Pernah cuba menu masakan kambing peratal? Memang sangat sedap dan cara nak masaknya pun mudah saja.
Resipi yang dikongsi Michelle Shamila ini, sangat sesuai dimakan dengan nasi putih yang panas-panas ataupun jadi kuah untuk dicicah dengan lempeng/roti.
KAMBING PERATAL
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kambing | potong kecil 2 biji bawang merah | hiris – beli online di sini 7 biji bawang putih – beli online di sini 7 cm halia – beli online di sini 5 biji ubi kentang | potong dadu – beli online di sini 1 biji tomato | potong dadu 2 sudu kecil jintan manis 1 batang kayu manis 5 biji bunga lawang 3 biji cengkih 5 tangkai daun kari 4 sudu besar serbuk kari daging – beli online di sini 5 sudu besar serbuk cili biasa 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar kicap pekat Air Garam Gula
1. Guna periuk tekanan/didih di atas periuk biasa. Rebus daging kambing (isi dan tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk) masukkan ke dalam dan masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau. 2. Tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan. 3. Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan. 4. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah tumis sampai keperangan dan masukkan daun kari.
5. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis sampai keperangan. 6. Masukkan daging kambing yang ¾ sudah masak ke dalam kuali dan kacau seketika. 7. Bubuh serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati. 8. Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing saja. Kemudian masukkan ubi kentang ke dalam dan kacau.
9. Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. Bubuh garam dan gula secukupnya. 10. Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk cucuk daging kambing, guna garpu untuk cek dah lembut ke belum. 11. Tuang sos tomato dan kicap pekat. Kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat. 12. Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api. Hidang dengan nasi atau roti kegemaran anda.
Spaghetti…sajian yang sungguh mengenyangkan. Kalau dah makan sajian ni memang tak pandang dah nasi dan lauk lain. Spaghetti kini bukan sahaja disajikan gaya menu barat tetapi boleh dimasak ala citarasa Asia yang berempah.
Apa pun pilihan menu anda, ke lima menu ni cukup sedap untuk dicuba. Cubalah nanti ya, makan tengah hari pun boleh nak makan malam pun okay.
1. SMOKED DUCK PASTA WITH OLIVE OIL
BAHAN-BAHAN :
8 ulas bawang putih
1/3 cawan minyak zaitun
100 gm daging itik salai (potong dadu)
200 gm spaghetti
4 sudu makan daun parsli (dicincang )
1/ 3 cawan air rebusan makanan laut (seafood stock)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Beberapa jam sebelum atau malam sebelumnya, hiris bawang putih 1mm. Rendam hirisan bawang putih di dalam 1/3 cawan minyak zaitun.Inilah rahsia kelazatan perisanya ini iaitu mengadunkan rasa minyak zaitun dengan bawang putih terlebih dahulu.
2. Didihkan air di dalam periuk untuk merebus spaghetti. Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam secukup rasa.
3. Sementara itu jika anda menggunakan parsli segar, hiris dan cincang halus.
4. Rendamkan itik salai dalam 1/3 cawan air rebusan makanan laut. Ini adalah kaedah untuk menukar air kepada air bergaram (brine) menggunakan itik salai. Daging itik salai kemudian dikeluarkan dipotong dadu dan ditumis.
5. Kemudian masukkan 200 gm spaghetti ke dalam periuk air yang mendidih tadi sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan.
6. Panaskan bawang putih dan minyak zaitun di dalam kuali leper. Ketika minyak sedang panas kacau dengan sudip agar bawang putih tidak bergumpal. Apabila bawang putih menjadi perang tutup api.
7. Ambil spaghetti dan masukkan ke dalam kuali leper. Nyalakan api sederhana dan masukkan duck brine airnya sahaja. Taburkan parsli yang dicincang sebanyak tiga sudu makan dan lada hitam secukup rasa. Balik-balikkan perlahan spaghetti dalam kuali leper sehingga masak al dente dan air kering.
8. Padamkan api dan masukkan daging itik salai. Gaulkan dan rasa dahulu pasta anda sebelum memasukkan garam untuk mengelakkan rasa masin kerana itik salai sudah bergaram
9. Hidangkan dan taburkan lebihan parsli tadi.
INFO CHEF : Jika anda ingin memasak Spaghetti Aglio e Olio biasa tanpa daging itik salai, gunakan 1/3 cawan air daripada rebusan pasta dan tambahkan garam sehingga cukup rasa.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu Memasak : 25 minit Cara Memasak : Rebus dan tumis Jenis masakan : Barat Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan rasa yang berbeza dan lebih enak
2. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti
220 gm kacang hijau
Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
Daun selasih segar untuk hiasan
2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
1 cawan daun selasih
1/3 daun parsli segar
20 gm keju parmesan (diparut halus)
2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
1. Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
2. Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
3. Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
4. Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
5. Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
6. Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
7. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu Memasak : 15-20 minit Cara Memasak : Rebus dan tumis Jenis masakan : Barat Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
3. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
14 helai daun kari
3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
3 sudu makan mentega
4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
400 gm spaghetti
4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : Cara masak pasta : 1. Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. 3. Tumiskan bawang dan masukkan daun kari. 4. Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega. 5. Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih 6. Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut: 1 .Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa. 2. Salutkan ketam di dalam campuran tepung 3. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Pasta Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF: Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
4. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta
3 biji bawang kuning (kecil)
60 gm daging cincang
1/4 sudu teh cili padi/dicincang
2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
1 senduk air
2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK : 1. Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan. 2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing. 3. Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata. 4. Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala. 5. Kemudian masukkan pasta dan gaul rata 6. Masukkan lada hitam dan padamkan api 7. Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa. Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
5. SPAGHETTI KEJU
BAHAN-BAHAN :
340g spagheti
2 sudu besar minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang
200ml krim berat
200ml sup ayam
300g keju Itali dicincang
Secubit Garam
lada hitam secukup rasa
2 sudu besar parsley segar dicincang
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dalam periuk besar dengan sedikit garam untuk merebus spagheti. 2. Buang sebahagian air yang direbus, tinggalkan sedikit dalam anggaran satu cawan air, di dalam periuk. 3. Sementara itu, dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian tambah krim berat, sup ayam, dan 1/2 cawan air. 4. Tambah spagheti dan gaul sebati. Biarkan seketika. 5. Padam api dan tambah keju. Kacau atau kiraikan, tambah lebih banyak spagheti sehingga sos mencapai rasa yang diinginkan. 6. Perasakan dengan garam dan lada hitam, hiaskan dengan pasli, dan siap untuk dihidangkan.
Sedapnya makan tepung pelita kalau sejuk-sejuk, terasa lemak manisnya di tekak. Sayangnya malas nak ke bazar sebab panas. Jomlah kita buat sendiri, tak perlu daun pisang, guna je acuan dessert. Mudah dan kalau nak sedekah pada jiran-jiran pun cantik. Paling penting cara membuatnya senang.
TEPUNG PELITA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN HIJAU (BAWAH):
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1 sudu tepung Hun Kwe
5 cawan air
½ cawan air pandan
LAPISAN SANTAN (LAPISAN ATAS):
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
3 cawan air
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Mulakan dengan lapisan atas, campurkan semua bahan.
2. Kacau rata hingga tidak ada yang bergentel.
3. Renehkan atas api perlahan hingga meletup-letup.
4. Tutup api, sudukan ke dalam acuan yang telah disiapkan.
5. Seterusnya sediakan bahan atas.
6. Campurkan kesemua bahan, kacau rata hingga tak bergentel.
7. Renehkan atas api perlahan hingga meletup-letup.
8. Tutup api dan sudukan ke atas lapisan hijau.
9. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk.
Lompang Sagu ni bukan hanya cantik dipandang tapi rasanya pun sedap manis dan tekstur kenyal memang layanlah kalau buat kudapan teman kopi di petang hari. Nak membuatnya cukup senang perlu tiga bahan utama je, sagu kelapa dan gula. Apa lagi korang kena cuba dulu, baru tahu rasanya….
.
KUIH LOMPANG SAGU BAHAN-BAHAN:
300gm sagu mata ikan warna hijau
Sedikit air
Secbit garam
BAHAN INTI:
1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
Sedikit pewarna merah
3 sudu makan gula pasir
Secubit haram
CARA MEMASAK:
Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian toskannya.
Taburkan sedikit garam dan gaul rata dan padatkan. Ketepikan.
Sementara itu, campurkan campurkan kelapa dengan gula, pewana merah dan secubit garam, gaul rata dan goreng sangai hingga sedikit garing.
Setelah masak, ketepikan, biar sejuk.
Panaskan pengukus, sementara itu masukkan sagu dalam acuan kuih lompamg 3/4 acuan.
Tekan tengahnya untuk membentuk lubang dan masukkan inti merah di tengahnya.
Kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit.
|Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
King & Queen Bawa Pulang Wang Tunai RM300 Serta Barangan Eksklusif redONE MobileEmpat hari berkampung di RASA Layan Curry Fiesta 2024 X HAVOC Festival...