Aduh, sakit betul bila senggugut datang. Bukan sahaja menjejaskan mood, malah ia juga boleh mengganggu rutin harian. Anda dah cuba pelbagai cara tapi sakit masih tak kurang? Apa kata cuba amalkan empat jenis jus ini, harap ia berkesan dan membantu untuk meredakan kesakitan senggugut anda.

JUS CAMPURAN NANAS DAN LOBAK MERAH

Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Gabungan buah nanas dan lobak merah yang manis dan segar ini bukan hanya boleh meredakan sakit perut tetapi juga membantu anda rasa lebih selesa semasa haid. Ia kerana nanas mempunyai kandungan bromelain yang membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih relaks, sementara kandungan vitamin A yang tinggi dalam lobak merah baik untuk kesihatan tubuh.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 potong nanas
  • 2 batang lobak merah – beli online DISINI
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan madu | jika suka – beli online DISINI

 

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
  2. Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
  3. Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.

JUS CAMPURAN EPAL, LOBAK MERAH DAN OREN

Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Campuran epal, lobak merah dan oren bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi juga enak dibuat jus. Anda wajar amalkan jus ini semasa haid kerana ketiga-tiga buah berikut kaya dengan vitamin C yang berfungsi membantu mencegah peradangan. Secara tidak langsung, ia mampu mengurangkan rasa sakit senggugut.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji oren | buang kulit dan biji
  • 4 batang lobak merah
  • 1/2 cawan air

 

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar halus dan tapis airnya.
  3. Sedap diminum secara sejuk.

JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT

Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Buah avokado dikatakan pereda senggugut yang baik kerana kandungan isinya berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Di samping itu, ia juga kaya dengan vitamin B6 yang membantu mencegah mood swing dan sakit-sakit badan. Ditambah dengan buah bit yang kaya dengan zat besi. Semasa haid, tubuh kehilangan beberapa mineral termasuk zat besi. Dengan mencampurkan buah ini, ia mampu menggantikan zat besi yang hilang itu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah bit | saiz sederhana
  • 1/2 biji isi buah avokado
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 1/2 susu rendah lemak atau air

 

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Campurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.

JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM

Amal Empat Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit Senggugut

Salah satu jus yang wajib anda cuba adalah jus campuran pisang dan bayam. Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu mengelakkan kembung. Ini kerana semasa senggugut, keadaan menjadi lebih teruk bila disertai dengan perut kembung. Sementara bayam merupakan antioksida yang berupaya menjadikan metabolisma badan menjadi lebih baik.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan daun bayam mentah
  • 2 biji pisang | saiz sederhana
  • 150ml yogurt vanila

 

CARA MEMBUAT:

  1. Campaurkan semua bahan dalam pengisar dan kisar halus.
  2. Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.

 

IKLAN

Anda mencari JUICER? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Air Bandung Laici Cincau Kaw. Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Susu Halia Homemade, Sedap dan Berkhasiat

Jus Sawi Nanas. Minuman Sedap Ikhtiar Untuk Kawal Kolesterol

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI