Orang Kelantan pasti tahu dan kenal menu Jeput Malah @ Jemput Malas ini. Dari mana datangnya nama begini, tidak diketahui. Mungkin tercipta dek kerana bahan-bahannya yang ringkas, maka wujudlah nama sebegini. Ia adalah salah satu sajian yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Ia berupa cucur yang digoreng dan dinikmati bersama sos homemade. Sangat sedap kerana cucur ini mengandungi hirisan kangkung. Jadi bila makan, terasa sayurnya. Cicah pula dengan kuah colek sedap. Masam, masin, pedas. Memang sempurna! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Anda pasti suka.

CARA MEMBUAT JEPUT MALAH & KUAH COLEK SEDAP

Resipi Jeput Malah Sedap Lengkap Dengan Kuah Colek Padu
BAHAN-BAHAN CUCUR:
4 cawan tepung gandum – beli online disini
1 genggam udang geragau – beli online disini
1 ikat kangkung – hiris
1/2 sudu makan yis – beli online disini
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok goreng
Timun
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum, hirisan kangkung, udang geragau, yis, serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kemudian gaul sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
Resipi Jeput Malah Sedap Lengkap Dengan Kuah Colek Padu3. Perap adunan selama 1 jam dan goreng dengan api sederhana besar.
Resipi Jeput Malah Sedap Lengkap Dengan Kuah Colek Padu4. Biarkan cucur sedikit garing. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Boleh dipotong-potong, letak dalam pinggan dan taburkan hirisan timun dan keropok yang diramas. Nikmati bersama kuah colek.

Resipi Jeput Malah Sedap Lengkap Dengan Kuah Colek Padu

CARA MEMBUAT KUAH COLEK MALAS

Resipi Jeput Malah Sedap Lengkap Dengan Kuah Colek Padu
BAHAN-BAHAN:
6 tangkai cili kering – beli online disini
5 ulas bawang putih
Gula dan garam
1 keping nisan @ gula melaka – beli online disini
1 senduk kecil cuka makan
Kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering dan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan dalam periuk, tambahkan air, gula hingga rasa manis, garam dan cuka.
Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan nisan dan masak lagi hingga mendidih. Masukkan kacang tanah goreng yang telah tumbuk.
4. Bila cukup rasa masam manisnya, setelah sos masak lama bolehlah tutup api. Hidangkan bersama cucur tadi.

 

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI