Ayam Geprekmemang enak. Ayam digoreng garing dan dinikmati bersama sambal yang memukau rasa. Namun ada juga yang ‘tidak tahan’ dengan rasa Sambal Geprek yang pedas. Kanak-kanak pun tak berani nak makan. Bagi anda yang suka makan Ayam Geprek tapi tidak tahan pedas yang melampau, jangan risau kerana resipi yang dikongsi hari ini adalah Sambal Geprek versi kurang pedas perkongsian saudari Rodziah Zaharin. Penyediaannya tidak sukar malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Sesuai untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN SAMBAL: 6 biji cili merah besar 4 biji cili padi hijau 2 biji cili padi merah 1 1/2 biji bawang besar atau bawang merah – beli online disini 4 biji bawang putih – beli online disini 1 biji limau nipis 2 sudu teh gula – beli online disini 1 sudu teh garam – beli online disini 1 sudu teh cuka – beli online disini 1- 1 1/2 sudu makan minyak gorengan ayam
CARA MEMASAK: 1. Gaul ayam bersama telur. Kemudian, gaul ayam di dalam tepung bestari pedas hingga bersalut sempurna.
2. Goreng menggunakan api yang sederhana hingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan seketika.
3. Seterusnya untuk sambal, goreng cili merah besar, cili padi hijau, cili padi merah, bawang besar atau bawang merah dan bawang putih dalam minyak yang panas selama 3 hingga 4 minit. Toskan.
IKLAN
4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditoskan tadi ke dalam lesung batu. Masukkan gula dan garam. Tumbuk separuh lumat.
5. Kemudian, masukkan jus limau nipis.
6. Masukkan pula cuka.
7. Masukkan juga minyak gorengan ayam tadi.
IKLAN
8. Masukkan serbuk perasa dan gaul rata.
9. Sambal Ayam Geprek kurang pedas siap! Boleh dimakan bersama ayam goreng tepung tadi. Selamat mencuba.
Terasa nak makan Roti John tak perlu tunggu bulan puasa atau ke Pasar Malam. Sekarang ni waktu PKP Pasar Malam pun tak buka, penyelesaian terbaik anda buat sahaja sendiri Roti John. Sangat mudah dan korang boleh letak inti dan cheese lebih kut cita rasa banyaknya. Barulah rasanya lebih sedap dan puas hati makan anak beranak. Untuk resipinya, berikut disertakan di bawah.
ROTI JOHN:
BAHAN-BAHAN: 4 biji telur | pukul 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu besar serbuk rempah kari 1 biji bawang besar | potong dadu 2 biji bawang putih | potong dadu Roti panjang | belah 2 Kubis | hiris nipis Beberapa keping cheese Mayonis secukupnya Sos cili secukupnya Ayam kisar/daging kisar Garam secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam kisar, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. 2. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak. 3. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 4. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti tadi. Kacau rata hingga sebati. 6. Belah roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye. 7. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat. 8. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang atau kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkam seketika. 9. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi. 10. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar. 11. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat 12. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. 13. Potong la roti pada beberapa bahagian. 14. Setelah siap, Roti John sedia dihidangkan
Setiap negeri di negara kita tentunya mempunyai hidangan tertentu yang dianggap istimewa, termasuklah negeri Terengganu Darul Iman, Selain terkenal dengan nasi dagangnya, terdapat pelbagai lagi masakan asli Terengganu yang khas dihidangkan terutama pada hari perayaan atau majlis kenduri. Tentunya dapat menambat selera para tetamu yang bertandang.
GULAI KERUTUK KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing |potong ikut citarasa
5 sudu makan rempah kerutuk
1 sudu makan rempah kari
1/2kg santan
3 biji ubi kentang|potong empat
2 labu bawang besar
4 biji lada besar hijau
1 keping gula melaka
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukupnya
BAHAN TUMIS:
1/2 biji bawang besar |hiris halus
2.5cm halia |hiris halus
2 ulas bawang putih |hiris halus
2 batang serai| dititik
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
20 biji cili kering
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
0.75cm halia
0.75cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga hingga naik bau.
Setelah itu masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.Masukkan rempah kerutuk dan rempah kari. Biarkan rempah betul-betul masak. Jika terlalu kering atau seperti hendak hangit, tambah sedikit air atau minayk masak. Kacau sekata.
Apabila pecah minyak, masukkan daging kambing yang telah dipotong dan kacau agar daging sebati dengan bahan tumisan.
Masukkan santan, gula Melaka dan kerisik. Biarkan mendidih. Biarkan daging mereneh dalam anggaran tempoh ½ jam.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih.
Masukkan ubi kentang, bawang besar dan lada hijau. Masak hingga kuah pekat atau pecah minyak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Daging kerutuk ini sedap dimakan dengan apa-apa nasi seperti nasi minyak/ kebuli atau nasi putih sahaja. Kuah kerutuk ini lebih sedap jika dipanaskan semula.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa rempah ratus
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25
NASI KEBULI STAIL TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan rempah
1 biji bawang besar|mayang
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit minyak/ planta untuk menumis
5cm halia|titik
Garam secukupnya
BAHAN UNTUK AIR REBUSAN REMPAH:
2 batang kayu manis
5 biji cengkih
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 sudu makan lada hitam
3 sudu makan ketumbar
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat air rebusan rempah; rebus air dengan rempah ratus sehingga air bertukar warna perang gelap. Anggaran 30 minit. Tetapi lagi
Untuk memasak nasi; Tumis kulit kayu manis, bunga cengih, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan hirisan bawang besar sehingga bertukar keperangan dan letakkan daun pandan.
Selepas itu, masukkan air rebusan rempah tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tunggu hingga mendidih baru masukkan beras. Kacau seketika dan tutup periuk. Masak hingga nasi masak sepenuhnya.
Info chef: Nasi yang dimasukkan apabila air sudah mendidih akan lebih cantik dan berderai.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : rasa nasi yang penuh aroma dan perisa
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan reneh
Anggaran kos: RM20
SAMBAL IKAN DAN KELAPA STYLE TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji kelapa parut | sangai tanpa minyak sampai garing keperangan
1/2 kilo ikan selayang/ kembung | rebus dan ambil isi ikan sahaja
3 batang serai | hiris halus
BAHAN UNTUK TUMBUK:
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2.5cm halia
Sedikit gula Melaka dan garam
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam kelapa yg telah disangai.
Goreng kesemuanya menggunakan api kecil sampai kering.
Perasakan dengan gula melaka dan garam secukup rasa. Sambal lebih sedap kalau sedikit manis.
Sejukkan dan kisar/ tumbuk kasar.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama lemang dan ketupat.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Berlemak dan agak manis
Jenis masakan : Sambal kering
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM20
GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan aye/ tongkol hitam (lebih kurang 1 kg)
1/2kg santan
3 sudu makan cili kering kisar |tambah jika suka pedas
3 sudu makan rempah gulai ikan Nasi Dagang (Terengganu)
2 keping asam keping
2 sudu makan gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 – 7 biji belimbing buluh (jika ada)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan masak sehingga hampir pecah minyak.
Masukkan ikan yang direbus, asam, gula Melaka dan garam secukup rasa. Terus mereneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renehkan sehingga agak pekat dan pecah minyak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk lebih enak, ikan aye/tongkol direbus dahulu bersama sedikit garam, hirisan bawang merah, bawang putih dan asam gelugur. Biarkan semalam dan keesokan hari baru digulai. Seeloknya gunakan ikan tongkol/aye hitam kerana teksturnya lebih kenyal.
Ikan kembung selain digoreng, dimasak kari, paling sesuai untuk masak stim. Jika anda sudah jemu dengan masakan yang bersantan dan bergoreng, apa kata anda cuba resipi Ikan Kembung Masak Stim ini. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja dan cara penyediaannya pun tak renyah langsung. Jom kita masak Ikan Kembung Masak Stim seperti yang dikongsikan resipinya oleh Cik Ning Haniey
RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK STIM
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung yang telah siap disiang 1 biji bawang merah (dihiris) – beli online 2-3 ulas bawang putih (dihiris) – beli online 1 inci halia (dihiris) – beli online 1 batang serai (diracik halus)- beli online 1 biji cili merah (dihiris nipis) – beli online 4-5 biji cili padi (dihiris nipis) – beli online 1 biji limau nipis 1/2 biji tomato (dipotong panjang) Sedikit daun sup (dihiris nipis) Sedikit lada hitam –beli online Air 1 kiub pati ayam – beli online Garam dan gula secukup rasa Serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Lumurkan ikan kembung dengan garam dan lada hitam. Perap selama 30 minit.
2. Di dalam satu mangkuk kecil, masukkan air putih, gula, garam dan serbuk perasa. Hancurkan kiub pati ayam. Perah limau nipis dan ambil jusnya. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan ikan di dalam bekas yang nak di stim.
4. Sediakan kuali. Isikan air. Nyalakan api dapur.
5. Masukkan bekas yang berisi ikan di dalam kuali yang sudah dipanaskan. Tutup dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
6. Apabila hendak angkat, barulah tabur bawang dan tomato. Siap untuk dihidangkan.