Biskut batik yang sedap dan mudah dihidangkan. Selepas masak hanya perlu gulung dalam plastik dan bila sudah sejuk boleh potong ikut ketebalan yang kita suka.
BISKUT BATIK GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- Biskut marie sepeket, (patah-patahkan)
- 480gm milo sepeket
- 250gm Butter/Mentega
- Suku tin susu pekat (ikut citarasa anda)
- Esen vanila (pilihan)
- Kacang campuran (pilihan)
CARA MEMASAK:
- Masukkan butter, susu, & vanila dalam kuali dan kacau rata.
- Masukkan milo bila butter sudah cair sepenuhnya. Gunakan api sederhana.
- Kemudian masukkan biskut dan kacang. Kacau hingga sebati.
- Masukkan dalam plastik bungkus makanan dan bentukkan macam dalam gambar (langkah ini kena cepat buat sebelum adunan sejuk, kalau dah sejuk susah nak bentuk)
- Masukkan dalam peti sejuk, lepas sehari dah boleh potong.
Info: Biasa buat ikut resipi ini boleh dapat dalam 7 plastik. Dalam 15 minit dah siap bungkus.
Kredit: Rafidah Mokhtar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Kek Milo Guna 3 Bahan Je, Gerenti Jadi!
Dengan hanya menggunakan 3 bahan, anda boleh hasilkan kek milo yang super sedap.
Sangat mudah dan jimat. Tak guna tepung pun kek tetap lembut dan gebu.
Jom kita buat dengan resipi yang dikongsi oleh Noriza Awang Hamat. Gerenti jadi!
KEK MILO 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan milo – beli online di sini
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat – beli online di sini
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan di atas sehingga larut semuanya.
2. Tuang adunan ke dalam loyang.
3. Kemudian, kukus selama 1 jam.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Tutup mangkuk menggunakan penutupnya supaya air tidak menitik di atas adunan. Dikhuatiri kek tidak naik dan menjadi bantat.
5. Dah siap! Inilah hasil selepas siap dimasak. Sedia untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Kredit resipi & foto: Noriza Awang Hamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kerap Disangka Wanita, Chef Ini Kreatif Hasilkan Donut Pelangi
Makan Panas-Panas, 4 Resipi Berasaskan Sup Sedap Terengganu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Brownies Nutella Flat Cookies Sedap & Rangup.
Anda yang suka kudapan bercoklat yang rangup dan mudah disediakan sebagai tambahan kuih raya yang semakin menyusut, boleh cuba buat Brownies Nutellah Flat Cookies yang senang dibuat dan tidak perlu mengambil masa lama membuatnya. Gerenti anak-anak sukanya. Kalau sebalang sekali hadap je ni.
BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
250gm coklat dark compound | cairkan.
2 sudu besar nutella | cairkan dalam pengukus /double boil
150gm tepung gandum+ 1sudu kecil baking powder+1/2 sudu besar tepung beras | ayak bersama
2 bijik telur +1/2 cawan gule perang +1sk esen vanila | whiskkan
BAHAN TABUR:
Hirisan badam
Coklat chip
CARA MEMBUAT:
- Masuk campuran coklat ,mentega dan nutella tadi panas-panas dan kacau.
- Masuk tepung kacau lagi hingga sebati. Ketepikan
- Lapik baking paper dalam dulang pembakar, letak sesenduk, kemudian ratakan dengan spatular nipis-nipis. Lagi nipis lagi bagus.
- Tabur kekacang ikut cita rasa anda.
- Bakar suhu 160/170 api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan.
- Tengok ye bergantung oven masing-masing,oven ina kurang panas so lama sikit,ade oven cepat panas so 20 minit boleh cek dah.
- Masa panas die memang belum cruncy,jadi potong cepat-cepat, se masa panas dia tak mudah pecah.
- Bila sejuk baru amik pisau sisip bawah brownies tadi.
- Sejukan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit @azanrusks via resipi_ala_kampung
Resipi Biskut Mama Carey, Biskut Raya Popular Kegemaran Ramai
Biskut raya seperti Biskut Mama Carey ini adalah salah satu biskut yang kita biasa makan masa zaman kanak-kanak dulu dan ternyata memang sedap. Simple sahaja. Namun rasanya memang sedap dan teringat-ingat sampai sekarang. Mahu mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak anda? Jom, kita cuba resipi biskut oldschool perkogsian saudari Mastura Shariff yang RASA tampilkan kali ini.
CARA MEMBUAT BISKUT MAMA CAREY
BAHAN-BAHAN DOH:
- 400gm tepung gandum – beli online disini
- 100gm gula halus – beli online disini
- 120gm tepung jagung – beli online disini
- 300gm mentega/margerin – beli online disini
- 20gm tepung susu – beli online disini
BAHAN TOPPING:
- 150gm gula icing brand KINGS – beli online disini
- 2 biji putih telur
- 15gm tepung jagung
- Coklat emulco – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Pukul mentega/marjerin bersama gula hingga jadi putih.
2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung susu.
3. Gaul semua bahan hingga sebati dan uli hingga jadi doh.
4. Satukan semua bahan topping (kecuali coklat masakan) dan pukul sampai kembang putih dan lembut.
5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk hati.
6. Susun kepingan biskut di atas dulang pembakar. Lakukan hingga habis.
7. Sapu atau paipkan topping icing diatas doh biskut.
8. Kemudian hiaskan dengan coklat emulco dan lorekkan mengikut kreativiti masing-masing.
9. Bakar biskut pada suhu 150c selama 20 minit menggunakan api bawah sahaja. Pusing-pusing loyang supaya biskut masak sekata.
10. Angkat, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Mastura Shariff
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official