh. Masak seketika.
2. Seterusnya masukkan isi ayam. Masak lagi hingga ayam bergaul rata dengan rencah.
3. Masukkan sayur campur, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap dan sedikit air. Gaul dan biar semua bahan bergaul rata, sedikit kering dan cukup rasa.
4. Inti telur bungkus siap dimasak.
5. Seterusnya pecahkan telur dan pukul. Ambil kuali besar, letak sedikit minyak dan tuang bancuhan telur tadi. Leperkan.
6. Letakkan inti telur bungkus di tengah-tengah.
7. Lipat telur kemudian telangkupkan dalam pinggan. Hiaskan dengan salad dan juga hirisan tomato. Sedia untuk dinikmati.
Ibu-ibu memang sukakan masakan mudah dan sedap. Istimewa buat anda RASA kongsikan koleksi resipi lauk pauk menggunakan daging dan ayam yang boleh dimasak setiap hari. Semuanya ringkas dan sedap, malah orang bujang pun boleh cuba masakan mudah ini. Pasti membuka selera anda dan keluarga.
ANEKA RESIPI SAJIAN MASAKAN MUDAH MENGGUNAKAN AYAM & DAGING
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 batang serai | titik
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, tutup api.
Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. AYAM SERUNDING SERBUK ROTI
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
1/2 cawan serbuk roti
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
6 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
2 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
Masukkan ayam dan tutup api.
Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.
3. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
150gm biji gajus
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1/2 bji bawang Holland | dadu besar
5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
Sedikit hirisan cili Benggala merah
Sedikit hirisan cili Benggala hijau
4 biji cili padi | hiris memanjang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
5. DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
6. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
7. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.
8. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
2 sudu makan tempoyak
2 batang serai | titik
5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 kuntum bunga kantan | jika suka
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
9. AYAM LEMON ALA KAK NGAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam | potong kecil
100gm tepung serbaguna untuk goreng ayam
1 biji lemon | perah ambil jusnya
1 sudu makan sunquick
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | titik
2cm halia | hiris halus memanjang
5 biji cili padi | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan tepung serbaguna dan perapkan lebih kurang lima minit.
Sementara itu panaskan minyak, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan pes cili kering kacau rata dan jus lemon, sunquick dan hirisan cili padi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
10. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 16
4 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukupnya untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
3cm lengkuas
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian toskan.
Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.
Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.
Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.
Hidangan mi berkuah yang ringkas tapi menjadi hidangan lengkap dengan pelbagai bahan. Terpulang pada citarasa masing-masing untuk menambah bahan-bahan lain seperti kerang, udang, sotong dan sebagainya.
MI HAILAM ALA MELAYU
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus mee kuning (Dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan)
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
Air rebusan tulang ayam atau daging (Jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee)
1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
BAHAN KISAR:
2 inci halia
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ini untuk seal daging supaya nanti daging tidak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.
Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Sudah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
Hidangkan bersama mee yang dicelur.
Info: Jika tiada air rebusan daging atau ayam. Boleh gantikan dengan kiub pati ayam atau daging.
Siapa suka buat Vietnam Roll mesti tertanya-tanya sos pencicah apa yang sesuai dimakan bersama. Jawapannya Sos Hijau ni lah. Hari ni Admin nak kongsikan resipi Sos Hijau yang cuba sekali pasti menjadi sebab cara penyediaannya sangat mudah dan yang paling penting rasanya memang ngam dengan Vietnam Roll ni.
Makan waktu petang menu begini memang layan. Boleh buat lebih nanti simpan dalam peti sejuk. Bila lain kali nak makan dengan Vietnam Roll dah tersedia dah Sos Hijau.
SOS HIJAU
BAHAN-BAHAN:
Segenggam daun ketumbar*
4 biji cili padi hjiau (nak pedas letak lebih)*
Satu helai daun limau*
3 ulas bawang putih*
sedikit air*
1 ketul cube ayam*
1 sudu garam*
1 sudu perasa*
2 sudu gula*
Air limau sikit / limau nipis separuh biji*
Susu segar kotak, saya tuang je anggaran sendiri
Yogurt original
2 sudu susu pekat
*Dikisar
CARA PENYEDIAAN:
1. Bahan bahan 1 hingga 10 perlu diblend.
2. Kemudian sediakan periuk, masukan bahan yang diblend.
3. Masak dengan api perlahan, sambil masukkan bahan-bahan
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Liyn
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: