Pernah tak buntu tak tau nak masak lauk apa, apa lagi di hujung bulan di mana bajet pun ciput nak beli lauk pauk yang mahal-mahal. Apa kata korang cuba pelbagaikan menu telur, selain murah, telur juga sedap, mudah dimasak dan ramai yang menyukainya.  Untuk lebih senang lagi, ini RASA kongsikan tujuh resipi telur yang mudah dan ringkas, bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je tau…

Menu Murah & Sedap Untuk Juadah Berbuka, Korang Boleh Cuba 7 Menu Telur Ni.

RENDANG TELUR CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur |rebus
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih| kisar
  • 1 inci halia |kisar
  • 1 inci kunyit hidup |kisar
  • 2 batang serai| hiris
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
  4. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

Menu Murah & Sedap Untuk Juadah Berbuka, Korang Boleh Cuba 7 Menu Telur Ni.

ASAM PEDAS TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur masin
  • 1 sudu teh halba
  • 4 sudu makan cili kering kisar
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih|kisar
  • ½ inci halia|kisar
  • ½ inci kunyit hidup|kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 tangkai daun kesum
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
  3. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
  4. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu.
  5. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
  6. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur.
  7. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Menu Murah & Sedap Untuk Juadah Berbuka, Korang Boleh Cuba 7 Menu Telur Ni.

IKLAN

KURMA TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | direbus
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 mangkuk santan
  • 3 sudu teh rempah kurma
  • 1/2 inci halia
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang cili hijau
  • 1 batang cili merah
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
  3. Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
  4. Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.
  5. Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
  6. Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
  7. Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.

Menu Murah & Sedap Untuk Juadah Berbuka, Korang Boleh Cuba 7 Menu Telur Ni.

TELUR PUYUH KRIM MENTEGA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
  • 5 biji cili padi| dihiris
  • 5 biji bawang merah| dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 tin susu cair
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
  3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

Menu Murah & Sedap Untuk Juadah Berbuka, Korang Boleh Cuba 7 Menu Telur Ni.

SAMBAL TELUR BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | rebus dan goreng
  • 8 biji cili merah  | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih |dikisar
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar.
  3. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan telur.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.

Menu Murah & Sedap Untuk Juadah Berbuka, Korang Boleh Cuba 7 Menu Telur Ni.

IKLAN

PAIS TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur masin
  • 1 biji telur biasa
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • Sedikit hirisan daun limau purut
  • Sedikit hirisan serai
  • 2 sudu makan santan pekat
  • Daun pisang untuk membungkus secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan daun pisang.
  2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
  3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
  4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
  5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
  6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
  7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

Menu Murah & Sedap Untuk Juadah Berbuka, Korang Boleh Cuba 7 Menu Telur Ni.

SUP TELUR CENDAWAN TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur
  • 5 biji bawang merah| dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 10 tangkai cendawan tiram |potong
  • Sedikit bunga kubis|potong
  • Sedikit daun sup|racik kasar
  • Sedikit suhun
  • 1 mangkuk air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
  2. Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
  3. Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
  4. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI