Hormhok adalah hidangan otak-otak versi Thailand. Ia berbeza dengan otak-otak tempatan. Rasanya lebih pedas dan mempunyai rasa serta aroma daun limau purut.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  • 200gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu makan  pes kari merah (seperti diatas)
  • 150gm santan
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur
  • 3-5 helai daun limau purut dihiris nipis
  • 50gm kubis bulat | dihiris halus
  • 10-15 helai daun selasih Thai (sweet basil)
  • 1 biji cili merah (untuk hiasan)
  • Daun pisang untuk bentukan mangkuk

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
  2. Kacau rata dan sebati.
  3. Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
  4. Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga ¾ mangkuk.
  5. Kukus selama 10-15 minit.
  6. Sebelum hidang letak sedikit baki santan diatas permukaan Hormhok dan hias dengan sedikit limau purut dan cili merah di atasnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI